Nov 5, 2010

 

Ziarah Mahabbah BKMIP 2010/2011.





Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kali ini BKMIP bagi sesi 2010/2011 telah berjaya melaksanakan program pengukuhan ukhuwwah antara peringkat pimpinan dan ahli. Program anjuran Biro Perumahan Dan Kebajikan BKMIP ini dinamakan Ziarah Mahabbah yang juga bertujuan memantau masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli Pahang di bumi Mesir serta menyampaikan sumbangan kebajikan.

Oleh itu, pada hari Khamis bertarikh 14 Oktober 2010, selepas solat Isya’, Ziarah Mahabbah telah dilancarkan dengan kerjasama semua AJKT BKMIP dan HEWI BKMIP menyampaikan sumbangan kebajikan kepada semua ahli yang menetap di rumah Pahang. Antara barangan yang disumbangkan kepada ahli-ahli ialah beras, gula, garam dan teh. Selain berziarah dan menyampaikan sumbangan, para AJKT turut meminta laporan berkaitan masalah perumahan serta kebajikan yang dihadapi oleh ahli. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang baik samada dari peringkat pimpinan mahupun ahli.

Bagi meneruskan menjaga kebajikan ahli-ahli Pahang di bumi Mesir ini, BKMIP telah menetapkan hari Khamis malam Jumaat setiap minggu adalah Ziarah Mahabbah AJKT ke rumah ahli secara berperingkat-peringkat dan program telah ini berjalan dengan jayanya pada minggu-minggu seterusnya. Diharap program ini terus berjalan dengan baik dalam usaha kita menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.


DISEDIAKAN OLEH

BIRO PERUMAHAN DAN KEBAJIKAN BKMIP 2010/2011

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.