Mar 24, 2010

 

HIKAM 10


Pengarah : Mohd Yusuf Hamidzi
Timb. Pengarah : Suriati Saharuddin

Tema : "UKHWAH DIPATRI KESATUAN DIREALISASI"


15 Mac 2010 - Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang telah mengadakan Himpunan Keluarga Al Makmur 2010 (HIKAM 10). Program ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 15 Mac 2010 dan berakhir pada 18 Mac 2010. Antara aturcara yang telah dijalankan adalah :-

Hari pertama, 15 Mac 2010

Telah diadakan Majlis Perasmian Pembukaan HIKAM 10. Majlis bermula pada pukul 9 malam, bertempat di Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud. Majlis Perasmian Pembukaan ini telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM iaitu Ustaz Abdul Mu'izz bin Muhammad. Pada malam tersebut juga telah diadakan Majlis Perasmian Pembukaan Perayaan Menyambut 45 Tahun Penubuhan BKMIP (PERMATA). Seterusnya pelancaran gimik PERMATA dan penyerahan bendera kepada ketua-ketua pasukan.

Hari kedua, 16 Mac 2010

Bermulalah acara sukaneka pada sebelah paginya. Antara permainan yang dianjurkan adalah sepak takraw, bola tampar, sepak raga, lambung sayang, lari dalam guni, tiup belon, tiup tepung, boling padang dan lain-lain lagi. Manakala pada waktu tengahari pula diadakan acara dewan. Antara acara yang dipertandingkan adalah pum ping, dat, dam, chess, rebut kerusi, telefon rosak dan lain-lain lagi. Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan acara tahfiz, tilawah, dan nasyid.

Hari ketiga, 17 Mac 2010

Telah diadakan pertandingan memasak (Chef Middle East). Peserta-peserta daripada setiap kumpulan telah mempamerkan kreativiti dan kehebatan masing-masing dalam menyediakan menu masakan yang paling menarik. Hakim bagi pertandingan memasak ini adalah Pegawai Yayasan Pahang Kaherah iaitu Encik Ahmad Fared Mohd Din dan isterinya iaitu Ustazah Ramiza. Manakala pada waktu tengahari pula telah diadakan acara ilmiah iaitu acara pidato dan debat Piala 45 tahun BKMIP. Pada sebelah petangnya pula, telah disambung acara sepak takraw, bola tampar dan ping pong. Manakala pada sebelah malamnya pula, telah diadakan program Himpunan Mahasiswa/wi 2010 (HIMMAH 2010). Antara aturcara program HIMMAH 2010 ini adalah penyerahan watikah perlantikan AJKT & HEWI BKMIP 09/10 daripada Pihak Yayasan Pahang yang diserahkan oleh Pegawai Yayasan Pahang Kaherah iaitu Encik Ahmad Fared bin Mohd Din. Selepas itu, diadakan ramah mesra di antara AJKT & HEWI BKMIP 09/10 bersama ahli-ahli serta persembahan daripada Yang DiPertua dan AJKT BKMIP 09/10.

Hari keempat, 18 Mac 2010

Telah disambung acara ping pong, sepak takraw dan bola tampar pada sebelah paginya. Manakala pada waktu tengahari pula telah diadakan final Debat Piala 45 tahun BKMIP. Pada malamnya pula, tibalah acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutup HIKAM 10 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Yayasan Pahang Kaherah iaitu Encik Ahmad Fared bin Mohd Din. Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pasukan terbaik keseluruhan dimenangi oleh pasukan kuning. Manakala pemain terbaik dimenangi oleh Mohd Helmi Mazelan.

Walaupun kehadiran peserta terutamanya daripada muhafazah tidak berapa ramai pada hari pertama dan kedua program, namun acara yang dianjurkan tetap berlangsung dengan meriah sekali.

Pihak AJKT & HEWI BKMIP mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada adhoc pelaksana dan semua ahli yang telah terlibat dalam menjayakan HIKAM 10 ini. Moga objektif yang telah dirancang mencapai matlamatnya.


Share: