Dec 26, 2008

 

Kelebihan berselawat ke atas Rasulullah SAW

Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

Selawat merupakan antara amalan yang paling berkesan yang dapat mengikat hati individu Muslim dengan Rasulullah saw. Firman Allah swt bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”. (al-Ahzab: 56)

Penganjuran berselawat ini juga disuruh dan digalakkan melalui hadith-hadith Rasulullah saw, antaranya: Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang berselawat ke atas ku satu selawat, maka Allah swt akan berselawat ke atasnya sepuluh kali” (Riwayat Muslim, Kitab al-solat, Bab: al-salat ‘ala al-Nabiy ba’da al-tasyahud)

Dari Ubai bin Ka 'ab, Aku bertanya, wahai Rasulullah, Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku ?
Nabi bersabda : Apa yang kamu kehendaki ?
la berkata : Seperempat
Sabda Nabi : Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.
Kataku : Apakah sepertiga?
Sabda Nabi : Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.
la bertanya : Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya
Nabi bersabda : Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.
(H.R Ahmad, Tirmizi )

Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.(Riwayat Tirmizi)

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu :

  • Memperolehi selawat dari Allah.
  • Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
  • Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
  • Menghapuskan dosa.
  • Mendapat pertolongan
  • Tercapai keperluan hidup.
  • Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
  • Memperolehi nur zahir dan batin.
  • Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
  • Memperolehi ucap selamat dari Allah.
Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.