Nov 28, 2010

 

Tanggungjawab BKMIP agar PENDIDIKAN ahli terjaga



KEMPEN SKOR MUMTAZ

BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/WI ISLAM PAHANG 2010/2011

Badan Kebajikan Mahasiwa/wi Islam Pahang ataupun nama singkatannya BKMIP merupakan Satu badan bagi menjaga kebajikan anak-anak Pahang di bumi Mesir ini khususnya,antara lain badan ini ditubuhkan bagi memastikan pendidikan anak-anak Pahang terus maju berada dihadapan. Oleh yang demikian, biro pengetahuan dan pendidikan pada sesi 2010/2011 telah merangka satu kempen khusus bagi memastikan pendidikan anak Pahang terus maju, kempen tersebut dinamakan “KEMPEN SKOR MUMTAZ”.

Objektif merupakan elemen penting bagi memastikan progam yang akan dijalankan mempunyai matlamat yang hendak ditujui. Antara objektif kempen ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik mahasiswa/wi Pahang di Mesir, mewujudkan generasi yang bijak dan matang dalam pengurusan masa, melahirkan generasi ulama’ yang berkemahiran dalam pelbagaai bidang, menanamkan sikap cintakan ilmu dan sebagainya. Bagi memastikan tema Kempen Skor Mumtaz ,”KE ARAH GENERASI IMTIAZ” ini tarcapai, pihak kami telah menyusun pelbagai progam dan akiviti yang difikirkan dapat meningkatkan tahap prestasi kecemerlangan mahasiswa/wi islam Pahang yang berada di bumi anbia’ ini.

Antara aktiviti atau program yang telah kami rangka ialah Kempen Jom ke Kuliah , rentetan dengan kempen ini Pihak Yayasan Pahang bekerjasama dengan Biro Pengetahuan Dan Pendidikan BKMIP telah menyediakan tramco ke kuliah. Kami menyediakan tiga buah tramco. Kempen jom ke kuliah ini dilaksanakan bagi memudahkan anak-anak Pahang yang berada di Kaherah untuk pergi ke kuliah dengan menjimatkan tenaga dan wang ringgit. Kami juga telah melantik mentor bagi mahasiswa ikhwah dan mahasiswi akhawat untuk membimbing mahasiswa/wi baru khususnya dalam pelajaran mereka. Kami juga merancang untuk melaksanakan satu khidmat yang dinamakan “Panggilan Restu” yang akan dilaksanakan apabila hampir tibanya waktu peperiksaan. Panggilan ini akan diberikan secara percuma dari pihak BKMIP kepada semua ahli dengan masa dan syarat yang telah ditetapkan. Panggilan ini kami namakan panggilan restu kerana mudah-mudahahan dengan panggilan ini sahabat-sahabat akan mendapat restu daripada ibu bapa sahabat-sahabat untuk menjalani imtihan. Antara program lain yang kami rangka ialah solat hajat dan solat hifzi pada setiap minggu apabila hampir tiba waktu peperiksaan, mengadakan kelas Tutorial bagi setiap mata pelajaran termasuk Al-Quran, perbincangan secara berkumpulan(Study Group), mengadakan motivasi Kecemerlangan ,mengadakan ekplorasi imtiaz dan sebagainya.

Kesemua progam dan aktiviti yang dirancang ini dilaksanakan pada fasa 1 iaitu pada awal November 2010 hingga akhir disember 2010 dan fasa 2 iaitu pada awal april 2010 hingga awal mei 2010. Kempen yang kami lakukan ini bersesuaian dengan usul yang kami perolehi pada akhir Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-45 pada sesi yang lepas.Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang mengharapkan kempen yang kami akan jalankan ini akan mendapat keberkatan dan redha daripada Pemilik semesta alam ini.

SAYANGILAH IBU BAPAMU SEPERTIMANA MEREKA MENYAYANGIMU…JAGALAH MEREKA SEPERTIMANA MEREKA MENJAGAMU…

JANGAN BIARKAN MUTIARA MATA MEREKA MENITIS KERANA KEGAGALANMU… BIARKAN IA MENITIS

KERANA KEJAYAANMU.

DISEDIAKAN OLEH:

BIRO PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN 2010/2011

Share:
 

KURSUS KEPIMPINAN (TQ) BKMIP Berjaya Dilaksanakan







Syabas kepada Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) sesi 2010/2011 kerana telah berjaya melaksanakan kursus kepimpinan bagi seluruh barisan kepimpinan BKMIP buat kali pertama yang dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM , Ustaz Salehuddin bin Mohd Safien yang saban tahun dilaksanakan. Inilah salah satu usaha bagi memastikan sebuah persatuan yang ditubuhkan bermula pada tahun 1965 sehingga ke hari ini dipimpin oleh barisan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab dan berwibawa serta mempunyai jati diri yang tinggi bagi meneruskan kesinambungan mata rantai perjuangan generasi terdahulu.

kursus kepimpinan yang dirancang oleh Yang Dipertua BKMIP, Ustaz Mohd Ridzuan bin Nazri adalah bagi mengekalkan perestasi kerja dan kewibawaan setiap barisan kepimpinan dalam memberi komitmen terhadap BKMIP sendiri. Didalam kursus tersebuat banyak manfaat yang diperolehi dan banyak perkara yang perlu dilaksanakan bagi memperolehi satu kepimpinan yang bertanggungjawab terhadap tugas serta mempunyai kesedaran dan kefahaman yang jelas terhadap apa yang di pertanggungjawabkan. Antara pengisian yang dibentangkan adalah berkenaan tentang fiqh keutamaan yang menjadi asas kepada pelaksanaan kerja yang lebih teratur dan kemas. Didalam usaha untuk memajukan sebuah persatuan yang keramat ini, sangatlah wajar kursus-kursus seperti ini diadakan bagi memberikan penerangan dan pemahaman yang jelas terhadap gerak kerja setiap biro dan unit.

Sekali lagi diucapkan syabas! kepada barisan kepimpinan BKMIP sesi 2010/2011 kerana dapat melaksanakan satu kursus yang sewajarnya dilaksanakan bagi memastikan kewibawaan dan kefahaman dalam memikul satu taklifan dan tanggungjawab yang cukup besar dalam memimpin anak-anak Pahang kejalan yang diredai Allah.

Harapan yang sangat tinggi daripada Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/Wi Islam Pahang sesi 2010/2011 agar seluruh ahli BKMIP dapat memberikan kerjasama yang terbaik dan dapat memberikan sebarang bentuk sumbangan sama ada berbentuk tenaga kerja mahupun idea bagi meningkatkan kecemerlangan ahli BKMIP disetiap sudut.

Berdasarkan misi dan visi BKMIP, serta usul yang telah disepakati pada sesi ini, barisan kepimpinan BKMIP mengharapkan ianya tercapai dan terlaksana. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke hadrat Allah S.W.T dan memohon ampun serta hidayah darinya yang maha kuasa, agar dapat memelihara sebuah persatuan yang penuh keramat ini supaya bergerak selari dengan kehendak dan tuntutan Islam serta sentiasa dinaungi dan mendapat rahmat dariNYA.

Laporan oleh:

Mohd Fahmi B Abd Rasyid

(Timbalan Setiausaha BKMIP 10/11)

Share:

Nov 22, 2010

 

Kemeriahan JAUHAAR BKMIP 10/11





Laporan Program Jauhaar’10

Hari : Rabu

Tarikh : 17 November 2010

Masa : 7.00 pagi hingga 10.45 pagi

Tempat : Dataran Hayyu Asyir

Pada 17 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431h, anak-anak Pahang turun beramai-ramai ke Dataran Hayyu Asyir seawal pagi bagi memeriahkan suasana korban yang dianjurkan oleh BKMIP.

Hasil daripada kerjasama ahli, pihak penganjur berjaya mendapatkan seekor unta, dan tujuh ekor kambing untuk dijadikan korban.

Sebelum acara korban dilaksanakan, orang ramai telah disediakan sarapan berupa nasi lemak, dan keropok ikan manjadi “alas perut “ yang sungguh menyelerakan.

Acara korban dimulai dengan mengorbankan unta dan berikutnya dituruti oleh tujuh ekor kambing yang disembelih oleh tuan empunya kambing.

Kemeriahan suasana itu turut diserikan dengan celoteh deejay yang sungguh mencuit hati, sambil memutarkan lagu-lagu raya yang mengasyikkan.

Program berakhir pada pukul 10.45 pagi, setelah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan kandang, tempat penyembelihan, serta alatan-alatan memotong.





Hari : Khamis

Tarikh : 18 November 2010

Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat : Maktabah Asrama Pahang Indera Mahkota

Pada pagi 12 Zulhijjah 1431h, sekali lagi pihak BKMIP menganjurkan Jamuan Hari Raya untuk anak-anak Pahang di bumi Mesir ini. Jamuan ini diadakan bersempena dengan Hari raya Aidiladha yang telah disambut dua hari sebelumnya.

Majlis ini yang diberi nama Jom Ummah, Hebatkan Aidiladha Ramai-ramai (JAUHAAR’10) dengan bertemakan ‘ Setulus Pengorbanan, Semurni Keinsafan’ dirasmikan oleh wakil BP PMRAM

Ustaz Azlan Bin Alias. Seterusnya merasmikan pelancaran Kempen Skor Mumtaz dan Kempen Sifar Maksiat dengan bacaan sab’ul masani.

Antara menu yang dihidangkan adalah nasi putih, kari kambing, rending unta, kerabu perut, nasi impit, kuah kacang dan buah limau sebagai pencuci mulut.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan alunan nasyid yang mempersonakan dari kumpulan Syabab Makmur dengan mendendangkan 4 buah lagu. Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar baru dan juga persembahan istimewa dari Ahli Jawatankuasa Tadbir BKMIP sesi 2010/2011.

Kehangatan majlis semakin dirasai dengan ucapan para pengunjung yang disampaikan oleh deejay bersama dengan celoteh-celoteh beliau, yang turut diselangi oleh putaran lagu-lagu raya.

Majlis jamuan hari raya tamat pada jam 4.00 petang dengan kehadiran pengunjung yang amat memberansangkan.


Disediakan oleh,

(Mohd Zikrillah Bin Md Yusof)

Setiausaha JAUHAAR’10

Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang

Sesi 2010/2011

Share:

Nov 16, 2010

 

Perutusan Hari Raya Aidil Adha Presiden PMRAM 2010

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على أشرف الأنبياء و المرسلين وعلى آله و صحبه أجمعين .


Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah sama-sama kita mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT dengan anugerah serta nikmat iman dan Islam yang diberikan, kita mampu mengharungi fasa-fasa kehidupan mengikut garis panduan syarak. Sehinggalah pada malam ini, kita mengecapi anugerah perayaan yang terbesar dalam kehidupan seorang muslim.

Bersyukur tidak terhingga juga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat Islam hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah terdahulu. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul yang telah menyempurnakan misi dakwah kepada umat manusia agar mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah SWT.

Jika kita sorot kembali sejarah perjuangan Nabi Allah Ibrahim AS, maka kita akan menyaksikan bahawa naluri seorang ayah yang sanggup mengorbankan anak yang tercinta demi semata-mata melaksanakan perintah daripada Sang Pencipta. Ujian seberat itu pasti tidak akan mampu dilaksanakan melainkan dengan ketaatan yang sempurna sehingga mampu mengenepikan perasaan diri dan tuntutan peribadi.

Allah SWT sengaja menjadikan sejarah ini berlaku untuk dijadikan sebagai pedoman dan petunjuk bagi kehidupan pada masa hadapan. Sebab itulah Islam mengajar umatnya untuk mengorbankan jiwa dan harta demi untuk menegakkan kalimah Allah SWT serta melaksanakan kerja-kerja Islam.

Justeru, intipati daripada Sambutan Hari Raya Eidil Adha, adalah sifat pengorbanan yang perlu wujud dalam jiwa umat Islam demi mengembalikan jati diri dan integriti melawan musuh-musuh Allah SWT. Sesungguhnya sejarah membuktikan bahawa antara punca kejatuhan pemerintahan Islam suatu ketika dahulu berpunca daripada lenyapnya sifat pengorbanan dan jati diri umat Islam.

Memahami sejarah jatuh bangun Islam, PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk menjadikan intipati sambutan hari raya pada kali ini sebagai pemangkin untuk melaksanakan kerja-kerja Islam. Percayalah bahawa kerja-kerja Islam tidak akan terlaksana dengan sempurna apabila sifat berkorban hilang dari jiwa aktivis Islam.

Sahabat-sahabat seakidahku sekalian.

Apabila berbicara tentang pengorbanan, maka topik ini memerlukan perhatian yang serius daripada seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam. Sifat berkorban yang dimaksudkan oleh Islam ialah mengorbankan jiwa dan harta bahkan mengorbankan agenda peribadi demi menjayakan agenda ummah.

Terkadang istilah ‘berkorban’ disalahertikan sehingga menyebabkan umat Islam tidak memahami kehendak sebenar Islam. Sebab itulah terdapat segelintir golongan yang tidak sanggup mengenepikan agenda peribadi apabila bertembung dengan agenda ummah. Virus inilah yang perlu dibuang dan diperangi agar ia tidak menular ke seluruh jiwa umat Islam.

Justeru, PMRAM melaksanakan muzakarah berkelompok bagi membentuk pemikiran mahasiswa yang dikehendaki oleh Islam. PMRAM begitu yakin bahawa sifat ‘tadhiyah’ (pengorbanan) akan lahir dari agenda tarbiyah (pendidikan). Muzakarah berkelompok yang berkesan mampu melahirkan jiwa umat Islam yang sanggup berkorban demi melaksanakan kerja-kerja Islam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian.

Melihat kepada suasana mahasiswa Islam kini, PMRAM begitu bimbang dengan halatuju pembawakan negara Malaysia pada masa hadapan. Manakan tidak, mahasiswa yang hidup pada hari ini merupakan pemimpin masa hadapan. Golongan tua pasti akan mewariskan tampuk pemerintahan kepada golongan muda.

Masalah sosial dan kerosakan akhlak semakin membarah sejak kebelakangan ini. Statistik yang dilaksanakan oleh Unit Hisbah PMRAM menunjukkan, kadar peningkatan yang begitu ketara. Kemelaratan yang tidak dibendung bersama, melayakkan kita untuk terkeluar dari senarai umat yang terbaik pilihan Allah SWT. Syarat umat yang terbaik ialah menjalankan tanggungjawab menyeru kepada ma’ruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan penuh keyakinan.

Islam tidak akan tertegak hanya dengan kata-kata. Oleh itu, setiap peringkat perlu memainkan peranan di posisi masing-masing demi membasmi keruntuhan akhlak yang berlaku. Lihatlah bagaimana fahaman sesat dan gejala sosial yang berlaku di Malaysia. Perkara tersebut bertambah buruk dengan sokongan daripada pihak-pihak tertentu.

Di samping itu, panggung-panggung di Malaysia bakal menayangkan sebuah filem yang bertemakan hubungan sejenis. Filem yang bakal ditayangkan tersebut seolah-olah ingin menonjolkan dan menerapkan budaya songsang dalam masyarakat. Padahal budaya tersebut merupakan cara hidup yang dilarang dan dikeji oleh syarak. Oleh itu, PMRAM mengajak seluruh mahasiswa Islam mengecam tindakan penayangan filem yang bakal merosakkan identiti umat Islam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah SWT.

PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang meletakkan antara matlamat utama pembawakan adalah agenda pendidikan. PMRAM begitu memahami bahawa golongan yang berilmu pasti mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT di akhirat kelak.

Justeru, PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk menjadikan intipati Hari Raya Eidil Adha sebagai batu loncatan untuk terus maju, dengan menjadikan kecemerlangan akademik sebagai hadiah buat ummah. Kegagalan yang menimpa sebahagian mahasiswa-mahasiswi baru pada imtihan qabul baru-baru ini, bukanlah bermakna kita menyerah kalah. Tetapi jadikanlah kegagalan tersebut sebagai peluang untuk memahami kelemahan diri yang perlu diperbaiki.

Akhirnya, jadikanlah anugerah Allah SWT pada kali ini sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Pastikan sifat berkorban yang dikehendaki oleh Allah SWT mengalir dalam jiwa umat Islam. MURNIKAN PENGORBANAN MAKNAKAN PERAYAAN. Selamat Hari Raya Eidil Adha 1431 H. Maaf zahir dan batin.

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
Share:

Nov 12, 2010

 

Bersama-sama Membantu Dalam Menyelasaikan Masaalah Taakhi




.

9/11/2010 jam 8.00mlm, Hayyu Asyir satu perbincangan telah diadakan diantara Badan Kebajikan Anak Negri(BKAN) dan Dewan perwakilan Mahasiswa (DPM) taakhi Pahang, selangor, Melaka, Shibin El-kom dalam bersama-sama membincangkan permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian bagi membantu Melaka terutamanya yang menghadapi masaalah yang serius di peringkat BKAN. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Yang Dipertua BKAN Pahang Ustaz Mohd ridzuan B Nazri, selaku tuan rumah dalam mesyuarat tersebut.

Perbincangan yang telah berlangsung selama 2 jam tersebut lebih membincangkan masaalah yang dihadapi oleh BKAN Melaka yang di tekan dari sudut cadangan yang dibawa oleh pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Melaka yang mana beliau sendiri bercadang untuk menubuhkan sebuah lagi Organisasi Kepimpinan baru yang mejoritinya terdiri dari mahasiswa/wi perubatan sedangkan di dalam waktu yang sama BKAN Melaka telah pun mempunyai Organisasi Kepimpinan yang telah pun di persetujui oleh semua ahli Melaka yang terdiri dari mahasiswa/wi Pengajian Islam dan Perubatan.

Antara lain, pelajar-pelajar pengajian Islam Melaka juga merasa mereka seolah-olah di piggirkan oleh Pegawai yang hanya melebihkan pelajar-palajar Perubatan dari sudut hal ehwal dan kebajikan pelajar. Kami bagi pihak taakhi merasa perkara ini harus di pandang serius oleh pihak-pihak yang berwajib dalam menjaga kebajikan seluruh ahli BKAN Melaka khususnya.

Mesyuarat kali pertama antara BKAN taakhi ini akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan segala perkara yang di perbincangkan dan jalan penyelesaian yang di perolehi tidak hanya akan terhenti di situ sahaja, malah BKAN dan DPM taakhi turut sanggup untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku secara bersama-sama bagi memastikan kebajikan ahli terjaga.

BKAN dan DPM turut bercadang untuk mengadakan program MEGA secara bersama-sama bagi memperkukuhkan lagi hubungan taakhi di antara BKAN dan DPM.Semoga apa yang di rencanakan ini akan menatijahkan kebaikan untuk kita bersama demi memartabatkan Islam sebagai wadah perjuangan,amin.

Share:

Nov 6, 2010

 

Konvensyen PMRAM Cetus 3 Resolusi Tindakan


KAHERAH, 4 Nov - Hasil perbincangan di antara pihak PMRAM Pusat dan PMRAM Cawangan dalam persidangan meja bulat di Konvensyen PMRAM, 3 Reolusi Tindakan dicetuskan untuk tindakan bersama.

3 Resolusi Tindakan tersebut adalah hasil daripada konsep 3 S yang ditekankan di dalam Konvensyen PMRAM pada tahun ini iaitu sistem, sikap dan sedar.

3 Resolusi Tindakan ini dibacakan oleh Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime sambil semua Yang Di-Pertua BKAN dan Pengerusi DPM turut berdiri bersama-sama kepimpinan PMRAM Pusat bagi menggambarkan kebersamaan dalam menjayakan 3 Resolusi Tindakan tersebut.

3 Resolusi Tindakan tersebut ialah :
1- Menyelaraskan silibus Kursus Pengurusan Islam (KPI) di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Agung PMRAM
2- Konvensyen DPM kali ke-4 pada tahun 2011
3- Menjayakan draf tindakan bersama secara bersistematik.

"Ia adalah Resolusi Tindakan yang telah diputuskan bersama. Maka semua peringkat mesti bersungguh-sungguh dalam memastikan resolusi ini berjaya dilaksanakan," ujar Timbalan Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

Selain itu, Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime menekankan konsep 3 S dalam amanat emas dalam merasmikan majlis penutup.

"Kita mahu selepas keluar KOnvensyen PMRAM ini, semua pimpinan akan berubah ke arah yang lebih baik dan tersusun. Pastikan sikap sebagai seorang pemimpin akan menjadi lebih baik, kesedaran dalam cakna isu bersama dipertingkatkan dan gerak kerja yang dijalankan lebih bersistematik," tegas beliau.

Share:
 

Jalinan Ukhuwah Di Antara AJKT BKMIP dan Ahli Pahang (ARB).




26/10/2010 jam 3 petang, rombongan barisan AJKT BKMIP mengadakan ziarah ke Imarah pelajar-pelajar tajaan Amanah Raya Bhd (ARB) yang terletak di Rabiatul Adawiyah,
Rubaah. Rombongan yang di sambut mesra oleh seluruh ahli Tajaan Amanah Raya Berhad ini telah menatijahkan rasa kebersamaan di kalangan AJKT BKMIP dan ahli ARB itu sendiri.
Ziarah yang di sertai oleh beberapa orang AJKT BKMIP dan HEWI ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara barisan kepimpinan BKMIP dan ahli BKMIP yang tinggal di imarah ARB tersebut. Selain itu juga , barisan kepimpinan BKMIP dan ahli Pahang yang berada di sana dapat berkongsi pendapat dan masaalah yang berlaku di kalangan ahli BKMIP sendiri khususnya, bagi membatu BKMIP dalam menjalankan tanggungjawab untuk sentiasa menjaga kebajikan ahli yang berada di bumi mesir ini.

Mudah-mudahan ziarah yang di lakukan ini akan menatijahkan satu jalinan ukhuwah yang kian teguh di antara barisan AJKT/HEWI BKMIP dan ahli Amanah Raya Bhd (ARB).



Timbalan Yang Di Pertua
Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang
(BKMIP) sesi 2010/2011
Share:

Nov 5, 2010

 

Ziarah Mahabbah BKMIP 2010/2011.





Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kali ini BKMIP bagi sesi 2010/2011 telah berjaya melaksanakan program pengukuhan ukhuwwah antara peringkat pimpinan dan ahli. Program anjuran Biro Perumahan Dan Kebajikan BKMIP ini dinamakan Ziarah Mahabbah yang juga bertujuan memantau masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli Pahang di bumi Mesir serta menyampaikan sumbangan kebajikan.

Oleh itu, pada hari Khamis bertarikh 14 Oktober 2010, selepas solat Isya’, Ziarah Mahabbah telah dilancarkan dengan kerjasama semua AJKT BKMIP dan HEWI BKMIP menyampaikan sumbangan kebajikan kepada semua ahli yang menetap di rumah Pahang. Antara barangan yang disumbangkan kepada ahli-ahli ialah beras, gula, garam dan teh. Selain berziarah dan menyampaikan sumbangan, para AJKT turut meminta laporan berkaitan masalah perumahan serta kebajikan yang dihadapi oleh ahli. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang baik samada dari peringkat pimpinan mahupun ahli.

Bagi meneruskan menjaga kebajikan ahli-ahli Pahang di bumi Mesir ini, BKMIP telah menetapkan hari Khamis malam Jumaat setiap minggu adalah Ziarah Mahabbah AJKT ke rumah ahli secara berperingkat-peringkat dan program telah ini berjalan dengan jayanya pada minggu-minggu seterusnya. Diharap program ini terus berjalan dengan baik dalam usaha kita menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.


DISEDIAKAN OLEH

BIRO PERUMAHAN DAN KEBAJIKAN BKMIP 2010/2011

Share:

Nov 4, 2010

 

USMB BKMIP 09/10










LAPORAN USMB 09/10



KHAMIS & JUMAAT, 23 & 24/09/2010


Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang(BKMIP) telah menerima kehadiran mahasiswa/wi baru seramai 64 orang, turut serta bersama-sama dengan rombongan tersebut adalah wakil dari Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang(MAIP),Jabatan AgamaIslam Pahang(JAIP) dan wakil dari Kuliah Sultan Abu Bakar.Ketibaan mereka disambut mesra oleh Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang Kaherah,Ustaz Ahmad Fared Bin Md Din,barisan kepimpinan BKMIP serta adhoc pelaksana USMB di Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir terminal 1. Kesemua pelajar-pelajar yang baru tiba terus di bawa pulang ke kompleks rumah Pahang Hayyu Asyir pada jam 6.00 petang menaiki bas yang di sediakan oleh pihak Pengurusan Yayasan Pahang Kaherah dan BKMIP.



SABTU, 25/09/2010

Majlis ramah mesra bersama barisan kepimpinan AJKT BKMIP 09/10 bertujuan untukmerapat tali silaturrahim antara AKJT dan ahli baru, dan di sebelah malam pula aktiviti di teruskan lagi dengan majlis taaruf bersama Adhoc Pelaksana USMB 2010 bertempat di dewan Sheikh Abdul Halim Mahmud.Antara objektif sesi taaruf tersebut adalah bagimemperkenalkan kepada mereka tentang USMB yang bertanggungjawab mengurusankan segala perkara dan permasaalahan mereka untuk permulaan di dalam proses menyesuaikan diri mereka supaya lebih selesa.USMB pada tahun ini bertemakan “kekuatan generasi islam” yang bertujuan untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat pendakwah muda yang mampu berkhidmat untuk Islam di masa akan datang.Pada hari yang berikutnya Ahad 26/09/2010 bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK)program di teruskan dengan orentasi mahasiswa/wi baru Bersama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.


SABTU-ISNIN, 2,3,4/10/2010

Bermulanya program E-skill bagi pelajar–pelajar baru yang telah di rasmikan oleh BP PMRAM, Ustaz Sheikh Muhammad Mujahid B Sheikh Nawawi,antara pengisian yang di bentangkan di dalam E-skills tersebut adalah bagi menerangkan kepada mereka dengan lebih terperinci bagaimana untuk menjalani kehidupan di bumi Mesir ini supaya lebih tersusun dan teratur, juga cara pembelajaran yang sistematik, pengenalan terhadap kuliah-kuliah di Al-Azhar dan banyk lagi slot2 menarik yang di bentangkan seperti smart circle bertujuan bagi menaikkan semangat mahasiswa/wi baru dan kefahaman yang jelas terhadap Islam.


Di sediakan oleh:

Setiusaha USMB(BKMIP) 09/10

Share: