Nov 28, 2010

 

KURSUS KEPIMPINAN (TQ) BKMIP Berjaya Dilaksanakan







Syabas kepada Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) sesi 2010/2011 kerana telah berjaya melaksanakan kursus kepimpinan bagi seluruh barisan kepimpinan BKMIP buat kali pertama yang dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM , Ustaz Salehuddin bin Mohd Safien yang saban tahun dilaksanakan. Inilah salah satu usaha bagi memastikan sebuah persatuan yang ditubuhkan bermula pada tahun 1965 sehingga ke hari ini dipimpin oleh barisan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab dan berwibawa serta mempunyai jati diri yang tinggi bagi meneruskan kesinambungan mata rantai perjuangan generasi terdahulu.

kursus kepimpinan yang dirancang oleh Yang Dipertua BKMIP, Ustaz Mohd Ridzuan bin Nazri adalah bagi mengekalkan perestasi kerja dan kewibawaan setiap barisan kepimpinan dalam memberi komitmen terhadap BKMIP sendiri. Didalam kursus tersebuat banyak manfaat yang diperolehi dan banyak perkara yang perlu dilaksanakan bagi memperolehi satu kepimpinan yang bertanggungjawab terhadap tugas serta mempunyai kesedaran dan kefahaman yang jelas terhadap apa yang di pertanggungjawabkan. Antara pengisian yang dibentangkan adalah berkenaan tentang fiqh keutamaan yang menjadi asas kepada pelaksanaan kerja yang lebih teratur dan kemas. Didalam usaha untuk memajukan sebuah persatuan yang keramat ini, sangatlah wajar kursus-kursus seperti ini diadakan bagi memberikan penerangan dan pemahaman yang jelas terhadap gerak kerja setiap biro dan unit.

Sekali lagi diucapkan syabas! kepada barisan kepimpinan BKMIP sesi 2010/2011 kerana dapat melaksanakan satu kursus yang sewajarnya dilaksanakan bagi memastikan kewibawaan dan kefahaman dalam memikul satu taklifan dan tanggungjawab yang cukup besar dalam memimpin anak-anak Pahang kejalan yang diredai Allah.

Harapan yang sangat tinggi daripada Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa/Wi Islam Pahang sesi 2010/2011 agar seluruh ahli BKMIP dapat memberikan kerjasama yang terbaik dan dapat memberikan sebarang bentuk sumbangan sama ada berbentuk tenaga kerja mahupun idea bagi meningkatkan kecemerlangan ahli BKMIP disetiap sudut.

Berdasarkan misi dan visi BKMIP, serta usul yang telah disepakati pada sesi ini, barisan kepimpinan BKMIP mengharapkan ianya tercapai dan terlaksana. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke hadrat Allah S.W.T dan memohon ampun serta hidayah darinya yang maha kuasa, agar dapat memelihara sebuah persatuan yang penuh keramat ini supaya bergerak selari dengan kehendak dan tuntutan Islam serta sentiasa dinaungi dan mendapat rahmat dariNYA.

Laporan oleh:

Mohd Fahmi B Abd Rasyid

(Timbalan Setiausaha BKMIP 10/11)

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.