About

Photobucket

Oct 12, 2010

UCAPAN YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/WI ISLAM PAHANG SESI 2010/2011


BERSAMA MEMPERTAHANKAN BKMIP SEBAGAI WADAH KESATUAN DAKWAH DAN TARBIAH

Tarbiyah Islamiyah itu adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengislamkan kesuburan tubuh badan, pekerti, roh dan akal fikiran. Ia juga bertujuan untuk menyempurnakan akhlak yang memungkinkan manusia itu hidup di dunia ini dalam keadaan baik dan mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti.

Prinsip dakwah dan tarbiah islamiyah

Berdasarkan kepada pengertian di atas, maka tarbiyah Islamiyah itu dilaksanakan berasaskan kepada beberapa prinsip. Antaranya ialah:

1) Bahawa tarbiyah Islamiyah itu adalah suatu perkara wajib lantaran ia merupakan kerja utama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Perkara ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a. w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari I’tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Jumu’ah: 2)

Justeru, Islam mewajibkan tarbiyah ke atas lelaki dan perempuan samada dia seorang merdeka atau seorang hamba sahaya.

2) Tarbiyah Islamiyyah itu berasaskan kepada keikhlasan kepada Allah s.w.t. iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan itu semata-mata kerana Allah s.w.t.

Barangsiapa yang mempelajari ilmu dengan sebab-sebab duniawi, maka dia akan diseksa di akhirat nanti. Sebaliknya jika dia menjalani pendidikan kerana Allah s.w.t., maka keadaannya setaraf dengan para mujahid di jalan Allah.

3) Bahawa tarbiyah Islamiyah itu tidak terikat dengan masa dan umur. Ia dilakukan secara berkekalan bermula daripada kandungan yangbelum dilahirkan sampailah ke alam dewasa dan berpindah ke alam baqa’. Tidak ada seorang pun yang diberikan kesempatan mempelajari ilmu pengetahuan boleh merasakan bahawa dia adalah seorang yang paling alim dan bijak.

Berkesesuainlah usul yang diterima pada mesyuarat agung tahunan kali ke 45 memperkasakan BKMIP sebagai wadah kesatuan dakwah dan tarbiah. Dalam kita merealisakan dakwah serta tarbiah harus kita melihat komitment serta tanggungjawab ahli dalam berkerja tanpa sebarang ganjaran. Adakah mereka mampu terus beriltizam dalam kerja- kerja persatuan tanpa mengira penat lelah. Maka dalam mereka menuju kearah tersebut, pihak BKMIP telah merancang dan merangka beberapa progaram bagi melahirkan mahasiswa yang mempunyai jiwa yang kuat serta tabah mengharungi sebarang cabaran.

Demi meyahut cabaran PMRAM bagi merealisasikan kemantapan fikrah membina syaksiah, BKMIP terus diperkasakan tarbiah dan dakwah sehingga mahasiswa Pahang mesir bangkit dengan kekuatan aqidah dan syariat islam yang sohih.

MOHD RIDZUAN BIN NAZRI

(Yang Di Pertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang)

Sesi 2010/2011


No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...