Dec 31, 2010

 

PMRAM Kecewa Dengan Isu Yang Menimpa BKAN Melaka


KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan anya sekadar berlegar dikalangan maasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.

Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.

"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan dengan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.

Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.

Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.

Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.

Share:

Dec 8, 2010

 

MA’AL HIJRAH 1432 H BKMIP 2010/2011





MA’AL HIJRAH 1432 H BKMIP 2010/2011


KepaduMu Allah, Alhamdulillah syukur sekali lagi sambutan Ma’al Hijrah telah Berjaya dilaksanakan pada 6 Disember 2010 hari Isnin bersamaan 30 Zulhijjah 1431 H.program tahunan anjuran BKMIP ini diadakan juga bertujuan meraikan dan menghayati susur jalur perjalanan hijrah Rasulullah dan Para Sahabat itu sendiri selain mengisi kesedaran sempena Awal Muharam serta mengumpulkan ahli dan merapatkan ukhuwah di kalangan ahli-ahli BKMIP.

Pada jam 4.00pm sebelum masuk waktu Maghrib, program dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan Tahlil seterusnya bacaan doa akhir tahun yang dikendalikan olehBiro Dakwah.Selesai sahaja solat Maghrib berjemaaah, dibacakan doa awal tahun diikuti solat hajat sempena imtihan yang bakal tiba.Kemudian program diteruskan dengan pengisian ceramah yang bertajuk “hijrah dan pembaharuan” yang telah disampaikan oleh Ustaz Mukri bin Ibrahim.Beliau juga merupakan anak kelahiran Pahang yang berasal dari Rompin dan sekarang menuntut di Fakulti Usuludin Jabatan Tafsir.

Ceramah yang hampir sejam itu mendapat sambutan yang menggalakkan oleh ahli yang hadir, diantara perkara yang turut disentuh oleh ust.Mukri adalah ciri-ciri utama yang sepatutnya dimiliki oleh seorang muslim iaitu perancangan (التخطيط) dan pergantungan kepada Allah (التوكل).

Selepas solat Isyak berjemaah, program disambung dengan bacaan Qasidah yang dipimpin oleh kumpulan nasyid Pahang iaitu Syabab Makmur.Seterusnya program diakhiri dengan jamuan yang disediakan adhoc di kalangan ajkt dan hewi BKMIP serta ajk-ajk lain.Alhamdulillah program yang dijalankan ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada ahli dan kehadiran yang dijangka tidak kurang daripada 100 orang.

Moga-moga program ini memberi satu kesedaran kepada kita semua sempena menyambut tahun baru Islam, amin…….Ya Rabbal Alamin.

Share:
 

HIJRAH MEMBENTUK PERUBAHAN DAN KEMENANGAN





Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pegasih. Segala puji bagi Allah pencipta langit dan bumi serta sekalian makhluk yang berada dimuka bumi yang penuh kehebatan keajaiban. Selawat serta salam kepada junjungan besar Habibil Mustafa Muhammad SAW utusan wahyu Allah yang hebat dan agung. Dari kegelapan kepada cahaya, dari kesesatan kepada kebenaran, dari kejahilan kepada ketahuan.Seluruh manusia mengenai secara fitrah kebenaran adalah hak serta kepastian dari Allah dan Rasulullah.

Sahabat mahasiswa yang mulia

Hijrah adalah peristiwa yang besar kerana hijrah inilah yang merupakan titik tolak bagi tegaknya nilai-nilai Islam dalam kehidupan nyata melalui terwujudnya Daulah Islamiyah (negeri yang Islami), yaitu negeri Madinah.

Dari peristiwa ini kita mendapat pelajaran berharga bahwa meskipun sudah ada jamaah da'wah yang dibangun oleh rasul Saw dan para sahabatnya, tetap saja tegaknya nilai-nilai Islam masih sangat jauh kerana tegaknya nilai-nilai Islam memang tidak cukup hanya melalui "jamaah" dari kaum muslimin, tapi tegaknya nilai-nilai Islam juga sangat memerlukan adanya negara yang konstitusinya memungkinkan pelaksanaan ajaran Islam dalam berbagai aspek. Sekali lagi ditegaskan bahwa penegakan nilai-nilai Islam harus berlangsung secara konsistem melalui undang-undang suatu negara, tak cukup hanya sekadar melalui jamaah da'wah yang ada di negeri tersebut.

Hakikat Hijrah

Secara harfiyah, hijrah itu berarti dari kegelapan kepada cahaya, dari keburukan kepada kebaikan. Namun hijrah secara realitinya dari satu tempat ke tempat lain. Tetapi pada masa sekarang ini bukanlah suatu kemestian, kecuali apabila negeri yang kita diami tidak memberikan kebebasan kepada kita untuk mengabdi kepada Allah SWT atau negeri itu sudah sangat rosak yang tingkat kemaksiatan sudah tidak terkira dan sangat sulit untuk memperbaikinya. Oleh karena itu hakikat hijrah yang sebenarnya adalah apa yang disebut dengan hijrah ma'nawiyah, yaitu hijrah dalam arti meninggalkan segala bentuk yang tidak dibenarkan oleh Allah Swt secara mutlak daripada Al - quran serta Sunnah Rasullah. Dalam hal ini Rasul SAW bersabda:

Orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah atasnya (HR. Bukhari dan Muslim).

Sahabat - sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Secara ma’nawi hijrah itu terbahagi kepada empat iaitu:

1. Iqtiqadiah : keyakinan iman kepada Allah dan Rasul

2. Fikriah : Berfikir kepada kebenaran melalui fitrah manusia adalah kepercayaan yang hakiki yakni Allah

3. Sulukiah : Akhlak serta pribadi yang mulia harus diterapkan dengan nilai Al- quran dan Hadith

4. Syuuriah :Setiap perbuatan dan pertadbiran kehidupan harus dipaksiakn kepada Allah serta Rasul

Maka jelaslah bagi kita Hijrah mengajar kita mengubah dan bersedia untuk berubah kearah yang lebih baik. Justeru itu BKMIP sebuah petadbiran mahasiswa islam cuba menampilkan perubahan demi perubahan bagi kelangsungan islam yang semakin ditindas dan dizalimi. Hari ini Kesatuan Mahasiswa Islam menghadapi tekanan yang penuh mendesak kepada kepuasan hati, hasad serta kekeliruan antara hak dan batil. Mereka musuh tidak takut akan PMRAM, BKAN serta DPM tetapi ketakutkan musuh adalah islam yang diperjuangkan oleh kesatuan mahasiswa Islam. Oleh hal demikian, kita harus menbina kuasa serta perancangan yang hebat bagi menjatuhkan musuh - musuh ini.

Akhirnya, Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang mengharapkan usaha yang membangun serta bangkit bagi merealisasikan islam sebagi wadah perjuagan dan kehidupan yang diredhai Allah. Bagi menampilkan usaha ini, makan hijrahlah sebagai permulaan untuk dipersembahkan perubahan kita bersama,insyallah. Selamat Tahun Baru Islam 1432H

HIJRAH MEMBENTUK PERUBAHAN DAN KEMENANGAN

Daripada

Mohd Ridzuan Bin Nazri

Yang Dipertua BKMIP

Sesi 2010/ 2011

Share: