Apr 20, 2010

 

Jaulah AJKT dan Hewi BKMIP ke Muhafazah


17 April 2010 - Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) telah mengadakan Jaulah AJKT dan Hewi BKMIP kali pertama ke dua muhafazah iaitu Tanta dan Zagazig bagi bertemu ahli-ahli Pahang di sana. Jaulah ini disertai oleh 11 orang AJKT ikhwah termasuk 2 org penasihat dan 10 orang Hewi termasuk penasihat.

Destinasi pertama yang dituju adalah muhafazah Tanta. Majlis bermula pada pukul 1.30 petang bertempat di Markas Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta. Antara aturcara program adalah :-

1) Sesi Taaruf Ajkt dan sedikit gerak kerja
2) Slot bersama TYDP mengenai program - program yang akan dijalankan pada fasa dua
3) Sesi soal jawab bersama ahli
4) Ucapan penangguhan dari YDP
5) Tayangan slide show

Kehadiran ahli di Tanta dianggarkan seramai 25 orang.

Seterusnya destinasi yang dituju adalah muhafazah Zagazig. Majlis bermula agak lewat iaitu pada pukul 6 petang kerana beberapa masalah. Aturcara program di Zagazig adalah sama seperti di Tanta. Kehadiran ahli-ahli di Zagazig sangat sedikit iaitu dianggarkan seramai 10 orang sahaja.

Selepas program berakhir, kami terus berangkat pulang ke Kaherah iaitu pada pukul 7.30 malam. Moga jaulah yang telah diadakan ini dapat mengeratkan ukhwah di antara Barisan Kepimpinan BKMIP dengan ahli-ahli Pahang di muhafazah.

Untuk baki muhafazah yang lain insyaALLAH akan diadakan selepas imtihan fasa dua nanti.



Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.