Feb 3, 2009

 

ISU PERLANTIKAN PENGURUSAN BKMIP 2009




Ahli Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) yang dihormati sekalian, surat perlantikan ini telah diterima oleh YDP BKMIP bertarikh 6 Januari 2009. Kandungan surat ini menjelaskan berkenaan perlantikan baru bagi Pengurusan Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) bagi sesi 2008/09.
Pihak kepimpinan BKMIP telah berjumpa dengan pihak pengurusan Yayasan Pahang Kaherah bagi menjelaskan rasional isi kandung surat berkenaan. Maklum balas yang diterima amat mendukacitakan dan pihak kepimpinan diminta untuk merujuk secara lansung dengan Pihak Yayasan Pahang di Malaysia. Yang Dipertua (YDP) BKMIP telah mengambil tindakan lanjut dengan menhantar sepucuk surat kepada pihak Pengurusan Yayasan Pahang di Malaysia dan sedang menunggu maklum balas daripada surat yang telah dihantar.
Berdasarkan daripada surat yang kami terima, ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan BKMIP itu sendiri. Menurut Perlembagaan BKMIP Fasal xiii (Syarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKMIP) Perlulah 1- Dilantik dari Ahli Biasa sahaja. Begitu juga bagi Fasal xiv (Cara Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi) 1- Dilantik melalui Pilihanraya 2- Dilantik melalui Mesyuarat Agung Khas, 3- Dikekalkan dua Jawatan Kuasa Tertinggi (JKT) oleh Mesyuarat JKT.
Jelas di sini, cara perlantikan JKT BKMIP adalah melalui Pilihanraya dan cara perlantikan yang diminta oleh pihak Yayasan Pahang akan menutup ruang demokrasi dikalangan pelajar Pahang di Mesir itu sendiri.
Pihak YDP BKMIP mengharapkan kesatuan daripada setiap ahli diperkukuhkan bagi menjamin keutuhan persatuan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Segala permasalahan berkaitan makluman ini, diminta merujuk secara langsung kepada mana-mana JKT BKMIP bagi mendapat maklumat yang tepat.


Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.