About

Photobucket

Apr 3, 2008

Sejarah BKMIP

Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang ( BKMIP ) di Kaherah adalah persatuan yang berfungsi untuk memberi kebajikan dan membantu meleraikan segala permasalahan anak-anak Pahang yang menuntut di Mesir semenjak 44 tahun yang lalu.

Ianya telah diasaskan pada tahun 1965 dan dikenali dengan nama Perkumpulan Pelajar-pelajar Pahang Kaherah ( PPPK ) . Pada peringkat awalnya, PPPK hanya dianggotai seramai 17 orang ahli sahaja.Pengerusi pertamanya ialah Ustaz Saudi bin Abd Junid sementara timbalan beliau ialah Ustaz Abd Shukor. Persatuan ini telah ditukarkan nama beberapa kali mengikut peredaran masa. Pada tahun 1967, dalam Mesyuarat Agong yang pertama, namanya telah ditukar kepada Perhimpunan Pelajar-pelajar Pahang Kaherah. Pada tahun 1983 mesyuarat agung tahunan telah bersetuju menukar namanya kepada Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang ( BKMIP ). Ia bersesuaian dengan fungsinya sebagai memberi kebajikan kepada anak-anak Pahang yang berada di bumi anbiya’ ini.

Dari masa ke semasa rombakan dan pindaan telah dibuat dalam stuktur pentadbiran BKMIP dan perlembagaaannya. Pada tahun 1990, Mesyuarat Agung Tahunan telah meluluskan perlembagaan baru BKMIP. Perlembagaan ini digubal untuk melicin dan memantapkankan pentadbiran BKMIP bagi menghadapi hari-hari yang mendatang.

BKMIP ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) yang dipilih oleh ahli melalui satu pilihanraya umum yang diadakan pada setiap tahun. AJKT yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan tugasnya dengan sukarela dalam tempoh satu sesi sahaja.AJKT BKMIP terdiri daripada 9 oarang ikhwah dan 7 orang akhawat. Ianya diselaraskan oleh setiausaha umum yang bertindak sebagai penyelaras.

Sejarah BKMIP telah mencatatkan rekod apabila Yayasan Pahang mengarahkan 2 orang pegawainya untuk bertugas di Kaherah. maka pada tahun 1994, dengan tibanya Tuan Haji Mohamad Bin Salleh dan Encik Wan Zainuddin Wan Abd Hamid bermulanya BKMIP diletakkan dibawah pengawasan kerajaan negeri Pahang secara langsung yang diwakili oleh dua orang pegawainya di Mesir. Pada tahun 1997 Tuan Haji Mohamad Bin Salleh telah bersara dan digantikan oleh Tuan Haji Mohamad Bin Ismail.

Pada tahun 1996 telah diadakan perjumpaan diantara AJKT BKMIP bersama pemangku Pengurus Besar Yayasan Pahang. Dalam perjumpaan tersebut telah digariskan beberapa perkara antaranya ialah menamakan Rumah Pahang Lama sebagai Rumah Pahang Inderapura dan Rumah Pahang Baru sebagai Rumah Pahang Indera Mahkota.

Selepas kedatangan Pegawai Yayasan Pahang yang baru telah diadakan perjumpaan yang mana telah menyatakan bahawa Rumah Pahang Inderapura diserahkan secara tender kepada Yayasan Pahang Kaherah.

Sebagaimana tercatat dalam perlembagaan, BKMIP bernaung dibawah YAB Menteri Besar Pahang dan Persekutuan Republik Arab Mesir ( PMRAM ). Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang ( BKMIP ) menjalankan aktiviti-aktiviti untuk ahlinya berpusat pada mulanya di Abbasiah pada awal penubuhannya. Pemilihan markaz di Abbasiah adalah kerana ia berdekatan dengan Rumah Melayu dan pejabat PMRAM yang berada disana. Rumah ini kecil muatannya berdasarkan kepada jumlah ahli ketika itu, yang mempunyai sebuah bilik tidur, sebuah bilik air dan sebuah bilik masak.

Oleh kerana rasa kesedaran untuk mendalami ilmu Islam yang timbul di kalangan anak-anak Pahang, maka bertambahlah jumlah pelajar. Jumlah ini tidak dapat ditampung oleh rumah/markaz yang sedia ada. Oleh itu, dengan inisiatif mahasiswa/wi pada ketika itu telah meminta kerajaan negeri untuk mencari tempat baru, maka dipindahkan ke Abbas-AlAqqad bagi memenuhi kehendak semasa.Rumah di Abbasiah masih ada tetapi hanya diadiami oleh pelajar Pahang yang berkeluarga. Rumah Pahang di Abbas Al-Aqqad mengandungi 4 flat yang mana setiap flat mempunyai 3 bilik. Terdapat juga dewan siswa , dewan siswi dan perpustakaan serta pejabat pentadbiran.

Pada awal tahun 1980 an telah dibina rumah Pahang baru di kawasan Haiyu Asyir. Setelah siap bangunan tersebut maka pada tahun 1994, pusat pentadbiran BKMIP berpindah ke Haiyu Asyir. Bangunan Rumah Pahang Baru ini mengandungi 4 bangunan ( A, B, C, dan D ). Dua blok menempatkan ikhwah dan dua blok didiami oleh akhawat. Pejabat pentadbiran BKMIP telah dipindahkan pada tahun 1994 yang bertempat disebelah pejabat pengurusan Yayasan Pahang Kaherah. Pemindahan ke markaz baru ini menambahkan lagi keceriaan dan melicinkan pentadbiran tanpa gangguan.

BKMIP telah menjadi payung kepada seluruh anak Pahang didalam memberi kebajikan, membina dan membentuk mentaliti mahasiswa dan mahasiswi agar mereka kreatif, berketarmpilan seterusnya berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Keanggotaan BKMIP adalah terbuka kepada semua anak-anak Pahang yang menetap di negeri Pahang samaada sementara mahupun tetap walaupun berlainan negeri. Setiap tahun bilangan pelajar yang datang menuntut di Al-Azhar semakin bertambah. Pada tahun 2009, bilangan ahli BKMIP adalah seramai 395 orang pelajar. Pihak persatuan menjangkakan bilangan kedatangan pelajar ke Mesir ini bertambah lagi dari tahun-tahun sebelum ini. .“BELAJAR DAN BERAMAL” merupakan motto yang diamalkan oleh BKMIP sehingga ke hari ini.

Akhirnya, BKMIP yang ada pada hari ini akan menghadap abad ke 21, maka dengan kepimpinan yang ada pada dekad ini dijangka mampu menganjak paradigma bagi menjadikan BKMIP sebuah persatuan yang benar-benar mampu memberi kebajikan kepada ahlinya. Dengan kepimpinan yang muda dan berwibawa maka BKMIP akan mampu malatih anak-anak Pahang agar menyiapkan diri membawa obor Islam ke negeri Pahang Darul Makmur.

Tarikh Berdaftar dengan Kedutaan: 4 Julai 2005 melalui Jabatan Penuntut Malaysia. No Pendaftaran KBMK/PPP 18.

No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...