Dec 19, 2011

 

SALAM IMTIHAN DARI SAF KEPIMPINAN BKMIP 11/12


18 DISEMBER 2011, AHAD: BIRO & UNIT PENGETAHUAN & PENDIDIKAN BKMIP 11/12 Telah mengadakan Forum Motivasi Kecemerlangan sempena imtihan yang bakal tiba pada 8hb Januari 2012. Forum bermula pada jam 8 malam, Dengan pengendalian seorang modaretor & tiga orang ahli panel iaitu DR Amir Al-Amin B. Mustaff,Ust Abd Rahman B. Tharin & Ust Syeikh Muhd Mujahid B. Sikh Nawawi .Forum bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat yang berasaskan kefahaman dalam berusaha kearah kecemerlangan,disamping mempunyai strategik kearah itu.Harapan semoga segala usaha yang telah dilaksanakan memperoleh nilai dan ganjaran daripada Allah S.w.t.Forum berakhir pada jam 11 malam.Pengisi & Seluruh hadirin dijamukan dengan sedikit jamuan dan bersurai.
Share:

Dec 18, 2011

 


Harapan Biro/unit Pengetahuan & Pendidikan Bkmip dalam kempen ini ialah semoga kejayaan dan matlamat yang diimpikan semua dapat dicapai dengan jayanya .
Share:

Dec 17, 2011

 

Permergian Seorang Ulama' Al-Azhar


KAHERAH, 16 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Syeikh Imad Abdul Fatah yang merupakan salah seorang ahli tenaga fatwa di Darul Ifta' Misriyyah telahkembali ke rahmatullah hari ini.

Pemergiannya begitu dirasai kerana kesungguhan beliau dalam menyampaikan ilmu tidak pernah terhentisehinggalah dijemput bertemu Allah SWT.
Ketokohannya dalam menjadi salah seorang tenaga fatwa bukan penghalang baginya untuk meneruskan perjuanganmencurahkan ilmu kepada anak bangsa sehinggakan beliau terus disegani.
" Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan kepada semua penuntut-penuntutnya dimanfaatkan sebaiknya dalam meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini sekaligus mengamalkan Islam dengan sempurna" ujar Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber: PMRAM
Share:

Oct 21, 2011

Oct 18, 2011

 

HIMPUN : PMRAM Memberikan Sokongan Penuh


KAHERAH, 17 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAMmemuji tindakan yang di ambil oleh NGO-NGO Islam bagi melaksanakan satu himpunan besar-besaran yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat(HIMPUNbagi menerangkan kepada masyarakat Malaysia khususnya umat Islam berkenaan mempertahankan akidah.
 
HIMPUN bakal diadakan pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam dan kini direkodkan lebih 30 NGO yang bersama-sama dengan Himpunan Sejuta Umat.
 
PMRAM mewakili suara anak-anak Malaysia di Mesir menyuarakan sokongan penuh terhadap HIMPUN kerana iamelibatkan isu yang penting dalam Islam iaitu akidah.
 
PMRAM turut menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar sama-sama melibatkan diri dalam HIMPUN yang bakal berlangsung pada 22Oktober ini.
 
PMRAM melihat HIMPUN yang bakal diadakan ini sangat bertepatan dengan masa sekarang ekoran isu murtad yang amat meruncing di Malaysiaapabila baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Jamil Khir memaklumkan bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 sehingga 2010.
 
Bahkan dilihat pada sejarah yang lalu apabila kes murtad antara kes Nor Aisyah Bukhari dan Mohamad Syazani Yusof merupakan satu petanda buruk kepada betapa goyahnya pegangan akidah bagi masyarakat Islam di Malaysia. 
 
Begitu jugaapabila dilaporkan dalam akhbar bahawa terdapat guru yang menjadi agen kristianisasi kepada anak-anak murid di sekolah.
 
"PMRAM menyokong penuh terhadap HIMPUN bagi memberikan kesedaran terhadap mempertahankan akidahlebih-lebih lagi apabila kita merujukkes-kes murtad yang berlaku di Malaysia amat membimbangkan.

 Selain itu PMRAM turut berpandangan bahawa HIMPUN ini mesti diadakan berkaladan mesti memaksimumkan gerak kerja dalam isu akidah apabila kita melihat lebih 30 NGO boleh bersatu dalam HIMPUN," ujar PresidenPMRAM saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman .
 
"PMRAM turut menyeru kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya mahasiswa/wi Mesir yang sudah pulang ke Malaysia untuk bersama-sama menyertai HIMPUN pada 22 Oktober ini," respon beliau.
Share: