Feb 28, 2010

 

KEMBARA EKSPLORASI SINAI 09/10

PENGARAH : MOHD IZHAR B. DAUD
TEMA : MENYUSURI SIRAH MENYINGKAP IBRAH


16 Februari 2010 - Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah (BKMIP) telah menganjurkan sebuah jaulah yang diberi nama Kembara Eksplorasi Sinai 2009/2010. Jaulah ini diadakan selama tiga hari iaitu pada 16, 17 dan 18 Februari 2010 yang bertemakan “Menyelusuri Sirah Menyingkap Ibrah”. Jaulah kali ini telah disertai seramai 38 orang persertadengan diketuai oleh ustaz Mohd Izhar Bin Daud beserta barisan urusetia seramai 12 orang.

Kami bertolak daripada Hayyu Asyir pukul 4.30 pagi disebabkan ketibaan bas yang agak lewat daripada waktu yang dirancang.. Dalam perjalanan menuju ke destinasi yang pertama, kami melalui Terusan Suez. Berdasarkan catatan sejarah, terusan telah ini dibina pada tanggal 17 November 1869 oleh seorang panglima perang berbangsa Perancis, Ferdinand De Lesseps. Tepat jam 7.10 pagi kami selamat tiba di Kubu Israel. Antara info menarik yang dapat kami kongsikan bersama ialah kubu Israel ini merupakan satu-satunya kubu yang tidak mampu ditawan oleh Mesir semasa peperangan. Kami bertolak dari kubu Israel pada pukul 8.00 pagi menuju ke Uyun Musa. Kami meninggalkan Uyun Musa pada jam 8.45 pagi.Destinasi kami yang seterusnya ialah Hamam Firaun yang mana hamam yang disebutkan di sini bukanlah bermaksud tandas tetapi hamam yang dimaksudkan ialah sauna.

Kami bertolak dari Hamam Firaun menuju ke Makam Nabi Saleh Alaihissalam pada pukul 1.40 petang dan tiba di sana tepat jam 2.05 petang. Setelah 10 minit perjalanan, rombongan tiba di makam nabi Saleh dan perkampungan Nabi Harun serta tapak penyembahan lembu Samiri.

Kami meninggalkan tempat tersebut pada pukul 3.00 petang dan tiba di Fox Camp pada pukul 3.05 petang.Tujuh buah bilik ditempah sebagai penempatan sementara sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu pendakian Jabal Musa. Kami masih lagi bertekad untuk melawati Wadi Arbain (empat puluh lembah). Tepat jam 12 malam, tibalah giliran aktiviti yang amat dinanti-nantikan oleh semua peserta jaulah ini.. Aktiviti yang dimaksud kan ialah pendakian Jabal Musa, yang mengambil masa sepanjang malam untuk disempurnakan. Perjalanan seterusnya ke Dahab mengambil masa selama 4 jam . Antara aktiviti yang dijalankan disana temasuklah membeli- belah dan dan snorkeling.

Keesokan harinya,18.2.2010 kami bertolak dari Bandar Dahab pada pukul 11.30 pagi bagi meneruskan jaulah kami yang seterusnya ke Qal’ah Salahuddin yang terletak di Taba. Tepat pukul 4.10 petang kami bersiap untuk berangkat pulang ke Kaherah. Kami selamat tiba di Bandar Kaherah pada pukul 11.10 malam.

Kembara Eksplorasi Sinai kali ini telah mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan.. Ahli jawatan kuasa tertinggi BKMIP mengucapkan tahniah dan syabas kepada urusetia program, peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini , segala jasa kalian hanya Allah sahaja dapat membalasnya. jazakumullahukhoiroljazak.

Laporan oleh : Mohd Azli b. Ishak

Share:

Feb 14, 2010

 

PEMANGKUAN JAWATAN TYDP

Dimaklumkan bahawa Timbalan Yang DiPertua (TYDP) iaitu Ustaz Ahmad Tijani Mohamed Anuar sedang bercuti di Malaysia dan dijangka akan kembali semula ke Mesir pada bulan 3. Sehubungan itu, sepanjang ketiadaan beliau di sini, jawatan TYDP akan dipangku oleh Timbalan Setiausaha (TSU) iaitu Ustaz Mohd Ridzuan Nazri.



TYDP
Ust. Ahmad Tijani Mohamed Anuar



DIPANGKU OLEH :-



TSU
Ust. Mohd Ridzuan Nazri
Share: