Nov 16, 2008

 

Kursus Haji Anjuran PMRAM

Sempena kedatangan musim Haji tahun ini, PMRAM akan menganjurkan Kursus Haji bagi bakal jemaah haji, demikian menurut kenyataan Ketua Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM, Ustaz Mohd Adlan Mokhtarudin. Kursus berkenaan akan diadakan selama dua hari, Selasa dan Rabu pada 18 dan 19 November ini bertempat di Rumah Selangor, Hayyul 'Asyir bermula jam 5.30 petang hingga 8.30 malam.

Kursus berkenaan terbuka kepada semua mereka yang bakal menunaikan Rukun Islam kelima itu. Walau bagaimanapun, bagi yang tidak berdaftar sebagai jemaah haji di bawah PMRAM, yuran kursus akan dikenakan sebanyak LE15 sahaja.

Sementara itu, pihaknya berkata, kepada semua jemaah haji PMRAM, dokumen yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat PMRAM antaranya surat pengesahan (tasdiq) kuliah, bayaran USD 1695 serta 6 keping gambar berukuran pasport. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pihak beliau.

PMRAM
Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.