About

Photobucket

Apr 6, 2008

KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM YANG MEMBANTUTKAN USAHA DAKWAH DALAM KONTEKS PENUNTUT ILMU

Jika dikaji dengan lebih mendalam kita akan mendapati sebab – sebab kurang prihatinnya individu muslim terhadap kerja – kerja dakwah terutamanya prasangka, kekeliruan dan prospek serong tentang dakwah. Mungkin disebabkan was – was syaitan atau hawa nafsu atau mungkin juga terkesan kepada fikiran yang tidak baik kesan dari perang saraf yang menyelinap masuk kedalam minda umat islam kini. Di antara sebab penuntut ilmu merasa tidak berminat untuk menjalankan kerja – kerja dakwah adalah :

( 1 ) Menyangka dakwah ini adalah kewajiban ulama sahaja, dan berkata sebelum menjalankan dakwah mestilah menjadikan dirinya seorang berpelajaran tinggi sebelum bergiat dalam bidang ini.

SANGGAHAN : Niat yang sebegini rupa telah memesongkan maksud kamu. Yang sebenarnya yakni belajar adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai kerana pintu kemanfaatan akan bertambah dan tidak akan berkurangan sedikit pun. Ilmu akan bertambah dengan mengajar, sebagai seorag penuntut ilmu yang ikhlas di dalam menuntut ilmu hendaklah merasakan dirinya itu jahil apabila bertambah ilmunya, tiada ruang yang dapat untuk melihat dirinya mahir. Barangsiapa yang melihat irinya telah mahir di dalam ilmu serta boleh menjalankan kerja – kerja dakwah menyebabkan terjerumus di dalam sifat ujub.. ya Allah hindarilah hambamu ini..!!

( 2 ) Gentar jika diajukan soalan yang tidak mampu diselesaikannya menyebabkan dirinya dipandang rendah

SANGGAHAN : Ini merupakan penyakit hati yang sentiasa menginginkan kemahsyuran dan kepujian atas dirinya serta tidak sanggup menerima penghinaan di dalam menjalankan dakwah di jalan Allah. Ketahuilah bahawasanya para sahabat r.a apabila ditanya sesuatu yang tidak diketahuinya maka akan berkata kami tidak mengetahuinya.

Tanggapan – tanggapan dan sikap sebegini mungkin boleh merosakkan semangat seseorang penunut ilmu itu dalam menegakkan syariat Allah. Oleh yang demikian, wajarlah kepada kita sebagai pendokong agama yang dididik dengan kefahaman agama dapat menyampaikan dakwah serta ilmu kepada masyarakat kelak untuk kebaikan dan manfaat bersama. Wallahua`lam.


No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...