About

Photobucket

Apr 6, 2008

Status Ahli BKMIP

:: STATUS AHLI BKMIP
  • Ahli Biasa
  • Ahli Bersekutu
  • Ahli Kehormat

:: SYARAT -SYARAT KEAHLIAN

Ahli Biasa

  • Dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur atau
  • Ibu / bapa dilahirkan di negeri Pahang atau
  • Menetap di negeri Pahang atau
  • Pemegang biasiswa/pinjaman dari kerajaan negeri Pahang atau
  • Mendapat kerakyatan negeri Pahang.

Ahli Bersekutu

  • Pelajar yang mencukupi syarat ahli biasa, tetapi telah menjadi ahli biasa Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ) yang lain atau,
  • Rakyat Malaysia yang berkahwin dengan ahli biasa BKMIP

Ahli Kehormat

  • Berjasa Kepada BKMIP
  • Dilantik oleh Jawatan Kuasa Tertinggi ( JKT ) BKMIP

SYARAT - SYARAT PENERIMAAN KEAHLIAN

  • Beragama Islam
  • Memohon menjadi ahli dan memenuhi syarat-syarat yang ditentukan dengan mengisi borang keahlian yang disediakan
  • Menjelaskan yuran pendaftaran
  • Diluluskan oleh JKT
  • Tidak menyertai mana-mana persatuan lain yang tidak diiktiraf

KEWAJIPAN SEBAGAI AHLI

  • Menjaga nama baik BKMIP dan Negeri Pahang Darul Makmur
  • Mematuhi Perlembagaan BKMIP dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak JKT
  • Menjelaskan yuran-yuran yang ditetapkan oleh BKMIP
  • Ahli tidak boleh menyokong suara-suara yang bertentangan dengan kepentingan BKMIP dan ahlinya.
  • Berkeperibadian mulia dan menjauhkan segala kemungkaran

PERLUCUTAN KEAHLIAN

  • Menarik diri dengan membuat permohonan bertulis dengan persetujuan 2/3 JKT
  • Tidak menjelaskan yuran selama satu tahun enam bulan setelah diberi amaran bertulis
  • Meninggalkan Mesir setelah tamat pengajian
  • Meninggal dunia.
  • Dipecat dengan persetujuan 2/3 JKT kerana ;
    - Melanggar tatatertib, syarat-syarat dan kewajipan sebagai ahli
    - Tidak mematuhi nasihat dan amaran yang dikeluarkan oleh JKT
    - Menjadi ahli mana-mana persatuan yang tidak diiktiraf
  • Pemberitahuan tentang hilang keahlian dalam tempoh duaminggu melalui surat yang dikeluarkan oleh pihak Setiausaha Agung ( SUA ) daripada tarikh perlucutan tersebut

MEMPERBAHARUI KEAHLIAN

  • Membuat rayuan dan berikrar taat setia kepada BKMIP
  • Mengisi borang memperbaharui keahlian
  • Menjelaskan wang pendaftaran dan jumlah yuran yang belum diselesaikan semasa perlucutannya sehingga tarikh penerimaan baru keahliannya.
  • Penerimaan rayuan diluluskan diluluskan oleh JKT.


No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...