Dec 8, 2010

 

MA’AL HIJRAH 1432 H BKMIP 2010/2011





MA’AL HIJRAH 1432 H BKMIP 2010/2011


KepaduMu Allah, Alhamdulillah syukur sekali lagi sambutan Ma’al Hijrah telah Berjaya dilaksanakan pada 6 Disember 2010 hari Isnin bersamaan 30 Zulhijjah 1431 H.program tahunan anjuran BKMIP ini diadakan juga bertujuan meraikan dan menghayati susur jalur perjalanan hijrah Rasulullah dan Para Sahabat itu sendiri selain mengisi kesedaran sempena Awal Muharam serta mengumpulkan ahli dan merapatkan ukhuwah di kalangan ahli-ahli BKMIP.

Pada jam 4.00pm sebelum masuk waktu Maghrib, program dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan Tahlil seterusnya bacaan doa akhir tahun yang dikendalikan olehBiro Dakwah.Selesai sahaja solat Maghrib berjemaaah, dibacakan doa awal tahun diikuti solat hajat sempena imtihan yang bakal tiba.Kemudian program diteruskan dengan pengisian ceramah yang bertajuk “hijrah dan pembaharuan” yang telah disampaikan oleh Ustaz Mukri bin Ibrahim.Beliau juga merupakan anak kelahiran Pahang yang berasal dari Rompin dan sekarang menuntut di Fakulti Usuludin Jabatan Tafsir.

Ceramah yang hampir sejam itu mendapat sambutan yang menggalakkan oleh ahli yang hadir, diantara perkara yang turut disentuh oleh ust.Mukri adalah ciri-ciri utama yang sepatutnya dimiliki oleh seorang muslim iaitu perancangan (التخطيط) dan pergantungan kepada Allah (التوكل).

Selepas solat Isyak berjemaah, program disambung dengan bacaan Qasidah yang dipimpin oleh kumpulan nasyid Pahang iaitu Syabab Makmur.Seterusnya program diakhiri dengan jamuan yang disediakan adhoc di kalangan ajkt dan hewi BKMIP serta ajk-ajk lain.Alhamdulillah program yang dijalankan ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada ahli dan kehadiran yang dijangka tidak kurang daripada 100 orang.

Moga-moga program ini memberi satu kesedaran kepada kita semua sempena menyambut tahun baru Islam, amin…….Ya Rabbal Alamin.

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.