Aug 29, 2010

 

RAMADHAN KAREEM

بسم الله الرحمن الرحيم
"يأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام ....لعلكم تتقون"
"شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن.."

Masa berlalu pantas meninggalkan kita..dengan rahmatnya kita bertemu jua dengan bulan mulia Ramadhan Al Mubarak. Sesungguhnya, bulan yang mulia ini tersemat di dalamnya pelbagai fadhilat, kesempurnaan, rahsia, kebaikan dan anugerah Allah yang tidak mampu diungkapkan kata-kata. Oleh itu semestinya kita menyambutnya dengan baik dan gembira agar beroleh biasan rahmatNya.

Rasullallah Sallahu Alaihi Wasallam mendidik umatnya menghargai dan mengagungi kemulian bulan ini melalui persediaan beberapa bulan sebelum hadirnya Ramadhan dengan banyak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Baginda juga berdoa “ Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami bulan Ramadhan”

Diriwayatkan bahawa Baginda Sallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud “ Apabila datang Ramadhan, dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” Jelaslah, banyaknya amalan soleh pada bulan ini menyebabkan pintu syurga terbuka, kurangnya maksiat menyebabkan pintu neraka tertutup, syaitan tak dapat mempengaruhi manusia membuat maksiat kerana mereka terbelenggu dirantai.

Jikalau direnung sejenak, berapa ramaikah daripada kita penuntut ilmu Allah yg memuliakan dan memanfaatkan bulan suci ini ? Umumnya, ramai yang masih kurang kesedaran akan keagungan bulan ini, masih leka dengan komputer, game, cerita, borak, tidur berlebihan dan pelbagai lagi aktiviti yang mengaibkan kita selaku penuntut ilmu Allah. Bersamalah kita memelihara kesucian bulan ini daripada tercemar oleh ganguan maknawi ini.

Puasa ibarat antivirus yang menyucikan manusia daripada segala dosa maksiat dan hijab yang mengeruhkan hubungan hamba dengan Allah. Antivirus ini perlu di upgrade oleh …..
Ibadah ini juga merupakan rahsia di antara hamba dengan Tuhannya berbeza dengan ibadah zahir yg lain seperti solat, haji, zakat. Ianya membawa matlamat suci, keredhaan Allah dan mendekatkn diri kepadanya.


Koreksi diri, Ibadah disemi, Redha Ilahi

AHMAD TIJANI BIN MOHAMED ANUAR
TIMB. YANG DIPERTUA BKMIP 2009/2010
Share:

2 comments:

  1. assalamualaikum,

    Sila dengarkan Radio Rakyat.net - bersiaran 24 jam sehari .

    Kuliah agama dan isu semasa, bacaan al-quran, promosi iklan produk, hiburan berunsur islamik

    dengarkan online di:

    http://www.radiorakyat.net
    http://www.radiorakyat.blogspot.com

    atau di blog-blog berhampiran anda.

    tuan blog/web juga boleh masukkan kod widget html radio rakyat di http://www.radiorakyat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tak der input baru ker? SPR kan tgh berjalan skrng ni....

    ReplyDelete

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.