Jul 29, 2009

 

Tahniah buat pemain pasukan Pahang


Syabas dan Tahniah buat pasukan bola sepak mewakili BKAN Pahang dalam kejohanan bola sepak piala Malaysia. Walaupun kali ini, ramai diantara pemain yang mewakili Pahang pada Kejohanan Piala Presiden pulang bercuti di Malaysia namun barisan pemain kita yang sebahagiannya dibarisi pemain pelapis mampu memberi saingan yang sengit walaupun tidak berjaya ke pusingan suku akhir. Kami AJKT BKMIP mengucapkan syabas dan tahniah buat anda yang berusaha menjayakan serta memberi saingan dalam kejohanan ini. Walaupun tidak berjaya namun kita dapat merapatkan ukhuwah diantara mahasiswa baru dan lama dalam kejohanan tersebut. Kalah,menang adat pertandingan, yang penting ukhuwah yang terjalin kita kekalkan sampai akhirnya.
Share:

Jul 19, 2009

 

PAMERAN BAZARIA BERJAYA TARIK RAMAI PENGUNJUNG

Satu lagi program mega yang dianjurkan sempena Fatrah Mawaddah ialah Bazaria Sri Makmur yang baru sahaja berlangsung pada 14 sehingga 16 Julai lalu.Program yang memakan masa selama 3 hari itu dirasmikan oleh Yang Di Pertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang iaitu Ustaz Mohd Ridzuan Bin Abd Aziz.Apa yang menariknya,perasmian itu turut diserikan dengan gimik mengetuk tong gas oleh YDP sebagai simbol bazaria tahun ini.

Dari sudut lain,sambutan dari penender tidak kurang hebatnya iaitu sebanyak 15 penender dari sebelah ikhwah dan 5 penender dari akhawat,tidak termasuk 2 lagi penender yang menjual barang-barang seperti buku,souvenir dan lain-lain lagi di tapak pameran.Menampilkan sedikit kelainan,bazaria kali ini bukan hanya disertai oleh sahabat senegara sahaja,malah warga dari Thailand dan Bangladesh turut tidak ketinggalan memeriahkan lagi Bazaria Sri Makmur dengan memperkenalkan menu istimewa dari tanah air mereka sendiri.

Biarpun pada waktu tertentu jumlah pengunjung yang hadir adakalanya kurang memberangsangkan,namun pameran yang diadakan sepanjang bazaria berlangsung telah berjaya menarik perhatian mereka.Pengunjung yang melawat ke tapak pameran tidak putus-putus dari sebelah petang lagi dan berterusan sehingga ke malam.Antara blok pameran yang mengambil bahagian ialah pameran qiraat yang menganjurkan tahsin Al-Fatihah,pameran medic yang mengadakan medical check up selain pameran yang berkaitan dengan asal-usul dan tempat-tempat yang menarik di negeri Pahang serta pameran BKMIP yang membuka peluang kepada yang hadir untuk mengetahui sejarah BKMIP dan maklumat yang berkaitan dengannya secara langsung disamping permainan baling dat dan teka soalan,juga teka duit syiling.

Hari terakhir Bazaria Seri Makmur dirasmikan penutupnya oleh En.Ahmad Fared Bin Mohd Din selaku pegawai atase Yayasan Pahang Kaherah diikuti dengan penyampaian hadiah kepada gerai terbersih dan juga saguhati kepada adhock pelaksana yang bekerja keras sepanjang bazar berlangsung.Semoga objektif yang diharapkan melalui program ini,tercapai dengan jayanya..Wallahua’lam…
Share:

Jul 17, 2009

 

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN BIRO & UNIT YANG PULANG BERCUTI

BIRO PENERANGAN & PENERBITAN
(USTAZ BAIHAKI BIN ABD RASHID)
DIPANGKU OLEH:
USTAZ AHMAD TIJANI BIN MOHD ANUAR

BIRO PERUMAHAN & KEBAJIKAN
(USTAZ MOHD HILMI BIN ZULKIFLI)
DIPANGKU OLEH:
USTAZ MOHD FAHMI BIN ABD.RASHID

BIRO PERHUBUNGAN,SAMBUTAN & REHLAH
(USTAZ FAIZAL A.ZUBAIR BIN ZAILANI)
DIPANGKU OLEH:
USTAZ MOHD FIKRI BIN HAMZAH

BIRO KEBUDAYAAN,KESENIAAN & SUKAN
(USTAZ AHMAD HAKIM BIN SAMSUDIN)
DIPANGKU OLEH:
USTAZ MOHD RIDZUAN BIN NAZRI

UNIT PENGETAHUAN & PENDIDIKAN
(USTAZAH HAZWANI BINTI MAHMAD)
DIPANGKU OLEH:
USTAZAH TUAN SITI NAZIFAH BINTI TUAN LONG

UNIT PERUMAHAN & KEBAJIKAN
(USTAZAH NOR SABARIAH BINTI ABD SAMAD)
DIPANGKU OLEH:
USTAZAH NADIANABILA BINTI ZAINUDIN

UNIT PERHUBUNGAN,SAMBUTAN & REHLAH
(USTAZAH NOOR ILLIANA BINTI ABDULLAH)
DIPANGKU OLEH:
USTAZAH SITI AISYAH BINTI CHE NOH
Share:

Jul 6, 2009

 

Kesan istighfar

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.
Share:

Jul 5, 2009

 

H1N1 - Mahasiswa perlu berjaga - jaga

Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang memperingatkan kepada ahli BKMIP dan seluruh mahasiswa - mahasiswi Al Azhar yang akan pulang ke Malaysia agar mengambil langkah berjaga serta mengambil perhatian yang sewajarnya bagi mengelakan diri dari terjebak dengan jangkitan Virus H1N1. Mengikut fakta dan kes -kes yang berlaku sebelum ini, H1N1 banyak dijangkiti oleh pelajar yang berada di luar negara dan tempat yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh mahasiswa - mahasiswi di airport. Barisan pimpinan juga menyarankan agar mahasiswa - mahasiswi yang sudah pulang membuat pemeriksaan di hospital bagi langkah berjaga - jaga. Kami juga menasihati ikhwah akhawat yang menghantar sahabatnya ke airport juga berhati - hati. Semoga sahabat tidak mengambil mudah dengan virus terbaru ini kerana berita terbaru satu kematian dicatatkan di Brunie akibat H1N1 ini. Semoga kita tidak terlibat dalam membawa virus ini kepada keluarga kita di Malaysia. Selamat Pulang bercuti dari kami Pimpinan Badan Kebajikan mahasiswa/Wi Islam Pahang.
Share:
 

Perbentangan Kertas Kerja


1 Julai 2009 - BKMIP telah menganjurkan program berbentuk ilmiah iaitu Perbentangan Kertas Kerja Fiqh Dakwah yang disampaikan oleh Ustaz Mukri Bin Ibrahim. Program di bawah Biro Pengetahuan dan Pendidikan ini, walaupun hanya menumpukan ahli BKMIP di Kaherah telah mendapat sambutan yang menggalakkan serta dapat memberi input kepada mahasiswa - mahasiswi Al Azhar yang merupakan agen Dakwah bagi agama yang mulia ini. Semoga program seperti ini akan sentiasa mendapat sambutan di hati mahasiswa - mahasiswi Al Azhar.
Share:
 

Jaulah AJKT BKMIP Ke Dumyat

21 Jun 09- AJKT BKMIP telah mengadakan jaulah melawat ahli di Dumyat. Perjalanan bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan menaiki dua buah kereta melalui jalan Mansurah. Setibanya di Mansurah sekitar jam 10.30 pagi AJKT sempat mencuri masa mengadakan kunjungan ke rumah ahli mutazawwijin iaitu rumah Ustaz Yasir dan Ustaz Nasir Hassan. Walaupun lawatan ini agak mengejutkan mereka namun kami mendapat layanan yang istimewa disamping mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahli mutazawwijin. Kami meneruskan perjalanan sekitar jam 12.00 tengahari dan tiba di Dumyat lebih kurang jam 2.30 petang. Setibanya di Dumyat, Ajkt BKMIP dibawa ke Markas DPMD yang telah menghimpunkan ahli pahang di sana. Alhi BKMIP yang berada di Dumyat berjumlah 24 orang. Majlis Ramah mesra dimulakan dengan ucapan tuan rumah iaitu Pengerusi Dewan Perwakilan Dumyat Ustaz Khidzir seterusnya diserahkan kepada Setiusaha Agung BKMIP meneruskan agenda perjumpaan. Majlis Ramah mesra ini berlangsung hampir sejam dan diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan oleh pihak ahli Pahang di DPM Dumyat. Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli pahang di DPM Dumyat diatas kerjasama yang diberikan. Semoga ukhuwah yang dibina mendapat limpah dan rahmat dari ilahi.
Share:

Jul 3, 2009

 

Bazaria Seri Makmur 2009

Assalamualaikum....Makluman kepada semua sahabat,Bersempena dengan program Fatrah Mawaddah (FATMA),BKMIP akan menganjurkan Bazaria Seri Makmur pada 14-16 Julai ini.Jadi,kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tender jualan,anda bolehlah menghubungi Pengarah Bazaria-Ustaz Ahmad Fairuz B.Muhammad(0112449379) ataupun Ustaz Md Anuar Daud(0111254648) bagi ikhwah dan Ustazah Noor Hanim Ibrahim(0115739694) ataupun Ustazah Nor Hanisah Che Ahmad(0111390679) bagi akhawat.
Tarikh tutup penyertaan sebelum jam 10.00p.m,10 Julai 2009 ini.Cepat membuat tempahan sebelum terlewat...!!!! Wassalam. Sumber: (Urusetia Bazaria Seri Makmur 09')
Share:

Jul 2, 2009

 

HIKMAH 09’ BUAH TANGAN PERTAMA SEMPENA CUTI MUSIM PANAS


Kemeriahan Hari Keluarga BKMIP (HIKMAH 09’) mewarnai awal percutian musim panas bagi anak-anak Pahang yang bermukim di Perlembahan Nil ini.Hampir 3 bulan lamanya bertungkus-lumus menghadap kitab-kitab kuliah dan setelah fatrah imtihan melabuhkan tirainya,HIKMAH 09’ dilihat satu wacana yang terbaik bagi mahasiswa/i untuk bersantai sambil melapangkan mental dan fizikal mereka.Hari keluarga yang cukup sinonim sebagai buah tangan BKMIP saban tahun itu masih lagi mengangkat tema ukhuwah,namun kali ini lebih meluas perannya iaitu “Tautkan Ukhuwwah Revolusi Ummah”

Apa yang menariknya,perasmian HIKMAH 09’ pada malam 22 Jun oleh timbalan Yang Dipertua BKMIP itu turut menggandingkan perasmian Fatrah Mawaddah (FATMA) sebagai program induknya.Hampir 4 hari berkampung,pelbagai aktiviti ilmiah dan sukan dipertandingkan.Antaranya debat bahasa Melayu dan bahasa Arab,pidato,nasyid,hafazan dan lain-lain.Acara sukan pula adalah takraw,bola tampar,futsal,pingpong dan pelbagai lagi acara sukaneka yang menampilkan pembaharuan berbanding sebelumnya.Sebanyak empat kumpulan bagi ikhwah,manakala tiga kumpulan lagi mewakili akhawat dengan keunikan maskot dan slogan tersendiri menambah kecerian HIKMAH 09’.

Tidak hanya mementingkan sudut jasmani semata-mata,malah HIKMAH 09’ turut mengambil kira pengisian rohaninya seperti kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazrul Bin Ahmad Nasir,juga forum siswa yang mengetengahkan mahasiswa/i tahun akhir sebagai pengisi slot iaitu Ustaz Mustafa Mat Nor,Ustaz Ariffin Ibrahim dan Ustazah Tuan Siti Nazifah Tuan Long.

Detik kemuncak program bermula pada 25 Jun malam dengan majlis perasmian penutupan HIKMAH 09’ oleh pegawai Yayasan Pahang Kaherah,Ustaz Fared Bin Mohd Din dan diserikan dengan gimik,acara penyampaian hadiah kepada pemenang,slide show,persembahan nasyid dan jamuan makan.Secara keseluruhannya,HIKMAH 09’ kali ini berjaya mencapai objektifnya antaranya mengeratkan ukhuwah,membentuk semangat berpasukan,dan mencungkil bakat baru.
Share:

Jul 1, 2009