Nov 16, 2008

Tujuh kerugian orang bakhil

Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu Anhu (RA) berkata : "Orang yang bakhil atau kedekut tidak terlepas dari salah satu tujuh perkara berikut :

1. Ketika ia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskan dan membelanjakannya untuk sesuatu yang tidak diperintahkan Allah.

2. Allah akan membangkitkan penguasa zalim yang akan menguasai seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.

3. Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4. Muncul keinginan pada dirinya untuk mendirikan bangunan di tempat yang mewah, sehingga bangunan tersebut semua harta yang disimpan di dalamnya rosak.

5. Dia ditimpa musibah sehingga kehilangan hartanya, seperti tenggelam, terbakar, kecurian.

6. Dia ditimpa penyakit yang teruk sehingga hartanya habis untuk berubat.

7. Dia menyimpan hartanya di sebuah tempat, kemudian ia lupa tempat itu, sehingga hartanya hilang."

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita