Nov 22, 2010

 

Kemeriahan JAUHAAR BKMIP 10/11





Laporan Program Jauhaar’10

Hari : Rabu

Tarikh : 17 November 2010

Masa : 7.00 pagi hingga 10.45 pagi

Tempat : Dataran Hayyu Asyir

Pada 17 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431h, anak-anak Pahang turun beramai-ramai ke Dataran Hayyu Asyir seawal pagi bagi memeriahkan suasana korban yang dianjurkan oleh BKMIP.

Hasil daripada kerjasama ahli, pihak penganjur berjaya mendapatkan seekor unta, dan tujuh ekor kambing untuk dijadikan korban.

Sebelum acara korban dilaksanakan, orang ramai telah disediakan sarapan berupa nasi lemak, dan keropok ikan manjadi “alas perut “ yang sungguh menyelerakan.

Acara korban dimulai dengan mengorbankan unta dan berikutnya dituruti oleh tujuh ekor kambing yang disembelih oleh tuan empunya kambing.

Kemeriahan suasana itu turut diserikan dengan celoteh deejay yang sungguh mencuit hati, sambil memutarkan lagu-lagu raya yang mengasyikkan.

Program berakhir pada pukul 10.45 pagi, setelah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan kandang, tempat penyembelihan, serta alatan-alatan memotong.





Hari : Khamis

Tarikh : 18 November 2010

Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat : Maktabah Asrama Pahang Indera Mahkota

Pada pagi 12 Zulhijjah 1431h, sekali lagi pihak BKMIP menganjurkan Jamuan Hari Raya untuk anak-anak Pahang di bumi Mesir ini. Jamuan ini diadakan bersempena dengan Hari raya Aidiladha yang telah disambut dua hari sebelumnya.

Majlis ini yang diberi nama Jom Ummah, Hebatkan Aidiladha Ramai-ramai (JAUHAAR’10) dengan bertemakan ‘ Setulus Pengorbanan, Semurni Keinsafan’ dirasmikan oleh wakil BP PMRAM

Ustaz Azlan Bin Alias. Seterusnya merasmikan pelancaran Kempen Skor Mumtaz dan Kempen Sifar Maksiat dengan bacaan sab’ul masani.

Antara menu yang dihidangkan adalah nasi putih, kari kambing, rending unta, kerabu perut, nasi impit, kuah kacang dan buah limau sebagai pencuci mulut.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan alunan nasyid yang mempersonakan dari kumpulan Syabab Makmur dengan mendendangkan 4 buah lagu. Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar baru dan juga persembahan istimewa dari Ahli Jawatankuasa Tadbir BKMIP sesi 2010/2011.

Kehangatan majlis semakin dirasai dengan ucapan para pengunjung yang disampaikan oleh deejay bersama dengan celoteh-celoteh beliau, yang turut diselangi oleh putaran lagu-lagu raya.

Majlis jamuan hari raya tamat pada jam 4.00 petang dengan kehadiran pengunjung yang amat memberansangkan.


Disediakan oleh,

(Mohd Zikrillah Bin Md Yusof)

Setiausaha JAUHAAR’10

Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang

Sesi 2010/2011

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.