About

Photobucket

Dec 30, 2008

Selamatkan Palestin

PMRAM mengutuk tindakan ganas Israel ke atas wilayah Gaza yang telah masuk hari ketiga hari ini ketika seluruh umat Islam menyambut tahun baru Hijrah 1430 dan ketika seluruh dunia menyambut tahun baru Masihi 2009. Di tempat dan negara lain, masyarakat dunia menyambut dua sambutan ini dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan bersama dengan azam baru dalam hati masing-masing. Namun di Gaza, saudara seagama kita menyambutnya dengan titisan air mata dan percikan darah.

PMRAM menyokong tindakan Malaysia dan negara umat Islam yang lain yang mmembuat gesaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menghentikan keganasan Israel itu. Walau bagaimanapun, PMRAM juga menggesa agar Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) juga berperanan lebih aktif dan mengambil tanggungjawab bersama dalam isu ini. PMRAM juga kesal atas tindakan sekutu Israel, Amerika Syarikat yang mempertahankan tindakan Israel dalam isu ini sepertimana kenyataan jurucakap White House, Gordon Johndroe seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Sikap double standard Amerika Syarikat itu turut dikutuk masyarakat dunia bahkan menyalahkan Hamas dan menggelarkan pertubuhan itu sebagai "samseng". PMRAM juga menyeru sekalian mahasiswa dan mahasiswi Malaysia khasnya berada di Mesir ini bagi mengadakan solat hajat khas untuk umat Islam di Palestin agar Allah memberikan bantuan-Nya kepada hamba-hamba-Nya di bumi suci sana. Di samping kita sibuk mengulang kaji pelajaran dan menghafaz, jangan kita lupa kepada nasib saudara seagama kita di Palestin. Semoga Allah membantu kita semua.

Khairul ANuar Ismail,
Presiden PMRAM 2008.

No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...