Jul 9, 2017

 

KUNJUNGAN MAHABBAH BERSAMA BKMPJ

[ KUNJUNGAN MAHABBAH BERSAMA BKMPJ ]

Sabtu, 8 Julai 2017: Wakil BKMIP iaitu Timbalan Setiausaha Agung BKMIP sesi 2016/2017, Ustaz Muhamad Al-Faqquruddin Bin Md Yusof telah membuat kunjungan mahabbah ke Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Pahang Jordan (BKMPJ) di Jordan. Sesampainya di sana telah disambut mesra oleh wakil BKMPJ Timbalan Yang Di-Pertua I, Ustaz Mohd Aiman Arif Bin Zulkifli bersama pimpinannya.

Alhamdulillah, pertemuan tersebut telah mencipta sejarah bagi kedua-dua badan kebajikan mahasiswa/i Pahang di luar negara bagi tujuan menjalinkan ukhuwwah antara dua persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Pahang di bumi Jordan dan Mesir.

Pelbagai perkongsian yang dikongsikan dalam pertemuan tersebut. Antaranya isu kebajikan anak-anak Pahang di kedua-dua negara. Semoga dengan pertemuan tersebut mengeratkan lagi ukhuwwah antara anak-anak Pahang di timur tengah amnya dan khususnya BKMIP dengan BKMPJ.


"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BERSAMABERSATU





Share:

Jul 4, 2017

 

[ FUTSAL RAYA KENGKAWAN KOI | FREE KICK ]

[FUTSAL RAYA KENGKAWAN KOI | FREE KICK]

Jumaat, 30Jun 2017 | Alhamdulillah, Futsal Raya Kengkawan Koi (FREE KICK) di bawah seliaan Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan peringkat Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang sesi 2016/2017 telah berlangsung di padang futsal Wafa El Amal. Lebih kurang enam team futsal yang dibentuk  terdiri daripada mahasiswa baru dan mahasiswa lama.

Antara objektif FREE KICK ialah :-

1-Membina ukhuwwah antara anak-anak Pahang di bumi Mesir.
2-Selain itu, meraikan suasana Aidilfitri di perantauan.

Program ini di akhiri dengan ucapan Aidilfitri Yang Di-Pertua BKMIP sesi 2016/2017 iaitu Ustaz Syed Muhammad Hazimuddin Bin Seyd Hamid.
Moga-moga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengikat ukhuwwah dalam  kalangan anak-anak Pahang di bumi Mesir agar terus terjalin.


"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BERSAMABERSATU

























Share:

Jul 3, 2017

 

ERAT'17 [ Eratkan Tautan Kasih Syawal ]


27 JUN 2017,KAHERAH – Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) sesi 2016/2017 telah mengadakan satu Majlis Rumah Terbuka Hari Raya EidulFitri yang dinamakan Eratkan Tautan Kasih Syawal (ERAT '17) dengan bertemakan "Kemaafan disantuni, Kebahagiaan dirasai"

Antara objektif program Erat '17,
1. Menyambut Aidilfitri bersama anak-anak Pahang di Pelembahan Nil.
2. Meribatkan lagi Ukhwah dalam kalangan anak-anak Pahang tidak kira latar belakang bidang pengajian.
3. Memberi ruang berkongsi kegembiraan bagi yang tidak pulang beraya bersama keluarga
4. Membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan ahli.

Justeru ,peringkat BKMIP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak ERAT '17 sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini. BKMIP juga mengharapkan agar pelaksanaan Majlis Rumah Terbuka ini dapat diteruskan lagi bagi merapatkan ukhwah antara anak Pahang di Mesir.

"Kemaafan Disantuni, Kebahagian Dirasai”

"Ilmuan Beriman Tunjang Integrasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


ERAT '17
BKMIP sesi 2016/2017
#ERAT'17
#BKMIPRAYA
#BersamaBersatu












































Share: