Jun 4, 2010

 

KONVOI GAZA : PIMPINAN PMRAM PUSAT TURUN KE KOMPLEKS PAHANG


KAHERAH, 3 Jun – Meskipun kebanyakan mahasiswa di Universiti Al-Azhar dan pelajar Perubatan sedang sibuk menghadapi peperiksaan ketika ini, tidaklah menjadi penghalang buat mereka untuk duduk memikirkan bersama-sama hal umat Islam khususnya di Palestin.

Kelmarin, majlis Solat Hajat dan Qunut Nazilah di Kompleks Rumah Pahang di Hayyu Asyir telah dihadiri pimpinan PMRAM Pusat yang diketuai oleh Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime.

Majlis yang berlangsung selepas sahaja solat maghrib diimamkan oleh Presiden PMRAM. Kemudian, Solat Hajat dan Qunut Nazilah pula diimamkan serta dibacakan oleh Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin, Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM.

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil Badan Pengurus PMRAM, Saudara Mohd Azlan Hj Alias yang merupakan Naib Presiden II yang juga merupakan Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Pahang.

Menurutnya, beliau mengucapkan sekalung jutaan tahniah buat seluruh pimpinan PMRAM Cawangan BKAN dan DPM kerana mengutuk serangan yang dilakukan oleh puak Israel Zionis yang tidak bertamadun itu terhadap misi bantuan kemanusiaan antarabangsa baru-baru ini.

Menurutnya lagi, mahasiswa Islam di bumi Mesir perlu bangkit dalam menyatakan tentang sesuatu kebenaran serta tidak boleh takut dengan ancaman manusia.

Sebagai bakal ulamak dan pendakwah yang merupakan pewaris Nabi, mahasiswa Islam perlu menguasai ilmu serta merealisasikan ilmu tersebut untuk terjun ke medan perjuangan yang sebenar apabila pulang ke Malaysia suatu hari nanti.

Dalam pada itu, majlis turut dihadiri Yang DiPertua Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP), Mohd Fikri Hamzah , Mohd Zuhaili Saiman (Timbalan Presiden PMRAM) dan Mohd Faizzudin Ghazali (Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM).


Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.