Dec 26, 2009

Dec 4, 2009

 

Laporan Sambutan Aidil Adha 2009/2010

Pengarah : Ustaz Ahmad Hakim bin Samsudin
Timb. Pengarah : Ustazah Siti Farhana binti Abd Razak

Tema : "TADHIYYAH DICERNA WEHDAH DIJANA"

27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 H, sekali lagi Allah membuka ruang kepada umat Islam di seluruh dunia merayakan hari yang bersejarah dan penuh kemuliaan ini. Tidak ketinggalan, Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) juga membuat sambutan pada 29 November bagi meraikan kemeriahan Aidil Adha di bumi Mesir.

Pada tahun ini, BKMIP dengan kerjasama Pengurusan Yayasan Pahang Kaherah telah berjaya menyediakan sebanyak 1 ekor unta, 1 ekor lembu dan 4 ekor kambing untuk dijadikan korban. Seawal jam 7.00 pagi, pelajar ikhwah mula berpusu-pusu turun ke kandang binatang korban. Acara korban dimulakan pada jam 7.30 pagi. Seterusnya acara melapah daging korban beramai-ramai dilangsungkan di Dataran Kompleks Pahang. Sementara daging korban dilapah, pelajar perempuan sibuk bergotong royong membuat persiapan untuk acara dewan. Pada sebelah petangnya pula, pelajar ikhwah bergotong-royong memasak daging korban tersebut.

Seusai solat Isyak bermulalah acara dewan yang dinanti-nantikan. Kehadiran ahli BKMIP pada kali ini agak memberangsangkan iaitu dengan kehadiran pelajar dirasat dan perubatan yang dianggarkan hampir 200 orang. Ini kerana sambutan Aidil Adha kali ini menyajikan persembahan yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Kehadiran jemputan VIP tiba seawal jam 8.00 malam. Antara jemputan yang hadir, Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang, Encik Ahmad Fared bin Mohd Din dan sekeluarga, Presiden PMRAM Ustaz Abdul Muiz bin Mohamad serta beberapa orang Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang lain.

Acara kemuncak yang dinanti telah pun tiba. Persembahan daripada Encik Mohd Fared mendapat tepukan dan sorokan yang gemuruh daripada ahli BKMIP yang hadir. Beliau telah mendendangkan sebuah lagu nasyid yang telah dipopularkan oleh kumpulan BROTHERS, ditujukan khas buat isteri yang tercinta. Seterusnya beliau mendeklamasikan syair arab yang bertajuk Al-Hub.

Di samping itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Ajkt ikhwah tahun ini. Malah pelajar- pelajar baru juga mengambil kesempatan dengan membuat persembahan pentomen yang mendapat sambutan dan persembahan nasyid dari kumpulan Syabab Al–Makmur. Berakhir kesemua persembahan, para jemputan dan ahli dihidangkan dengan sajian yang menyelarakan antaranya ialah kurma unta, rendang daging, gulai kambing, acar sayuran dan sedikit kuih raya.

Lewat jam 11.30 malam ahli BKMIP mula mengosongkan dewan pulang ke destinasi masing-masing. Semoga keindahan Aidil Adha kali ini akan sentiasa tersemat di hati kami selamamya dan mendapat keberkatan dariNya. AMEEN YA RAB…

Lihat gambar kenangan Sambutan Aidil Adha 2009/2010
Share:

Nov 27, 2009

 

Perutusan Eidul Adha YDP BKMIP 1430 H

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allaahu Akbar, Walillahilhamd...

Segala pujian ke atas Yang Maha Bersyukur. Selawat dan salam buat Penghulu kepada golongan–golongan yang bersyukur. Juga kepada ahli keluarga dan sahabat–sahabat Baginda S.A.W.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus dapat menjalankan ibadah-ibadah dengan sejahtera. Diberikan lagi kepada kita peluang untuk beribadah di awal Zulhijjah, diberikan kita peluang untuk berpuasa di awal 10 Zulhijjah, diberikan kita peluang untuk bertakbir memuji kebesaranNya pada Aidil Adha tahun ini. Juga diberikan lagi kesempatan untuk kita menjalankan ibadah korban, bermaaf-maafan, berkasih sayang, tolong-menolong, dan berhimpun membesarkan Allah S.W.T.

Sahabat – sahabat kaum muslimin sekalian…

Tidak dinafikan bahawasanya ujian, cabaran, dugaan yang telah ditimpakan oleh Rabbul Izzati kepada para Anbiya’ adalah tersangat besar untuk dibandingkan dengan ujian-ujian yang menimpa kita yang selepas zaman mereka. Bukan kita ingin membanding-bandingkan antara kita dan para Anbiya’, tetapi yang kita perlu lihat dan contohi ialah bagaimanakah mereka-mereka para Anbiya’ itu menempuh dan menghadapi segala dugaan mereka. Mereka dengan berbekalkan kesabaran, ketabahan, kesungguhan yang penuh dan jitu, mampu untuk menempuh segala yang ujian dengan keadaan bersahaja dan yakin kepada Allah S.W.T. Dan yang paling penting dapat saya terjemahkan di sini yang bertepatan dengan Aidil Adha ini ialah pengorbanan mereka dalam menempuh segala cabaran dan dalam mengamalkan segala perintah dan suruhan Allah bermatlamatkan keredhaanNya dan penyebaran Agama Islam di muka bumi ini agar kita semua manusia mendapat keredhaan sepertimana yang telah mereka kecapi dan agar kita semua mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mereka–mereka para Anbiya’ ini telah berkorban segala apa yang ada pada mereka adalah untuk kebaikan kita. Tetapi, adakah kita selaku Umat Islam hargai pengorbanan mereka ini? Adakah kita yang telah dipermudahkan jalan oleh para Anbya’ ini hanya mensia-siakan pengorbanan mereka?

Sahabat-sahabat kaum muslimin sekalian...

Pengorbanan adalah suatu perkara yang perlu ada bagi setiap individu muslim dalam untuk beramal dengan segala perintah dan suruhan Allah S.W.T terutamanya dalam berdakwah dan menyebarkan Syiar Islam. Sama ada ianya berbentuk nyawa, harta benda, masa, tenaga, dan apa–apa sahaja yang dapat kita korbankan. Persoalannya, apakah kita mampu berkorban untuk diri kita sendiri? Ataupun kita mampu berkorban demi kepentingan Islam, muslimin, dan manusia sejagat? Ataupun kita tidak mampu langsung berkorban, bahkan hanya menunggu sahaja orang lain yang berkorban untuk kita? Tepuk kepala tanya ilmu..Tepuk dahi tanya amalan..

Kita mestilah dan sepatutnya mengambil iktibar dari kisah para Anbiya’, tabiin, tabi’ tabiin dan salafuna as-solihin supaya dapat kita aplikasikan dalam kehidupan kita untuk menuju redha Allah dan menuju kesejahteraan sejagat dari dunia hingga ke akhirat. Ini bagi membuktikan bahawasanya jika kita tidak mampu untuk berkorban sebagaimana pengorbanan para Anbiya’ dan salafuna solihin sekalipun, tetapi sekurang–kurangnya kita menghargai pengorbanan-pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka kepada kita semua. Agar dengan usaha dan kerja kita yang sedikit itu mudah–mudahan itu dapat menggolongkan kita dalam golongan hamba–hamba Allah yang bersyukur. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “sedikit sahaja hamba-hamba aku yang bersyukur”

Sahabat –sahabat kaum muslimin sekalian…

*Moh lah kita sama-sama menghayati pengorbanan para Anbiya’, sama-sama kita menghalusi erti Aidil Adha yang sebenarnya, dan sama-sama kita menyerapi takbir-takbir mengagungkan Allah S.W.T. Agar ianya dapat menjadi kekuatan kepada kita dalam menempuh dan menjalani kehidupan di muka bumi ini yang tidak diketahui bilakah ianya akan berakhir…

Semoga Islam terus terjulang sebagai cara hidup dalam setiap pelosok ceruk dunia dan dalam setiap hati umat Islam hingga ke akhir nanti.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar…Walillahilhamd...

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Mohon Maaf Zahir Batin. Kullu Am wa antum bialfi khair…
(Dari kami barisan AJKT BKMIP & HEWI 09/10)

_Hamba dhoif yang ingin berkorban_
Yang DiPertua,
Badan Kebajikan MAhasisswa/wi Islam Pahang,
Sesi 2009/2010

*Moh = mari (Bahasa Pahang)
Share:

Nov 23, 2009

 

Kalam YDP BKMIP sesi 2009/2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pujian dan pujaan terhadap Yang Maha Terpuji..Dialah satu – satunya yang mampu menyatukan seluruh umat manusia dan satu – satunya yang mampu melancarkan segala perancangan makhluk..Selawat,salam rindu buat Junjungan Besar, Penghulu sekelian makhluk,sinar penyuluh alam, yang sangat jujur dan amanah, yang tidak pandai membaca dan menulis, Baginda Muhammad S.A.W serta kaum kerabat Baginda dan para sahabat Baginda seluruhnya..

Firman Al-Hakkamul ‘adl yg bermaksud : “berpegang teguhlah kamu dgn Tali Allah…ila akhir..”

Telah jelas dan dapat kita simpulkan suruhan Allah SWT terhadap kita agar bersatu padu dgn berpegang teguh pada taliNya yang mana jika dikaji pada ayat selepas ayat tersebut, Allah SWT menyuruh kita mengingati kembali nikmatNya pada kita manusia ketika mana manusia bermusuh – musuhan maka Allah lah yang telah menyatukan hati–hati kita dan memberi kita satu nikmat yang dinamakan persaudaraan.

Konteks persaudaraan dalam Islam adalah sangat luas dan menyeluruh. Sesama manusia kita bersaudara atas dasar kita makhluk Allah dan anak Nabi Allah Adam a.s, manakala sesama muslim persaudaraan kita atas dasar aqidah dan agama, sesama negara dan bangsa kita bersaudara atas dasar sama tempat, sama kaum, satu masyarakat, bahasa yang sama.. Dan sesama mahasiswa kita bersaudara atas dasar yang berbilang yang mana tidak masuk akal logik sekiranya tidak termasuk kita mahasiswa dalam golongan yang bersaudara, bersatu, berpadu, dan bergerak seiring…Kerana apa??? Kerana kalau dicampurkan dasar–dasar persaudaraan di antara sesama manusia, muslim, negara, bangsa, dan sesama mahasiswa, maka kita yang sesama mahasiswa inilah orang yang paling banyak dan tinggi level dan kebarangkaliannya untuk bersaudara dan bersekongkol..

Tidaklah persaudaraan sesama mahasiswa itu hanya menjuruskan kepada Islamic Student sahaja, bahkan sesama apa sahaja bidang mahasiswa bagi memajukan diri sendiri, masyarakat, kaum, bangsa, dan yang paling penting adalah agama, selaras dengan perintah Allah SWT yang diucapkan kepada manusia amnya dan Umat Islam khasnya.

Akhir kalimah, sama – samalah kita renungi kata–kata dari Sang Pembawa Kesatuan yang bermaksud : “tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah membuat sesuatu perkara yang menggembirakan saudaranya apa yang juga menggembirakannya”..Semoga kita Umat Islam sama–sama dapat berusaha untuk mengamalkan Al-Quran dan As- Sunnah sepenuhnya.

Wallahu a’lam..

Salam kemanisan bersaudara...
Al-haqir, al-dhoif.
Share:

Nov 15, 2009

Nov 6, 2009

Nov 3, 2009

Oct 15, 2009

Oct 9, 2009

Sep 28, 2009

 

Makluman SPR 2009

KEPADA,

AHLI BKMIP YANG DIHORMATI,

MESYUARAT AJKT BKMIP TELAH BERSETUJU MENETAPKAN TARIKH PILIHANRAYA HEWI BKMIP PADA 31 OKTOBER 2009 DAN PILIHANRAYA UMUM BKMIP PADA 1 NOVEMBER 2009.

*JUSTERU ITU PROSES PILIHANRAYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1 - PENYERAHAN BORANG PENCALONAN : SEBELUM 3 OKTOBER 2009

2 - PENAMAAN CALON DAN KEMPEN : 5 OKTOBER 2009 SEHINGGA TARIKH PENGUNDIAN

3 - PERJALANAN PILIHANRAYA UNTUK AKHWAT :
TARIKH : 31 OKTOBER 2009 ( SABTU )
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : MAKTABAH PAHANG

- PERJALANAN PILIHANRAYA UNTUK IKHWAH :
TARIKH : 1 NOVEMBER 2009 ( AHAD )
MASA : 7.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : MAKTABAH PAHANG


KEDATANGAN ANDA DIWAJIBKAN DAN UNDIAN ANDA MENJAMIN MASA DEPAN BKMIP. SEGALA KERJASAMA YANG DIBERIKAN AMATLAH DIHARGAI.

SEKIAN, WASSALAM.

DISEDIAKAN OLEH:
SETIAUSAHA SPR BKMIP 2009/2010
Share:

Sep 18, 2009

Aug 29, 2009

Jul 29, 2009

 

Tahniah buat pemain pasukan Pahang


Syabas dan Tahniah buat pasukan bola sepak mewakili BKAN Pahang dalam kejohanan bola sepak piala Malaysia. Walaupun kali ini, ramai diantara pemain yang mewakili Pahang pada Kejohanan Piala Presiden pulang bercuti di Malaysia namun barisan pemain kita yang sebahagiannya dibarisi pemain pelapis mampu memberi saingan yang sengit walaupun tidak berjaya ke pusingan suku akhir. Kami AJKT BKMIP mengucapkan syabas dan tahniah buat anda yang berusaha menjayakan serta memberi saingan dalam kejohanan ini. Walaupun tidak berjaya namun kita dapat merapatkan ukhuwah diantara mahasiswa baru dan lama dalam kejohanan tersebut. Kalah,menang adat pertandingan, yang penting ukhuwah yang terjalin kita kekalkan sampai akhirnya.
Share:

Jul 19, 2009

 

PAMERAN BAZARIA BERJAYA TARIK RAMAI PENGUNJUNG

Satu lagi program mega yang dianjurkan sempena Fatrah Mawaddah ialah Bazaria Sri Makmur yang baru sahaja berlangsung pada 14 sehingga 16 Julai lalu.Program yang memakan masa selama 3 hari itu dirasmikan oleh Yang Di Pertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang iaitu Ustaz Mohd Ridzuan Bin Abd Aziz.Apa yang menariknya,perasmian itu turut diserikan dengan gimik mengetuk tong gas oleh YDP sebagai simbol bazaria tahun ini.

Dari sudut lain,sambutan dari penender tidak kurang hebatnya iaitu sebanyak 15 penender dari sebelah ikhwah dan 5 penender dari akhawat,tidak termasuk 2 lagi penender yang menjual barang-barang seperti buku,souvenir dan lain-lain lagi di tapak pameran.Menampilkan sedikit kelainan,bazaria kali ini bukan hanya disertai oleh sahabat senegara sahaja,malah warga dari Thailand dan Bangladesh turut tidak ketinggalan memeriahkan lagi Bazaria Sri Makmur dengan memperkenalkan menu istimewa dari tanah air mereka sendiri.

Biarpun pada waktu tertentu jumlah pengunjung yang hadir adakalanya kurang memberangsangkan,namun pameran yang diadakan sepanjang bazaria berlangsung telah berjaya menarik perhatian mereka.Pengunjung yang melawat ke tapak pameran tidak putus-putus dari sebelah petang lagi dan berterusan sehingga ke malam.Antara blok pameran yang mengambil bahagian ialah pameran qiraat yang menganjurkan tahsin Al-Fatihah,pameran medic yang mengadakan medical check up selain pameran yang berkaitan dengan asal-usul dan tempat-tempat yang menarik di negeri Pahang serta pameran BKMIP yang membuka peluang kepada yang hadir untuk mengetahui sejarah BKMIP dan maklumat yang berkaitan dengannya secara langsung disamping permainan baling dat dan teka soalan,juga teka duit syiling.

Hari terakhir Bazaria Seri Makmur dirasmikan penutupnya oleh En.Ahmad Fared Bin Mohd Din selaku pegawai atase Yayasan Pahang Kaherah diikuti dengan penyampaian hadiah kepada gerai terbersih dan juga saguhati kepada adhock pelaksana yang bekerja keras sepanjang bazar berlangsung.Semoga objektif yang diharapkan melalui program ini,tercapai dengan jayanya..Wallahua’lam…
Share:

Jul 17, 2009

 

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN BIRO & UNIT YANG PULANG BERCUTI

BIRO PENERANGAN & PENERBITAN
(USTAZ BAIHAKI BIN ABD RASHID)
DIPANGKU OLEH:
USTAZ AHMAD TIJANI BIN MOHD ANUAR

BIRO PERUMAHAN & KEBAJIKAN
(USTAZ MOHD HILMI BIN ZULKIFLI)
DIPANGKU OLEH:
USTAZ MOHD FAHMI BIN ABD.RASHID

BIRO PERHUBUNGAN,SAMBUTAN & REHLAH
(USTAZ FAIZAL A.ZUBAIR BIN ZAILANI)
DIPANGKU OLEH:
USTAZ MOHD FIKRI BIN HAMZAH

BIRO KEBUDAYAAN,KESENIAAN & SUKAN
(USTAZ AHMAD HAKIM BIN SAMSUDIN)
DIPANGKU OLEH:
USTAZ MOHD RIDZUAN BIN NAZRI

UNIT PENGETAHUAN & PENDIDIKAN
(USTAZAH HAZWANI BINTI MAHMAD)
DIPANGKU OLEH:
USTAZAH TUAN SITI NAZIFAH BINTI TUAN LONG

UNIT PERUMAHAN & KEBAJIKAN
(USTAZAH NOR SABARIAH BINTI ABD SAMAD)
DIPANGKU OLEH:
USTAZAH NADIANABILA BINTI ZAINUDIN

UNIT PERHUBUNGAN,SAMBUTAN & REHLAH
(USTAZAH NOOR ILLIANA BINTI ABDULLAH)
DIPANGKU OLEH:
USTAZAH SITI AISYAH BINTI CHE NOH
Share:

Jul 6, 2009

 

Kesan istighfar

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.
Share:

Jul 5, 2009

 

H1N1 - Mahasiswa perlu berjaga - jaga

Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang memperingatkan kepada ahli BKMIP dan seluruh mahasiswa - mahasiswi Al Azhar yang akan pulang ke Malaysia agar mengambil langkah berjaga serta mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mengelakan diri dari terjebak dengan jangkitan Virus H1N1. Mengikut fakta dan kes -kes yang berlaku sebelum ini, H1N1 banyak dijangkiti oleh pelajar yang berada di luar negara dan tempat yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh mahasiswa - mahasiswi di airport. Barisan pimpinan juga menyarankan agar mahasiswa - mahasiswi yang sudah pulang membuat pemeriksaan di hospital bagi langkah berjaga - jaga. Kami juga menasihati ikhwah akhawat yang menghantar sahabatnya ke airport juga berhati - hati. Semoga sahabat tidak mengambil mudah dengan virus terbaru ini kerana berita terbaru satu kematian dicatatkan di Brunie akibat H1N1 ini. Semoga kita tidak terlibat dalam membawa virus ini kepada keluarga kita di Malaysia. Selamat Pulang bercuti dari kami Pimpinan Badan Kebajikan mahasiswa/Wi Islam Pahang.
Share:
 

Perbentangan Kertas Kerja


1 Julai 2009 - BKMIP telah menganjurkan program berbentuk ilmiah iaitu Perbentangan Kertas Kerja Fiqh Dakwah yang disampaikan oleh Ustaz Mukri Bin Ibrahim. Program di bawah Biro Pengetahuan dan Pendidikan ini, walaupun hanya menumpukan ahli BKMIP di Kaherah telah mendapat sambutan yang menggalakkan serta dapat memberi input kepada mahasiswa - mahasiswi Al Azhar yang merupakan agen Dakwah bagi agama yang mulia ini. Semoga program seperti ini akan sentiasa mendapat sambutan di hati mahasiswa - mahasiswi Al Azhar.
Share:
 

Jaulah AJKT BKMIP Ke Dumyat

21 Jun 09- AJKT BKMIP telah mengadakan jaulah melawat ahli di Dumyat. Perjalanan bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan menaiki dua buah kereta melalui jalan Mansurah. Setibanya di Mansurah sekitar jam 10.30 pagi AJKT sempat mencuri masa mengadakan kunjungan ke rumah ahli mutazawwijin iaitu rumah Ustaz Yasir dan Ustaz Nasir Hassan. Walaupun lawatan ini agak mengejutkan mereka namun kami mendapat layanan yang istimewa disamping mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahli mutazawwijin. Kami meneruskan perjalanan sekitar jam 12.00 tengahari dan tiba di Dumyat lebih kurang jam 2.30 petang. Setibanya di Dumyat, Ajkt BKMIP dibawa ke Markas DPMD yang telah menghimpunkan ahli pahang di sana. Alhi BKMIP yang berada di Dumyat berjumlah 24 orang. Majlis Ramah mesra dimulakan dengan ucapan tuan rumah iaitu Pengerusi Dewan Perwakilan Dumyat Ustaz Khidzir seterusnya diserahkan kepada Setiusaha Agung BKMIP meneruskan agenda perjumpaan. Majlis Ramah mesra ini berlangsung hampir sejam dan diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan oleh pihak ahli Pahang di DPM Dumyat. Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli pahang di DPM Dumyat diatas kerjasama yang diberikan. Semoga ukhuwah yang dibina mendapat limpah dan rahmat dari ilahi.
Share:

Jul 3, 2009

 

Bazaria Seri Makmur 2009

Assalamualaikum....Makluman kepada semua sahabat,Bersempena dengan program Fatrah Mawaddah (FATMA),BKMIP akan menganjurkan Bazaria Seri Makmur pada 14-16 Julai ini.Jadi,kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tender jualan,anda bolehlah menghubungi Pengarah Bazaria-Ustaz Ahmad Fairuz B.Muhammad(0112449379) ataupun Ustaz Md Anuar Daud(0111254648) bagi ikhwah dan Ustazah Noor Hanim Ibrahim(0115739694) ataupun Ustazah Nor Hanisah Che Ahmad(0111390679) bagi akhawat.
Tarikh tutup penyertaan sebelum jam 10.00p.m,10 Julai 2009 ini.Cepat membuat tempahan sebelum terlewat...!!!! Wassalam. Sumber: (Urusetia Bazaria Seri Makmur 09')
Share:

Jul 2, 2009

 

HIKMAH 09’ BUAH TANGAN PERTAMA SEMPENA CUTI MUSIM PANAS


Kemeriahan Hari Keluarga BKMIP (HIKMAH 09’) mewarnai awal percutian musim panas bagi anak-anak Pahang yang bermukim di Perlembahan Nil ini.Hampir 3 bulan lamanya bertungkus-lumus menghadap kitab-kitab kuliah dan setelah fatrah imtihan melabuhkan tirainya,HIKMAH 09’ dilihat satu wacana yang terbaik bagi mahasiswa/i untuk bersantai sambil melapangkan mental dan fizikal mereka.Hari keluarga yang cukup sinonim sebagai buah tangan BKMIP saban tahun itu masih lagi mengangkat tema ukhuwah,namun kali ini lebih meluas perannya iaitu “Tautkan Ukhuwwah Revolusi Ummah”

Apa yang menariknya,perasmian HIKMAH 09’ pada malam 22 Jun oleh timbalan Yang Dipertua BKMIP itu turut menggandingkan perasmian Fatrah Mawaddah (FATMA) sebagai program induknya.Hampir 4 hari berkampung,pelbagai aktiviti ilmiah dan sukan dipertandingkan.Antaranya debat bahasa Melayu dan bahasa Arab,pidato,nasyid,hafazan dan lain-lain.Acara sukan pula adalah takraw,bola tampar,futsal,pingpong dan pelbagai lagi acara sukaneka yang menampilkan pembaharuan berbanding sebelumnya.Sebanyak empat kumpulan bagi ikhwah,manakala tiga kumpulan lagi mewakili akhawat dengan keunikan maskot dan slogan tersendiri menambah kecerian HIKMAH 09’.

Tidak hanya mementingkan sudut jasmani semata-mata,malah HIKMAH 09’ turut mengambil kira pengisian rohaninya seperti kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazrul Bin Ahmad Nasir,juga forum siswa yang mengetengahkan mahasiswa/i tahun akhir sebagai pengisi slot iaitu Ustaz Mustafa Mat Nor,Ustaz Ariffin Ibrahim dan Ustazah Tuan Siti Nazifah Tuan Long.

Detik kemuncak program bermula pada 25 Jun malam dengan majlis perasmian penutupan HIKMAH 09’ oleh pegawai Yayasan Pahang Kaherah,Ustaz Fared Bin Mohd Din dan diserikan dengan gimik,acara penyampaian hadiah kepada pemenang,slide show,persembahan nasyid dan jamuan makan.Secara keseluruhannya,HIKMAH 09’ kali ini berjaya mencapai objektifnya antaranya mengeratkan ukhuwah,membentuk semangat berpasukan,dan mencungkil bakat baru.
Share:

Jul 1, 2009

Jun 29, 2009

 

Mengumpat

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali
SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan beberapa perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar.

Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang dan
hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.
Share:

Jun 24, 2009

 

Punca Hati Tidak Bahagia

Punca Hati Tidak Bahagia Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Kajian sains menyatakan sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lainl dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tidak akan habis juga ketahuilah orang yang tamak terdiri dari golongan yang rugi. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di hadapan orang ramai. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9. Cinta dunia - Berhartalah tidak mengapa tetapi dikawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi untuk dibawa ke akhirat. Sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
Share:

Jun 22, 2009

 

Cara Memperkukuhkan Tali Persaudaraan

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).

Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut:

1. Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA)
2. Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA)
3. Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)
4. Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)


MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.
Share:

Jun 16, 2009

Apr 14, 2009

Apr 4, 2009

 

Takziah buat Ustazah Kamilah dan Ustaz Fakruddin

Badan Kebajikan Mahasiswa/I Islam Pahang mengucapkan takziah buat keluarga Ustazah Kamilah binti Ibrahim di atas pemergian ibunda tercintanya baru-baru ini. Pihak BKMIP juga mengucapkan takziah kepada Ustaz Fakruddin bin Mat Zin yang mana, bapa, ibu serta abangnya Ustaz Fuad juga telah kembali kerahmatullah pada awal pagi Jumaat semalam akibat kemalangan. Kami pihak BKMIP mengharapkan sahabat ahli BKMIP dapat menghulurkan sumbangan serta bantuan di atas musibah yang menimpa kepada keluarga mereka. Semoga sedikit sumbangan dari kita dapat meringankan bebanan yang ditanggung. Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Ustaz Helmi bin Zulkifli (Biro Perumahan dan Kebajikan) dan bahagian akhawat disalurkan kepada Unit Perumahan dan kebajikan Hewi . Segala sumbangan anda amat kami hargai. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Share:

Mar 22, 2009

 

Kejohanan Futsal Piala BKMIP 2009

Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang dibawah anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan akan menganjurkan Kejohanan Piala Futsal BKMIP 2009.
Borang penyertaan kejohanan boleh didapati daripada :
Us. Ahmad hakim Samsudin (Pengarah)
Us. Md Anuar Daud (Unit Promosi & Pendaftaran)
Seluruh anak Pahang dialu-alukan untuk menjayakan kejohanan ini.

Share:

Mar 18, 2009

Mar 12, 2009

Feb 28, 2009

Feb 10, 2009

Feb 9, 2009

Feb 6, 2009

 

BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN

BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN
PUSAT PENGAJIAN TINGGI/PONDOK

Sukacitanya dimaklumkan, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menyediakan bantuan dermasiswa pelajaran pusat pengajian tinggi atau pondok kepada anak-anak negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Pondok yang diiktiraf oleh kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti berikut:

a) Pemohon hendaklah warganegara MALAYSIA dan beragama ISLAM.
b) Pemohon yang dilahirkan/bermastautin dalam negeri PAHANG DARUL MAKMUR,
c) Pemohon tidak mendapat tajaan dari mana-mana penaja/pinjaman.
d) Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Pondok atau Diploma atau Sarjana Muda atau Pasca Ijazah(bidang Pengajian Islam Sahaja).
e) Lulus peperiksaan tahun/semester pertama.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 31HB MEI 2009

SEGALA MAKLUMAT DAN BORANG PERMOHONAN SILA LAYARI LAMAN WEB MUIP : http://www.muip.gov.my
Share:

Feb 3, 2009

 

ISU PERLANTIKAN PENGURUSAN BKMIP 2009




Ahli Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) yang dihormati sekalian, surat perlantikan ini telah diterima oleh YDP BKMIP bertarikh 6 Januari 2009. Kandungan surat ini menjelaskan berkenaan perlantikan baru bagi Pengurusan Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) bagi sesi 2008/09.
Pihak kepimpinan BKMIP telah berjumpa dengan pihak pengurusan Yayasan Pahang Kaherah bagi menjelaskan rasional isi kandung surat berkenaan. Maklum balas yang diterima amat mendukacitakan dan pihak kepimpinan diminta untuk merujuk secara lansung dengan Pihak Yayasan Pahang di Malaysia. Yang Dipertua (YDP) BKMIP telah mengambil tindakan lanjut dengan menhantar sepucuk surat kepada pihak Pengurusan Yayasan Pahang di Malaysia dan sedang menunggu maklum balas daripada surat yang telah dihantar.
Berdasarkan daripada surat yang kami terima, ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan BKMIP itu sendiri. Menurut Perlembagaan BKMIP Fasal xiii (Syarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKMIP) Perlulah 1- Dilantik dari Ahli Biasa sahaja. Begitu juga bagi Fasal xiv (Cara Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi) 1- Dilantik melalui Pilihanraya 2- Dilantik melalui Mesyuarat Agung Khas, 3- Dikekalkan dua Jawatan Kuasa Tertinggi (JKT) oleh Mesyuarat JKT.
Jelas di sini, cara perlantikan JKT BKMIP adalah melalui Pilihanraya dan cara perlantikan yang diminta oleh pihak Yayasan Pahang akan menutup ruang demokrasi dikalangan pelajar Pahang di Mesir itu sendiri.
Pihak YDP BKMIP mengharapkan kesatuan daripada setiap ahli diperkukuhkan bagi menjamin keutuhan persatuan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Segala permasalahan berkaitan makluman ini, diminta merujuk secara langsung kepada mana-mana JKT BKMIP bagi mendapat maklumat yang tepat.


Share:

Jan 28, 2009

 

Makna Istighfar


Makna Istighfar menurut Imam Ali bin Abi Thalib
Berkata seseorang di hadapan Imam Ali bin Abi Thalib as: "Astaghfirullah"
Maka imam ali berkata kepada orang tersebut : "Apakah engkau tahu arti
istighfar? Istighfar adalah derajatnya orang-orang yang dekat dengan Allah.
Dan ketahuilah bahwa istighfar itu suatu nama yang mengandung / mempunyai 6
arti yaitu:

1. Menyesali atas apa-apa yang telah terjadi di masa lampau.

2. Bertekad untuk meninggalkan kembalinya perbuatan itu selamanya.

3. Supaya engkau memberikan kepada semua manusia hak-hak mereka sehingga
engkau menemui Allah, tidak ada yang mengikutimu dari hak-hak itu.

4. Supaya engkau mengerjakan setiap kewajiban yang engkau telah tinggalkan
dan engkau tunaikan hak-haknya.

5. Daging-daging yang tumbuh dari hasil pencarian yang haram, engkau
basahkan dengan kesedihan, sehingga melekat/menempel kulit dengan
tulang dan tumbuh di antaranya setelah itu dengan daging yang baru.

6. Supaya engkau merasakan badan yang sakit karena mengerjakan taat, seperti
engkau merasakan manisnya maksiat.

Dan setelah itu, ujar Ali , barulah engkau mengucap
"Astaghfirullah".

Berkata Imam muhammad Al-baqir:
"Di bumi ini ada dua bahagian yang selamat dari seksa Allah. Salah satunya telah di
angkat oleh Allah dan tinggallah bahagian yang lain, maka berpegang teguhlah dengan yang
lain itu. Ketahuilah bahwa bahagian yang telah di angkat oleh Allah adalah
Rasulullah SAW dan yang lainnya ialah Istighfar."

Allah berfirman dalam surat Al-Anfal ayat 33
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad)
berada di antara mereka. Dan tidak pula Allah akan mengazab mereka yang sedang
meminta ampun".
Share:

Jan 26, 2009

 

Hukum Meraikan Perayaan Agama Lain

Agama Islam adalah agama yang menjaga hubungan antara umat manusia di dunia ini. Disamping menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim antara kaum kerabat dan kaum muslimin seluruhnya juga dianjurkan dalam membina hubungan dengan orang yang beragama lain. Dalam surah An Nisaa ayat 36 dijelaskan maksudnya: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....".

Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).

Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga".

Menurut Imam Al Qurthubi; "Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman". Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.

Diriwayatkan juga bahawa Abdullah bin Umar menyembelih kambing. Ketika Ibnu Umar datang ia berkata: "Berikanlah sebahagian kepada tetangga kita orang Yahudi" diucapkannya tiga kali. "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Jibril selalu berwasiat kepadaku mengenai tetangga hingga aku mengira ia akan mewariskannya". Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.
Khusus berkaitan dengan meraikan perayaan agama lain maka dalam hal ini kami kemukakan dalil-dalil atau nas-nas Al Quran yang jelas.

1. Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan.
(Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15, Surah Mumtahanah ayat 8)

2. Umat Islam tidak dibolehkan mencampuradukkan ajaran agamanya dengan aqidah dan peribadatan agama lain. (Sila rujuk Surah Al Kafirun ayat 1 - 6, Surah Al Baqarah ayat 42)

3. Umat Islam harus menyedari bahawa agama-agama masa silam yang mempunyai kitab mereka telah sesat dan ingkar dengan perintah Allah, apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai kitab maka bertambalah kesesatanya. (Sila rujuk Surah Al Maidadh ayat 72, Surah Al Maidah ayat 73, Surah At Taubah ayat 30) Jelaslah bagi kita bahawa meraikan perayaan agama lain sama dengan mencampuradukkan ajaran Islam dengan aqidah agama lain. Sedangkan Islam melarang kita untuk sama-sama meraikan perayaan keagamaan tapi menganjurkan berbuat baik dan saling tolong menolong dengan mereka dalam masalah keduniaan. Sesungguhnya mengikuti, meraikan dan sama-sama menyertai mereka menyambut perayaan keagamaan mereka hukumnya adalah HARAM.
Share:

Jan 25, 2009

 

Taubat berulang dibenar pastikan hati sentiasa bersih

MANUSIA tidak sunyi daripada dosa. Hanya perbezaannya sama ada dia melakukan dosa besar atau kecil. Sebab itu Allah menyediakan taubat untuk membersihkan dosa. Untuk meletakkan dosa sentiasa dibersihkan, taubat hendaklah dilakukan sepanjang masa.

Setiap kali melakukan dosa, bersegera bertaubat. Namun, tidak pula kita mengambil kesempatan melakukan dosa dan kemudian bertaubat. Setiap taubat hendaklah diiringi perasaan menyesal melakukan perbuatan dosa. Kemudian tanam di dalam hati tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

Yang dikatakan berulang-ulang taubat ialah jika terlanjur melakukan dosa lagi, biarpun ketika taubat sudah berikrar tidak akan mengulanginya. Sememangnya, manusia memiliki sifat lupa dan lalai. Keadaan iman yang lemah mudah mendorong manusia lupa pada ikrar sendiri.

Paling ketara, kelalaian dan lupa berlaku ketika usia muda. Jiwa muda mudah tertipu dengan muslihat yang dirancang syaitan.

Sebab itu timbul ungkapan, muda hanya sekali. Masa muda lakukan apa saja yang diingini tanpa memikirkan dosa. Apabila tua nanti, taubat dan beribadat banyak. Namun, kebanyakan mereka itu lupa, maut tidak mengenal usia.

Sedangkan, syaitan pula tidak mengenal usia untuk menyesatkan manusia. Jika ketika usia muda mudah tergoda hasutan syaitan, begitu juga ketika tua. Syaitan akan memberi tumpuan kepada golongan tua agar terus melakukan kejahatan dan lupakan taubat. Syaitan tidak mahu usahanya dahulu sia-sia apabila manusia bertaubat dan banyak beribadat sebelum menemui ajal.

Allah swt berfirman :

Sudah dekat kepada manusia hari hisab segala amalan mereka sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Quran pun yang baru (diturunkan) daripada Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main.(Surah al-Anbiya, ayat 1-2).

Dalam diri manusia ada hati, yakni seketul darah yang berperanan mengawal perlakuan jasad dan minda manusia. Perlakuan dosa yang diulang-ulang secara sedar membentuk titik hitam di hati.

Terlalu banyaknya titik hitam menyebabkan warna hati bertukar menjadi gelap. Secara rohaniahnya, titik hitam yang tidak dibersihkan akan menyebabkan lebih banyak lupa dan kelalaian.

Taubat dapat membersihkan hati. Seperti pakaian, jika hendak kelihatan sentiasa bersih, kenalah sentiasa dibasuh. Kekotoran yang banyak dan lama tidak dibersihkan sukar untuk dibersihkan kemudiannya.

Ada sebahagian tidak berasa berdosa terhadap apa dan kepada sesiapa pun. Ia berpunca kurang didikan agama dan hidup pada persekitaran tidak mesra agama. Kesannya, dosa kecil berlaku berterusan dan yang besar menjadi kebiasaan.

Jika berlaku dosa, maka segeralah mohon keampunan Allah. Ia termasuk dosa kecil. Jangan menganggap dosa kecil tidak mengotorkan hati. Ini bagi membina kehidupan yang berasakan tidak senang biarpun hanya membabitkan dosa kecil.

Apabila amalan baik sudah sebati dengan diri, ia akan memberikan rasa kekebalan untuk menghadapi cabaran lebih besar.

Justeru, taubat berulang-ulang menjadikan hati sentiasa bersih. Keadaan itu dengan sendirinya sukarlah kekotoran lain melekat. Cahaya keimanan terpancar dari hati menghalang perbuatan dosa disengajakan.

Sebaliknya, hati yang kotor lebih tertarik melakukan perbuatan dosa. Lama kelamaan hati akan tertutup terus daripada cahaya keimanan. Sukarlah untuk kembali ke jalan diredai. Namun begitu, Allah itu Maha Pengampun bersedia sanggup menghapuskan segala dosa hamba-Nya yang bertaubat.

Doa adalah cara mengelak godaan syaitan. Ia satu usaha yang meletakkan kita dalam sedar dan berhati-hati terhadap ancaman. Hati akan terasa dekat dengan Allah dan sentiasa menyerahkan urusan hidup kepada-Nya.

Permulaan untuk mencegah hati menjadi kotor dan lalai ialah menjaga anggota badan:

  • Pertama, kawal mulut daripada mengucapkan perkataan tidak baik berupa fitnah, mencela, mencaci dan mengumpat.
  • Kedua, elak mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati.
  • Ketiga, berhati-hati dalam soal memilih makanan dan minuman agar terhindar daripada sumber dan jenis haram.
  • Keempat, menghalang kaki daripada berjalan menuju ke tempat yang berlangsung maksiat.
  • Kelima ialah jauhkan tangan daripada melakukan atau mengambil sesuatu yang haram.
  • Dan, keenamnya, jagalah kemaluan agar tidak melakukan zina.
Share:

Jan 24, 2009

 

Solat didik hargai Masa

Solat adalah satu institusi yang sangat agung mendidik insan dari segala aspek. Antaranya supaya seseorang itu menjadi tidak malas dan tidak mensia-siakan masa.

Ketika waktu menjelang siang, muazzin mengingatkan masa tidur sudah berlalu. Sekarang tiba siang dan waktu siang bukan lagi untuk tidur, sebaliknya sekarang adalah waktu untuk membina dunia.
‘Marilah solat, marilah menuju kejayaan. Solat lebih baik daripada tidur.’ Hebatnya solat yang memberi motivasi pagi. Apabila matahari menegak di atas kepala ketika asyik dengan tugas diingatkan lagi, ‘marilah solat’ Zuhur. Ia mengingatkan kita supaya prihatin dengan masa.

Apabila bayang sama panjang dengan benda dan matahari mula melabuh, datang lagi seruan ‘marilah solat’, malah ketika matahari tenggelam dan tidak nampak lagi cahayanya, suara ‘marilah solat’ datang lagi. Ketika luput lembayung merah di langit, muazzin sekali lagi mengajak manusia berkumpul untuk menunaikan solat secara berjemaah. Begitulah hidup kita membuka dan menutup hari dengan solat.

Ada pepatah berbunyi, ‘time is money’ (masa adalah wang) dan ‘time is running like arrow’ (masa bergerak laju seperti anak panah), kedua-dua ungkapan itu menggambarkan sifat masa sangat bernilai dan berlalu begitu pantas.

Solat sangat mendesak umat Islam supaya menukarkan masa menjadi ‘money’. Ramai orang tahu masa itu emas tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana hendak menukar masa menjadi emas. Bila tidak menghayati solat, kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Salah satu cara bagaimana menukar masa kepada emas ialah tidak malas atau belajar bagaimana mengisi masa dengan berfaedah, menggunakan masa dengan cermat, cepat dan tepat.

Menggunakan masa dengan cermat maknanya jangan sampai masa kita dicuri oleh kelalaian, kealpaan kerja yang tidak berfaedah seperti berkhayal, lepak kosong dan jangan sampai orang mengambil masa kita yang sangat berharga itu. Menggunakan masa dengan cepat maknanya jangan bertangguh apabila sudah merancang sesuatu.

Peluang kadangkala hanya datang sekali. Kita ada tiga masa sahaja iaitu ‘past time’ sebagai pengalaman, kita ada ‘present time’ iaitu masa sekarang dan kita ada ‘future time’ iaitu hari depan atau hari akhirat.

Ketiga-tiga masa itu sangat bergandingan. Lambat bertindak, akibatnya penyesalan. Menggunakan masa dengan tepat maknanya buat kerja betul pada masa yang betul. Seperti membunuh dalam peperangan akan digelar sebagai wira negara tetapi kalau membunuh orang tanpa sebab akan dihukum gantung. Berbogel dalam bilik air adalah harus tetapi berbogel di tengah khalayak, orang gila namanya.

Allah berfirman yang antara lainnya bermaksud: “Apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya Tuhanmulah tempat kamu berharap.”

Ayat di atas mengisyaratkan agar kita menyiapkan kerja dengan sempurna, barulah melakukan kerja lain dengan cermat, cepat dan tepat serta menggantungkan harapan hanya kepada Allah.

Selepas merancang, berserah dan bertawakal kepada Allah. Sebenarnya tiada sesuatu yang untung, yang kita dapat daripada kemalasan kecuali penyesalan dan kekecewaan. Jaminan Allah, telah berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang khusyuk sebenarnya mereka yang belajar, bukan sahaja fikah solat yang betul tetapi juga falsafah di sebalik tarbiah solat.

Mohd Zawawi Yusoh
Share:
 

Kaedah menghafal Al Quran

Menghafal Al-Quran memerlukan kesabaran jitu, kerana ia merupakan mukjizat Allah yang diturunkan kepada nabi besar Muhammad SAW. Al-Quran merupakan cahaya dan ia mudah hilang kerana kegelapan maksiat. Untuk itu cubalah jauhi perbuatan buruk walaupun pada perkara yang ringan seperti mendengar muzik, berbual kosong dan sebagainya. Menurut pendapat penghafal Al-Quran yang berpengalaman, masa yang sesuai untuk menghafal Al-Quran ialah ketika sunyi terutama di waktu pagi. Walaupun begitu, haruslah berlatih untuk menghafal dalam setiap situasi sekadar termampu.

Cara menghafalnya pula berbagai-bagai. Namun kaedah biasa ialah dengan mengulangi 2-3 ayat secara melihat kepada Al-Quran kemudian cuba mengingatinya, setelah itu bolehlah berpindah ke ayat-ayat yang lain. Untuk menguatkan hafalan, kita dikehendaki mengulanginya selalu. Jika boleh, amalkan ayat-ayat yang telah dihafal di dalam solat fardu atau sunat rawatib. Harus diingat menghafal ayat yang baru adalah lebih mudah dari menjaga ayat yang telah dihafal.

Oleh kerana itu peruntukkanlah waktu yang khusus untuk mengulanginya. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, "sesungguhnya Al-Quran lebih cepat luput dari hati dari hilangnya unta yang terlepas dari ikatannya". Anda hendaklah juga menjaga makanan, agar tidak memakan makanan yang haram atau syubhah, kerana ia boleh memberi kesan kepada mutu hafalan.

Perbanyakkan ibadat sunat dan solat hajat. Jika kita merasa masih terlalu susah hendak menghafal cuba lakukan solat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani yang menceritakan bahawa saidina Ali pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hafalannya yang buruk, lalu Rasulullah SAW menyuruhnya mendirikan solat pada tiap-tiap malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah dibaca surah Yaasiin. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah dibaca surah Ad-Dukhan, seterusnya pada rakaat ketiga selepas Al-Fatihah dibaca surah As-Sajadah dan pada rakaat yang keempat selepas Al-Fatihah hendaklah dibaca surah Al-Mulk.

Setelah Saidina Ali melakukannya selama 7 kali Jumaat, beliau begitu gembira apabila memberitahu Rasulullah SAW yang beliau telah menghafal Al-Quran dan hadisnya dengan mudah. Mudah-mudahan Allah SWT akan memberi taufik kepada kita semua untuk terus menjadi generasi yang memelihara Al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW.

darulnuman
Share:

Jan 23, 2009

 

Ke arah mustajab doa

Berdoa ertinya bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah Yang Maha Pemurah. Allah menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya. Bagi mereka yang tidak mahu meminta kepada Allah maka mereka tergolong insan yang takbur dan sombong. Jika permohonan seseorang itu belum lagi terkabul, bukan kerana Allah tidak memperkenankannya, kemungkinan doanya tidak memenuhi syarat-syarat berdoa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Disamping itu doa orang mukmin itu pasti akan dikabulkan Allah SWT, cuma saja ada tiga peringkat cara diperkenankan doa tersebut. Pertama, Allah akan kabulkan doanya disaat itu juga, kedua, ditangguhkan pada masa akan datang, dan ketiga, akan menerima balasannya di akhirat.

Allah SWT berfirman: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribdat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina". (Al Mukmin ayat 60)

Firman-Nya lagi maksudnya: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suaru perlahan-lahan".
(Al A'raaf aayat 55)

Ada beberapa kaedah atau peraturan bedoa yang membolehkan doa seseorang tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT. Diantara kaedah tersebut ialah:

  1. Dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar serta suci pakaian dan tempat berdoa.
  2. Mengadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk, tawadhuk serta merendahkan diri kepada Allah SWT.
  3. Doa dimulai dengan mumuji Allah, sekurng-kurangnya membaca "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin" diikuti dengan membaca selawat atas Nabi.
  4. Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak disamping perut dan anak jari mengadap ke atas.
  5. Setelah selesai berdoa sapukan tangan ke muka.
  6. Berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali dalam keadaan hatinya lara dan lalai atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya. Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti tersebut.
  7. Setiap orang Islam hendaklah membanyakkan berdoa kepada Allah semasa dalam keadaan senang supaya Allah memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah.
  8. Berdoalah dengan suara yang perlahan serta merendahkan diri disamping mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
  9. Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas.
  10. Untuk memohon sesuatu hajat, ulangilah menyebutnya sehingga sekurang-kurangnya tiga kali.
  11. Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan dosa, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta sesuatu yang mustahil.
  12. Jangan sekali-kali merajuk apabila doanya belum dikabulkan oleh Allah SWT. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa disamping berserah diri kepada Allah SWT.
  13. Sebelum diakhiri dengan ucapan amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan selawat Nabi SAW serta puji-pujian kepada Allah SWT.
Share:

Jan 16, 2009

 

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa.
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.
Usunglah dirimu ke tikar Solat.
Sebelum kamu diusung ke liang lahad.
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid.
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia.
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya.
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia.
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, takhta dan putera.
Isteri, kad kredit dan kereta.
Kondominium, saham dan niaga.
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
Share: