Apr 25, 2010

 

Majlis Pelancaran Kempen Biah Solehah




Tarikh : 23 April 2010
Masa : 9.15 malam
Tempat : Dewan Sheikh Abdul Halim Mahmud, Kompleks Pahang, Hayyu Asyir.
Perasmi : Ust. Mohd Fikri bin Hamzah
( YDP BKMIP )
Penceramah : Ust. Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
( Bekas YDP KPPIM )
: Ust Mohd Fahmi bin Rashid
( Ketua Unit Hisbah Pahang )
Kehadiran : Lebih kurang 20 orang ikhwah dan 10 orang akhawat

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan kepada Biro Dakwah BKIMP pada sesi kali ini untuk menganjurkan Majlis Perasmian Kempen Biah Solehah (KBS). KBS bagi sesi yang pertama ini hanya menumpukan tiga perkara utama sahaja iaitu 1) Kempen Solat Jemaah dan Puasa Sunat 2) Ziarah Mahabbah 3) Kempen Senyum, Salam dan Sapa. Beberapa risalah berkenaan telah diedar pada malam tersebut dan akan disusuli risalah dan poster yang lain sepanjang KBS berlangsung insyaAllah. Biro Dakwah merancang untuk mengaktifkan ketiga-tiga kempen ini sejurus tamatnya musim imtihan dengan izin Allah Taala.

Unit Hisbah juga diberikan kesempatan dalam majlis tersebut unutk memperkenalkan secara serba ringkas berkenaan operasi Unit Hisbah PMRAM Cawangan Pahang. Ust Fahmi, selaku Ketua Unit Hisbah Pahang banyak mengingatkan seluruh ahli BKMIP akan kepentingan amar ma’ruf dan nahi mungkar dikalangan mahasiswa dan mahasiswi. Lebih-lebih lagi, gejala sosial semakin menjadi-jadi mutakhir ini melibatkan sebilangan mahasiswa dan mahasiswi. Insyaallah, satu majlis khas untuk menerangkan segala perkara yang berkaitan dengan Unit Hisbah dan peranannya akan diadakan selepas musim peperiksaan.

Sekian, laporan terkini daripada Biro Dakwah BKMIP. Semoga peperiksaan yang bakal menjelang dapat dilalui dengan sebaik mungkin dengan harapan agar ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan untuk perjuangan Islam kini dan akan datang.

Wassalam.

Laporan oleh;
Muhammad Zul-Faisal bin Omar
Exco Biro Dakwah BKMIP 09/10
Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.