Aug 29, 2010

 

RAMADHAN KAREEM

بسم الله الرحمن الرحيم
"يأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام ....لعلكم تتقون"
"شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن.."

Masa berlalu pantas meninggalkan kita..dengan rahmatnya kita bertemu jua dengan bulan mulia Ramadhan Al Mubarak. Sesungguhnya, bulan yang mulia ini tersemat di dalamnya pelbagai fadhilat, kesempurnaan, rahsia, kebaikan dan anugerah Allah yang tidak mampu diungkapkan kata-kata. Oleh itu semestinya kita menyambutnya dengan baik dan gembira agar beroleh biasan rahmatNya.

Rasullallah Sallahu Alaihi Wasallam mendidik umatnya menghargai dan mengagungi kemulian bulan ini melalui persediaan beberapa bulan sebelum hadirnya Ramadhan dengan banyak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Baginda juga berdoa “ Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami bulan Ramadhan”

Diriwayatkan bahawa Baginda Sallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud “ Apabila datang Ramadhan, dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” Jelaslah, banyaknya amalan soleh pada bulan ini menyebabkan pintu syurga terbuka, kurangnya maksiat menyebabkan pintu neraka tertutup, syaitan tak dapat mempengaruhi manusia membuat maksiat kerana mereka terbelenggu dirantai.

Jikalau direnung sejenak, berapa ramaikah daripada kita penuntut ilmu Allah yg memuliakan dan memanfaatkan bulan suci ini ? Umumnya, ramai yang masih kurang kesedaran akan keagungan bulan ini, masih leka dengan komputer, game, cerita, borak, tidur berlebihan dan pelbagai lagi aktiviti yang mengaibkan kita selaku penuntut ilmu Allah. Bersamalah kita memelihara kesucian bulan ini daripada tercemar oleh ganguan maknawi ini.

Puasa ibarat antivirus yang menyucikan manusia daripada segala dosa maksiat dan hijab yang mengeruhkan hubungan hamba dengan Allah. Antivirus ini perlu di upgrade oleh …..
Ibadah ini juga merupakan rahsia di antara hamba dengan Tuhannya berbeza dengan ibadah zahir yg lain seperti solat, haji, zakat. Ianya membawa matlamat suci, keredhaan Allah dan mendekatkn diri kepadanya.


Koreksi diri, Ibadah disemi, Redha Ilahi

AHMAD TIJANI BIN MOHAMED ANUAR
TIMB. YANG DIPERTUA BKMIP 2009/2010
Share:

Aug 12, 2010

 

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pemangkuan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKMIP yang telah pulang adalah seperti berikut :-

1) Muhammad Asri bin Mansor,
Biro Perumahan & Kebajikan

Dipangku oleh :

Faizal A. Zubir bin Zailani
Biro Pengetahuan & Pendidikan
No. Telefon 014-2672240

2) Mohd Yusuf bin Hamidzi
Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan

Dipangku oleh :

Muhammad Zul Faisal bin Omar
Biro Dakwah
No. Telefon 014-0436195

3) Tuan Muhammad Akmalhakim bin Tuan Mazri
Biro Perhubungan, Sambutan & Rehlah

Dipangku oleh :

Fahizie bin Che Lah
Biro Penerangan & Penerbitan
No. Telefon 011-5462732

Segala urusan berkaitan dengan bidang tugas yang berkaitan hendaklah dirujuk kepada pemangku baru bagi jawatan-jawatan tersebut. Pemangkuan ini akan tamat serta merta sekiranya mana-mana pemegang jawatan asal kembali ke Mesir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan BKMIP yang akan datang.

Sekian, harap maklum.

Disediakan oleh,
Jabatan Setiausaha Agung BKMIP
Sesi 2009/2010


Share:

Aug 8, 2010