About

Photobucket

Apr 6, 2008

HARI KELUARGA KOME ( KOI 08 )



Toob El-Ramly 6 Mac. - Hari Keluarga Kome ( KOI 08 ) yang berlangsung sejak Isnin lalu, akhirnya melabuhkan tirainya.

Program yang berlangsung selama 4 hari ini dijalankan dengan penuh meriah dan ceria di Asrama Indera Mahkota Pahang menarik perhatian ahli lama dan baru.

Hari Keluarga yang saban tahun diadakan ini, adalah bertujuan mengeratkan lagi ukhwah antara ahli BKMIP sendiri. Turut serta mahasiswa dan mahasiswi dari seluruh muhafazah Mesir telah berkampung di Asrama Indera Mahkota Pahang, Haiyu Asyir untuk sama - sama mengambil tempat bagi menjayakan lagi program ini.

Dalam ucapan perasmian penutup Hari Keluarga Kome, Penasihat BKMIP 2008 berkata, dalam membentuk satu ukhwah dan jemaah yang jitu perlu kepada satu fikrah dan amal barulah tertegaknya syariat islam yg berlandaskan Al Quran dan Sunnah.

Program kali ini tentunya memberikan sebuah kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan oleh para peserta. Pelbagai aktiviti riadah dan permainan yang telah dipertandingkan oleh pihak penganjur dengan harapan memberikan kesan yang cukup bermakna dalam merapatkan ukhuwah sesama ahli BKMIP.

Dengan berakhirnya program Hari Keluarga Kome tahun ini, pimpinan BKMIP dan HEWI 2007/2008 mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada adhoc pelaksana yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini serta mengharapkan semua ahli mendapat manfaat daripada setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. Mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...