May 31, 2010

 

KENYATAAN YDP BKMIP MENGENAI SERANGAN ZIONIS ISRAEL KE ATAS KONVOI GAZA


Pujian, doa dan harapan kupanjatkan kepada Yang Maha Pengasihani, Yang Maha Gagah Perkasa...Selawat dan salam buat Junjungan mulia Sang Pahlawan, Pembawa kedamaian, Baginda Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda...

MasyaAllah....Sungguh kejam, zalim, jahat, tidak berperikemanusiaan, dan angkuh si Rejim Zionis Israel laknatullah ini..Tindakan yang lari dari prinsip hidup insan yang waras dan "salim" pemikirannya...Sanggup mereka memperlakukan sedemikian rupa terhadap makhluk yang sama jenis dengan mereka yang langsung tidak ada apa-apa kesalahan, bahkan ingin membuat kebaikan...Mereka membunuh, menyerang Kapal LL4G yang membawa misi kemanusiaan sedunia ke Gaza..Benarlah sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud : "tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani kepada engkau (Muhammad) sehinggalah Engkau mengikuti agama mereka"..Ayat ini merujuk kepada Umat Islam keseluruhannya.

Kalau kita teliti dan mengimbas kembali sejarah-sejarah terdahulu pada zaman Nabi-nabi terdahulu, dan zaman Baginda Nabi Muhammad S.A.W, memang telah terbukti akan kejahatan mereka-mereka ini..Inilah pusingan alam..Sejarah berulang kembali..Mereka terus menzalimi kita..Kita pula terus leka..Terus mengikuti dan terjatuh ke dalam tipu daya mereka yang bercabang-cabang..

Kalau direnung, kita boleh sepakat bahawasanya kebanyakan orang-orang Islam sekarang adalah Islam hanya pada nama sahaja..Mana tak nya, lesen judi pun dengan semudahnya boleh diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab, kes-kes jenayah yang tak munasabah dilakukan oleh orang Islam berleluasa, gejala sosial tak payah lah cerita...Tidaklah terniat di hati saya untuk mengenakan mana-mana pihak, tetapi sekadar renungan dan pertimbangan kita semua..
Firman Allah yang bermaksud : "telah jelaslah kemusnahan pada darat dan lautan dengan apa yang telah tangan-tangan manusia kerjakan, sebagai sebahagian daripada balasan Allah pada apa yang telah mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali"..Ayat di atas adalah jelas menunjukkan kepada kita supaya merujuk kembali kepada diri kita sendiri di atas apa-apa sahaja bentuk ujian atau bala yang Allah SWT turunkan kepada kita Umat Islam..

Wahai muslimin-muslimat sekalian..Saudara-saudara kita rakyat Palestin telah berkurun lama dizalimi..Kini mereka menzalimi pula pihak-pihak bertanggungjawab yang ingin menghulurkan bantuan..Akan datang ,entah siapa pula yang akan menjadi mangsa...Sedangkan kita hanya rileks2 sahaja..Terus menerus mengikut sunnah-sunnah dan dakyah-dakyah mereka..Lupa pada ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W..Mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dalam golongan yang lupa itu...

Ayuh..Kita sama-sama berdoa dan membantu apa-apa sahaja yang kita mampu untuk memenangkan Umat Islam dan menghancurkan Kafir Harbi Laknatullah 'alaihim..Buatlah apa yang kita termampu, seperti doa, derma, boikot, edaran risalah dakwah, dan sebagainya...Serulah kepada keluarga kita, kaum kerabat kita, kawan-kawan kita..Untuk sama-sama menggembleng tenaga, bersiap siaga...Membuat perubahan dan keinsafan pada diri sendiri...Sekaligus membantu saudara-saudara seagama..Dan melonjakkan Islam itu menjadi satu ikutan, cara hidup, kebanggaan, dan perundangan keseluruhannya...

"Kalaulah aku mampu, akanku hancurkan mereka-mereka itu... Kalaulah aku terdaya, akanku pecah-pecahkan jet-jet pejuang mereka... Kalaulah aku berkuasa, akanku wajibkan semua negara-negara Islam memerangi mereka.... Tapi aku adalah hamba yang sangat-sangat lemah..Yang aku ada hanyalah kemampuan berbentuk kalimah.. YA ALLAH..Aku merayu dengan sepenuh hati..Bantulah saudara-saudara kami...Musnahkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh-musuh kami...Tegakkanlah agama Kekasih Engkau dan Kekasih kami... YA ALLAH...Perkenankanlah doa-doa seluruh Umat Islam...Ampunkanlah dosa-dosa kami yang silam...Berilah pertunjuk dan kemenangan agar kami tidak terus tenggelam..."

Sekian dari saya,

Yang sangat-sangat berdosa,sangat-sangat miskin di sisi Dia,
Mohd Fikri Hamzah

Yang DiPertua BKMIP 09/10
PMRAM CAWANGAN PAHANG
Share:
 

KONVOI GAZA : BKMIP MENGUTUK TINDAKAN KEJAM REJIM ZIONIS ISRAEL


31 Mei 2010, Puak Rejim Zionis Israel laknatullah telah menyerang krew Kapal LL4G yang membawa misi kemanusiaan konvoi antarabangsa ke Gaza..Setakat ini, serangan tersebut telah menyebabkan kematian seramai 30 orang dan kecederaan seramai lebih dari 30 orang..(Berita penuh lawati : www.palestinkini.info)..

BKMIP melahirkan rasa sangat kesal, mengutuk serta menentang sekeras-kerasnya tindakan yang langsung tidak berperikemanusiaan tersebut..Tindakan sebegitu telah mencerminkan kejahatan, kezaliman, kekejaman, dan kedengkian Israel terhadap Umat Islam..Dan sekaligus telah mencemar maruah naluri insan yang terarah dengan sistem bertolong bantu..Begitu juga dengan masyarakat Islam sedunia ,maruah dan hak kita semua telah tercabar..

Pihak BKMIP mengajak dan menyeru semua mahsiswa dan mahasiswi untuk sama-sama kita Solat Hajat dan berdoa kepada Allah agar menumpaskan kaum zalim tersebut dan membantu masyarakat Islam setempat, dan keseluruhannya..Ulasan daripada YDP BKMIP mengenai hal terbabit : "kita semua muslimin mestilah membantu sedaya upaya kita terhadap saudara-saudara kita yang terlibat..buat masa sekarang, cuba kita fikirkan apa yang mampu kita bantu, ia tidak lain ialah kita MESTI BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH mohon Allah salurkan bantuanNya kepada Umat Islam. Lahirkanlah sensitiviti kita terhadap Umat Islam, umat dalam Agama kita yang kita sayang"

Sehubungan itu, ahli-ahli Pahang akan bersolat hajat dan sentiasa membaca Qunut Nazilah berikutan peristiwa terbabit..

"Ya Allah,,Hancurkanlah mereka..Bantulah kami.."

Yang benar,
BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/WI ISLAM PAHANG (BKMIP)
PMRAM CAWANGAN PAHANG
Share:

May 27, 2010

 

Motivasi Imtihan YDP BKMIP


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua...

Pujian yang tidak terhingga kupanjatkan kepada Allah SWT..Selawat dan salam buat Penyuluh Alam Nabi Muahammad S.A.W serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda semuanya..

Bersyukur kita semua kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita nikmat "idrak"..Firman Allah yang bermaksud : "setelah kamu berusaha, maka bertawakkallah kepada Allah"...

Keadaan kita semua yang masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan ini adalah satu masa yang sangat baik untuk kita menghampirkan diri kepada Allah SWT..Oleh itu wahai saudara/i ku sekalian, usah dikau lupa bahawasanya Dia yang menentukan segala..Pengurniaan segala nikmat adalah dari Dia yang Maha Adil lagi Bijaksana..Tetapi ingatlah juga, pemberian dariNya itu setelah kau berusaha..Bersusah payah, berpenat lelah menggapai kurniaan rezeki Nya..Maka, kombinasi antara usaha, taqarrub, dan tawakkal adalah cara yang paling hampir untuk memperoleh kejayaan..Tak percaya atau ragu-ragu?? cubalah tanya pada mereka2 yang telah berjaya..

Memberikan motivasi ataupun semangat, saya bukanlah orang yang selayaknya..Cuma di sini, inginlah diri ini berkongsi dengan saudara/i sedikit sebanyak pengalaman yang ada..Antara perkara-perkara yang perlu dititikberatkan di musim peperiksaan :

  • Taubat kepada Allah selalu.
  • Bermaafan dengan Ibu bapa, keluarga, guru-guru, dan kawan-kawan..Kita mintak maaf dan kita maafkan..buangkan segala prasangka-prasangka buruk..
  • Banyakkan berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah..(skill berdoa ialah sebelum berdoa kita mintak ampun dulu dgn ALLAH, ini sepertimana yang diajarkan oleh al-Quran).
  • Doakan kawan - kawan..(jgn mintak kawan -kawan doakan kita jer, tapi kita langsung tak doakan kawan-kawan).
  • Doakan untuk semua Ummah Islam dan untuk Agama Islam tu sendiri...
  • Letakkan niat dan azam dalam doa kita bahawa kita dan kawan-kawan kita ni nak berjaya cemerlang untuk bantu masyarakat, bantu muslimin, bantu Islam, bantu sahabat-sahabat seperjuangan, bantu keluarga, dan bantu diri sendiri.
  • Study mesti berdisiplin..
  • Pastikan tercapai target study, barulah boleh tercapai target keputusan..insyaAllah..
  • Pastikan ada amalan-amalan rahsia tersendiri untuk peperiksaan...Kalau masih belum ade..Tanyakan pada mereka-mereka yang berpengalaman.
  • Jawab periksa dengan tenang..Selawat kepada Rasulullah S.A.W sebanyak yang mungkin..Jangan gopoh..Kalau terlupa atau tak tau jangan mengalah..Rilek, cool...Jawab semampu mungkin..
  • Tawakkal kepada Allah sambil tidak putus-putus berdoa..Harap dan Husnuszhon pada Allah akan mengurniakan kepada kita satu kurniaan yang diberi nama KEJAYAAN..

Sekian sahaja, maaf jika kurang berbisa, saya juga manusia biasa, ayuh kita usaha sedaya upaya..

Salam Imtihan buat saudara/i ku..Kudoakan kejayaan kamu..Moga Allah membantu..Sekaligus memandu..Ke jalan menuju Dia yang Satu....

Yang hina lagi miskin,
Mohd Fikri Hamzah
Yang DiPertua BKMIP 09/10
Share:

May 21, 2010

 

Hikayat ‘Study’ Salaful Ummah

Di ambang peperiksaan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk kita menguasai ilmu? Jawapannya, kita mesti menjejaki cara ulama salaf memeras keringat dalam mencari gali ilmu. Ini kerana lafaz “سلك” dalam hadith (( من سلك طريقا...إلخ )) ditafsirkan oleh ulama sebagai ‘melalui jalan yang telah dilalui’. Di samping itu, ilmu yang menyinari dada-dada mereka telah membuktikan keberkatan manhaj yang mereka lalui.

Para masyayikh seringkali berpesan agar kita sering menghayati kisah-kisah ulama silam meredah belukar berduri bagi mengisi ilmu di hati. "Bukan mudah merasa manisnya madu kalau tidak dipanjat pohon tualang. Takkan dijumpa mutiara berharga kalau tidak diselam lautan yang dalam". Imam Al-Junaid menyebut: “ Hikayat-hikayat adalah tentera dari tentera-tentera Allah, dengannyalah tubuh badan penuntut menjadi kuat”.

Diceduk dari Kitab Manhaj Sawiy Habib Zain Sumait hafizullah:

- Pengarang Kitab Muhazzab, Tanbih, Luma’ dan lain-lain, Al-Imam Abu Ishak As-Shirazi berkata: “Aku mengulang setiap pelajaran 100 kali”. Bahkan diceritakan beliau mengulang sebanyak 1000 kali.

- Sayyidi Ahmad bin Zain Al-AlHabsyi mengulang pelajaran sebanyak 25 kali.

- Anak murid Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami berkata: “Aku pernah menderita kelaparan di Jami Azhar, suatu penderitaan yang tidak tertanggung oleh kekuatan manusia jika tidak dengan pertolongan Allah Azza wa Jalla dan taufiqNya, dimana aku menetap disana selama 4 tahun dengan tidak menjamah daging kecuali satu malam ketika kami dijemput untuk makan. Disebabkan daging tersebut masih belum di bakar, kami pun menunggu sehingga larut malam. Namun, setelah dibawa kepada kami, daging itu telah hangus. Aku langsung tidak dapat menjamahnya”.

- As-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan mengulang setiap pelajaran sebanyak 16 kali, dan menghafalnya sebanyak 4 kali.

- As-Syeikh Ahmad bin Musa bin Ujail membaca Kitab Risalah Imam Syafie sebanyak 500 kali.

- Pengarang Kitab As-Shihr, As-Syeikh Fadhl bin Abdillah membaca Sahih Al-Bukhari sebanyak 1000 kali.

- Diceritakan ada sebahagian ulama India ketika menghafal Al-Quran mengulang setiap maqra’ sebanyak 1000 kali.

- Pernah Al-Imam Muhammad bin Alawi At-Tarimi terbakar serbannya sebanyak 13 kali disebabkan terlalu khusyuk bermutalaah. Apabila mengantuk, beliau akan keluar ke pantai untuk ‘study’ sehingga habis sebahagian malam atau keseluruhannya.

- As-Sheikh Abdur Rahman bin Ali pernah membaca Kitab Ihya sebanyak 40 kali kepada bapanya dan 40 kali dibacakan kepadanya.

- As-Sayyid Ahmad bin Husain Al-Idrus pernah meminang sepupunya namun ditolak bapanya. Lantas beliau bernazar akan membaca seluruh Kitab As-Syifa dalam satu malam dengan pelita yang dipegang oleh sepupunya itu jika beliau dapat berkahwin dengannya. Hajat beliau tercapai dan nazar beliau dilaksana serta merta setelah beliau dinikahkan.

Dari Kitab Shofahat Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimullah:

- Al-Imam Abul Hasan Al-Qattan Al-Qazwini berpuasa selama 30 tahun dan berbuka hanya dengan roti dan garam, segalanya disebabkan ilmu.

- Al-Khatib At-Tibrizi pernah bermusafir dari Tibriz ke Ma’arrah berjalan kaki untuk bertemu dengan Al-Imam Abil ‘Alaa Al-Ma’arri bagi mentahkik dan mempelajari Kitab At-Tahzib Imam Abi Mansur Al-Azhari. Beliau meletak kitab tersebut didalam kantung dan memikulnya di atas bahu. Kini, sesiapa yang melihat nuskhah tersebut pasti akan menyangka ia pernah tenggelam dalam air, tetapi sebenarnya ia basah disebabkan peluh Khatib Tibrizi.

- Disebabkan kesejukan yang melampau dalam perjalanannya menuntut ilmu, Al-Imam Abul Fityan Umar bin Abdul Karim Ar-Rawwasi putus jarinya dan Al-Imam Zamakhshari putus sebelah kakinya.

- Faqih Maliki Al-Imam Muhammad bin Sahnun mempunyai seorang hamba perempuan yang bernama Ummu Mudam. Pada satu hari, Ibnu Sahnun sibuk menulis sehingga malam. Hidangan telah tersedia dan Ummu Mudam meminta izin agar Ibnu Sahnun menjamah hidangan itu. Beliau berkata kepadanya: “Aku sibuk sekarang”. Setelah Ibnu Sahnun membuat Ummu Mudam lama menunggu, Ummu Mudam pun menyuapkan Ibnu Sahnun makanan sedang beliau terus mengarang. Apabila azan subuh berkumandang, Ibnu Sahnun pun berkata: “Aku sibuk malam tadi wahai Ummu Mudam. Bawakan aku hidangan”. Ummu Mudam pun berkata: “ Demi Allah wahai tuanku, aku telah suapkanmu”. Beliau pun menjawab: “Aku tak sedar akannya”

- Dua kali Al-Hafiz Muhammad bin Tahir Al-Maqdisi kencing berdarah disebabkan perjalanan yang panjang dan cuaca panas yang bersangatan untuk menuntut hadith.

- Pelajar-pelajar Al-Imam Ali Al-Madini sering berebut-rebut ke majlis pengajian beliau. Mereka akan menunggu dari waktu asar dan duduk di tempat tersebut sepanjang malam untuk pengajian esok hari. Ada di kalangan mereka yang sanggup untuk kencing didalam ‘toilasan’ (sejenis pakaian ulama besar zaman dulu)kerana bimbang tempatnya diambil orang.

- Ketika keberadaan Ibnu Abi Hatim di Mesir, selama 7 bulan beliau tidak menghirup sup. Siang beliau bersama masyayikh dan pada waktu malam beliau sibuk menyalin pengajian bersama rakan-rakan. Pernah beliau makan ikan yang hampir busuk tanpa dimasak setelah 3 hari membelinya. Ini disebabkan beliau pergi menghadiri kelas talaqqi.

- Abu Ali Al-Qali Al-Baghdadi pernah keluar sebelum subuh untuk menghadiri majlis Al-Imam Ibnu Mujahid. Setelah sampai ke satu jalan, beliau mendapati ianya telah ditutup. Beliau pun memasuki sebuah lubang bawah tetapi tersepit didalamnya. Namun, beliau menembuskan juga diri sekuat-sekuatnya sehingga terkoyak baju dan daging sehingga nampak tulangnya. Akhirnya, beliau berjaya juga ke majlis pengajian walaupun dalam keadaan tersebut.

- Pernah di Basrah, Al-Imam Al-Bukhari bertelanjang disebuah rumah disebabkan habis duit belanjanya sehinggalah anak-anak murid beliau menjumpainya dan membelikan beliau pakaian. Di Asqalan pula, Imam Bukhari, disebabkan sebab yang sama, beliau memakan rumput. Beliau tidak mengkhabarkan keadaan tersebut kepada sesiapa selama 3 hari sehinggalah datang seorang yang tidak dikenali memberikan beliau sebuah bungkusan berisi dinar untuk beliau berbelanja.

Masih begitu banyak lagi hikayat salaful ummah dalam meniti kehidupan sebagai penuntut ilmu. Sebahagiannya tidak mampu dijangkau oleh pemikiran kita. Segalanya berlaku dek keikhlasan mereka ingin memperjuangkan agama suci ini. Mereka belajar bukanlah untuk bermegah dengan segulung ijazah, kemasyhuran, dan pujian. Bukan juga untuk memenuhkan masa lapang atau dipaksa orang atau untuk menjadikan ilmu itu sebagai modal untuk menyara kehidupan. Jauh sekali sifat-sifat ini berada dalam jiwa mereka.

Menuntut lmu adalah untuk mengenal dan melaksanakan segala perintah Allah Taala dan menjauhi segala laranganNya. Agar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam mengaku kita sebagai umatnya.

Semoga apa yang dihikayatkan di atas, dapat dijadikan motivasi kepada kita semua. Bukan untuk imtihan semata-mata, bahkan untuk selama-lamanya. Seeru ‘ala barakatiLlah!! Sekian.

Yang menaqalkan,

Imamul Kusala wan Nuwwam ,

Merangkap Sahibul Aqzar wan Najasat.

Ghafarallahu lahu wa liwalidaihi!

P/S: Kisah-kisah diatas diterjemah secara bebas dan diringkaskan oleh penulis untuk memudahkan kefahaman pembaca. Bacalah satu-persatu dengan bertadabbur.


Share:

May 7, 2010

 

Takziah Buat Ustaz Md. Amin bin Zainal Abidin


Tanta, 6 Mei - Seorang ahli BKMIP iaitu saudara Md. Amin bin Zainal Abidin yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DPMT telah dimasukkan ke Hospital Tibah kerana mengalami Apendix. Beliau telah dibawa ke hospital oleh rakan serumahnya pada jam 2.00 pagi untuk melakukan pemeriksaan selepas mengadu sakit perut yang bersangatan. Setelah diperiksa pihak hospital telah mengesahkan beliau perlu membuat pembedahan dengan segera.

Pembedahan telah dijalankan pada pukul 6.30 pagi dan selesai selepas setengah jam kemudian dengan selamat. Pengerusi, Ustaz Dzulhilmi bin Roslan bersama Penasihat serta beberapa orang AJKT DPM Tanta bergegas ke sana selepas mendapat maklumat untuk melihat keadaan Ustaz Amin. Bagaimana pun keadaan beliau kini berada dalam keadaan stabil sementara menerima rawatan susulan. Beliau dijangkakan dibenarkan pulang ke rumah esok hari.

Beliau juga merupakan Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan DPMT. Sekiranya mendapat apa-apa berita yang memerlukan kebajikan, maka beliaulah orang yang pertama memberi khidmat selepas menerima laporan. Hari ini, beliau pula yang dimasukkan ke dalam hospital kerana Apendix.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT semoga beliau segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Dan insyaAllah dalam waktu terdekat ini, YDP dan beberapa orang AJKT BKMIP akan bergegas pergi menziarahi beliau di Tanta.
Share: