Jul 26, 2010

KARNIVAL DAMAI 2010

23 Julai, Kaherah - BKMIP dan KPT telah mengadakan program yang dinamakan Karnival Damai 2010 yang bertempat di Dataran Haiyu Asyir. Program yang berlangsung pada 18 hingga 21 Julai yang lalu adalah program mega pertama yang dianjurkan oleh dua BKAN.
Program yang bertemakan "kesatuan dibina, ekonomi terjana" ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Shaiful Anuar Bin Muhammad dan ditutup oleh Presiden PMRAM. Turut mengambil bahagian dalam program tersebut 18 penender dari ikhwah dan 10 penender dari akhawat.

Antara pengisian selama 4 hari tersebut adalah slot slideshow dari BKMIP dan KPT. 6 pameran,
pertandingan takraw, diskusi buku oleh Prof Dr Hassan Basri. sambutan ulangtahun KPT dan BKMIP,
persembahan, forum dan pelbagai pertandingan diselitkan bersama.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program mega ini. Moga program seumpama ini dapat diteruskan lagi bagi mengeratkan
lagi ukhuwah sesama kita.

-Disediakan oleh Setiausaha-
Karnival Damai 2010

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita