PERMOHONAN ZAKAT MUIP 2010

Makluman kepada semua mahasiswa/wi Islam Pahang Mesir..Permohonan Dermasiswa Pelajaran Pusat Pengajian Tinggi (zakat) dibuka sekarang..Permohonan boleh dibuat melalui web www.muip.gov.my . Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2010..Untuk sebarang maklumat sila rujuk pada setiusaha BKMIP Ustaz Mohd Izhar b. Daud..No tel +20113459890..syukran
Read rest of entry

SAMBUTAN ASYURA SEJAUH MANA PENGHAYATAN KITA

Read rest of entry

Laporan Sambutan Aidil Adha 2009/2010

Pengarah : Ustaz Ahmad Hakim bin Samsudin
Timb. Pengarah : Ustazah Siti Farhana binti Abd Razak

Tema : "TADHIYYAH DICERNA WEHDAH DIJANA"

27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 H, sekali lagi Allah membuka ruang kepada umat Islam di seluruh dunia merayakan hari yang bersejarah dan penuh kemuliaan ini. Tidak ketinggalan, Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) juga membuat sambutan pada 29 November bagi meraikan kemeriahan Aidil Adha di bumi Mesir.

Pada tahun ini, BKMIP dengan kerjasama Pengurusan Yayasan Pahang Kaherah telah berjaya menyediakan sebanyak 1 ekor unta, 1 ekor lembu dan 4 ekor kambing untuk dijadikan korban. Seawal jam 7.00 pagi, pelajar ikhwah mula berpusu-pusu turun ke kandang binatang korban. Acara korban dimulakan pada jam 7.30 pagi. Seterusnya acara melapah daging korban beramai-ramai dilangsungkan di Dataran Kompleks Pahang. Sementara daging korban dilapah, pelajar perempuan sibuk bergotong royong membuat persiapan untuk acara dewan. Pada sebelah petangnya pula, pelajar ikhwah bergotong-royong memasak daging korban tersebut.

Seusai solat Isyak bermulalah acara dewan yang dinanti-nantikan. Kehadiran ahli BKMIP pada kali ini agak memberangsangkan iaitu dengan kehadiran pelajar dirasat dan perubatan yang dianggarkan hampir 200 orang. Ini kerana sambutan Aidil Adha kali ini menyajikan persembahan yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Kehadiran jemputan VIP tiba seawal jam 8.00 malam. Antara jemputan yang hadir, Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang, Encik Ahmad Fared bin Mohd Din dan sekeluarga, Presiden PMRAM Ustaz Abdul Muiz bin Mohamad serta beberapa orang Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang lain.

Acara kemuncak yang dinanti telah pun tiba. Persembahan daripada Encik Mohd Fared mendapat tepukan dan sorokan yang gemuruh daripada ahli BKMIP yang hadir. Beliau telah mendendangkan sebuah lagu nasyid yang telah dipopularkan oleh kumpulan BROTHERS, ditujukan khas buat isteri yang tercinta. Seterusnya beliau mendeklamasikan syair arab yang bertajuk Al-Hub.

Di samping itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Ajkt ikhwah tahun ini. Malah pelajar- pelajar baru juga mengambil kesempatan dengan membuat persembahan pentomen yang mendapat sambutan dan persembahan nasyid dari kumpulan Syabab Al–Makmur. Berakhir kesemua persembahan, para jemputan dan ahli dihidangkan dengan sajian yang menyelarakan antaranya ialah kurma unta, rendang daging, gulai kambing, acar sayuran dan sedikit kuih raya.

Lewat jam 11.30 malam ahli BKMIP mula mengosongkan dewan pulang ke destinasi masing-masing. Semoga keindahan Aidil Adha kali ini akan sentiasa tersemat di hati kami selamamya dan mendapat keberkatan dariNya. AMEEN YA RAB…

Lihat gambar kenangan Sambutan Aidil Adha 2009/2010
Read rest of entry

Perutusan Eidul Adha YDP BKMIP 1430 H

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allaahu Akbar, Walillahilhamd...

Segala pujian ke atas Yang Maha Bersyukur. Selawat dan salam buat Penghulu kepada golongan–golongan yang bersyukur. Juga kepada ahli keluarga dan sahabat–sahabat Baginda S.A.W.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus dapat menjalankan ibadah-ibadah dengan sejahtera. Diberikan lagi kepada kita peluang untuk beribadah di awal Zulhijjah, diberikan kita peluang untuk berpuasa di awal 10 Zulhijjah, diberikan kita peluang untuk bertakbir memuji kebesaranNya pada Aidil Adha tahun ini. Juga diberikan lagi kesempatan untuk kita menjalankan ibadah korban, bermaaf-maafan, berkasih sayang, tolong-menolong, dan berhimpun membesarkan Allah S.W.T.

Sahabat – sahabat kaum muslimin sekalian…

Tidak dinafikan bahawasanya ujian, cabaran, dugaan yang telah ditimpakan oleh Rabbul Izzati kepada para Anbiya’ adalah tersangat besar untuk dibandingkan dengan ujian-ujian yang menimpa kita yang selepas zaman mereka. Bukan kita ingin membanding-bandingkan antara kita dan para Anbiya’, tetapi yang kita perlu lihat dan contohi ialah bagaimanakah mereka-mereka para Anbiya’ itu menempuh dan menghadapi segala dugaan mereka. Mereka dengan berbekalkan kesabaran, ketabahan, kesungguhan yang penuh dan jitu, mampu untuk menempuh segala yang ujian dengan keadaan bersahaja dan yakin kepada Allah S.W.T. Dan yang paling penting dapat saya terjemahkan di sini yang bertepatan dengan Aidil Adha ini ialah pengorbanan mereka dalam menempuh segala cabaran dan dalam mengamalkan segala perintah dan suruhan Allah bermatlamatkan keredhaanNya dan penyebaran Agama Islam di muka bumi ini agar kita semua manusia mendapat keredhaan sepertimana yang telah mereka kecapi dan agar kita semua mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mereka–mereka para Anbiya’ ini telah berkorban segala apa yang ada pada mereka adalah untuk kebaikan kita. Tetapi, adakah kita selaku Umat Islam hargai pengorbanan mereka ini? Adakah kita yang telah dipermudahkan jalan oleh para Anbya’ ini hanya mensia-siakan pengorbanan mereka?

Sahabat-sahabat kaum muslimin sekalian...

Pengorbanan adalah suatu perkara yang perlu ada bagi setiap individu muslim dalam untuk beramal dengan segala perintah dan suruhan Allah S.W.T terutamanya dalam berdakwah dan menyebarkan Syiar Islam. Sama ada ianya berbentuk nyawa, harta benda, masa, tenaga, dan apa–apa sahaja yang dapat kita korbankan. Persoalannya, apakah kita mampu berkorban untuk diri kita sendiri? Ataupun kita mampu berkorban demi kepentingan Islam, muslimin, dan manusia sejagat? Ataupun kita tidak mampu langsung berkorban, bahkan hanya menunggu sahaja orang lain yang berkorban untuk kita? Tepuk kepala tanya ilmu..Tepuk dahi tanya amalan..

Kita mestilah dan sepatutnya mengambil iktibar dari kisah para Anbiya’, tabiin, tabi’ tabiin dan salafuna as-solihin supaya dapat kita aplikasikan dalam kehidupan kita untuk menuju redha Allah dan menuju kesejahteraan sejagat dari dunia hingga ke akhirat. Ini bagi membuktikan bahawasanya jika kita tidak mampu untuk berkorban sebagaimana pengorbanan para Anbiya’ dan salafuna solihin sekalipun, tetapi sekurang–kurangnya kita menghargai pengorbanan-pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka kepada kita semua. Agar dengan usaha dan kerja kita yang sedikit itu mudah–mudahan itu dapat menggolongkan kita dalam golongan hamba–hamba Allah yang bersyukur. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “sedikit sahaja hamba-hamba aku yang bersyukur”

Sahabat –sahabat kaum muslimin sekalian…

*Moh lah kita sama-sama menghayati pengorbanan para Anbiya’, sama-sama kita menghalusi erti Aidil Adha yang sebenarnya, dan sama-sama kita menyerapi takbir-takbir mengagungkan Allah S.W.T. Agar ianya dapat menjadi kekuatan kepada kita dalam menempuh dan menjalani kehidupan di muka bumi ini yang tidak diketahui bilakah ianya akan berakhir…

Semoga Islam terus terjulang sebagai cara hidup dalam setiap pelosok ceruk dunia dan dalam setiap hati umat Islam hingga ke akhir nanti.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar…Walillahilhamd...

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Mohon Maaf Zahir Batin. Kullu Am wa antum bialfi khair…
(Dari kami barisan AJKT BKMIP & HEWI 09/10)

_Hamba dhoif yang ingin berkorban_
Yang DiPertua,
Badan Kebajikan MAhasisswa/wi Islam Pahang,
Sesi 2009/2010

*Moh = mari (Bahasa Pahang)
Read rest of entry
 

Pengikut

Badan Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi Islam Pahang Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon for Blogger Template Gallery