Nov 15, 2008

Islah diriku

Ketahuilah sekiranya Allah Taala berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan- kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Siapa yg penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu.

Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya. Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.

Barangsiapa ingin megetahui kekurangan dirinya, maka baginya tertentu empat jalan:
1. Berguru dengan yang Mursyid
2. Mencari teman yang benar
3. Mendengar celaan daripada musuhnya
4. Bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kembali pada dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada diri nya.

Ihya ulumuddin

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita