About

Photobucket

Nov 28, 2010

Tanggungjawab BKMIP agar PENDIDIKAN ahli terjaga



KEMPEN SKOR MUMTAZ

BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/WI ISLAM PAHANG 2010/2011

Badan Kebajikan Mahasiwa/wi Islam Pahang ataupun nama singkatannya BKMIP merupakan Satu badan bagi menjaga kebajikan anak-anak Pahang di bumi Mesir ini khususnya,antara lain badan ini ditubuhkan bagi memastikan pendidikan anak-anak Pahang terus maju berada dihadapan. Oleh yang demikian, biro pengetahuan dan pendidikan pada sesi 2010/2011 telah merangka satu kempen khusus bagi memastikan pendidikan anak Pahang terus maju, kempen tersebut dinamakan “KEMPEN SKOR MUMTAZ”.

Objektif merupakan elemen penting bagi memastikan progam yang akan dijalankan mempunyai matlamat yang hendak ditujui. Antara objektif kempen ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik mahasiswa/wi Pahang di Mesir, mewujudkan generasi yang bijak dan matang dalam pengurusan masa, melahirkan generasi ulama’ yang berkemahiran dalam pelbagaai bidang, menanamkan sikap cintakan ilmu dan sebagainya. Bagi memastikan tema Kempen Skor Mumtaz ,”KE ARAH GENERASI IMTIAZ” ini tarcapai, pihak kami telah menyusun pelbagai progam dan akiviti yang difikirkan dapat meningkatkan tahap prestasi kecemerlangan mahasiswa/wi islam Pahang yang berada di bumi anbia’ ini.

Antara aktiviti atau program yang telah kami rangka ialah Kempen Jom ke Kuliah , rentetan dengan kempen ini Pihak Yayasan Pahang bekerjasama dengan Biro Pengetahuan Dan Pendidikan BKMIP telah menyediakan tramco ke kuliah. Kami menyediakan tiga buah tramco. Kempen jom ke kuliah ini dilaksanakan bagi memudahkan anak-anak Pahang yang berada di Kaherah untuk pergi ke kuliah dengan menjimatkan tenaga dan wang ringgit. Kami juga telah melantik mentor bagi mahasiswa ikhwah dan mahasiswi akhawat untuk membimbing mahasiswa/wi baru khususnya dalam pelajaran mereka. Kami juga merancang untuk melaksanakan satu khidmat yang dinamakan “Panggilan Restu” yang akan dilaksanakan apabila hampir tibanya waktu peperiksaan. Panggilan ini akan diberikan secara percuma dari pihak BKMIP kepada semua ahli dengan masa dan syarat yang telah ditetapkan. Panggilan ini kami namakan panggilan restu kerana mudah-mudahahan dengan panggilan ini sahabat-sahabat akan mendapat restu daripada ibu bapa sahabat-sahabat untuk menjalani imtihan. Antara program lain yang kami rangka ialah solat hajat dan solat hifzi pada setiap minggu apabila hampir tiba waktu peperiksaan, mengadakan kelas Tutorial bagi setiap mata pelajaran termasuk Al-Quran, perbincangan secara berkumpulan(Study Group), mengadakan motivasi Kecemerlangan ,mengadakan ekplorasi imtiaz dan sebagainya.

Kesemua progam dan aktiviti yang dirancang ini dilaksanakan pada fasa 1 iaitu pada awal November 2010 hingga akhir disember 2010 dan fasa 2 iaitu pada awal april 2010 hingga awal mei 2010. Kempen yang kami lakukan ini bersesuaian dengan usul yang kami perolehi pada akhir Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-45 pada sesi yang lepas.Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang mengharapkan kempen yang kami akan jalankan ini akan mendapat keberkatan dan redha daripada Pemilik semesta alam ini.

SAYANGILAH IBU BAPAMU SEPERTIMANA MEREKA MENYAYANGIMU…JAGALAH MEREKA SEPERTIMANA MEREKA MENJAGAMU…

JANGAN BIARKAN MUTIARA MATA MEREKA MENITIS KERANA KEGAGALANMU… BIARKAN IA MENITIS

KERANA KEJAYAANMU.

DISEDIAKAN OLEH:

BIRO PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN 2010/2011

No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...