Feb 18, 2011

 

MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR-PELAJAR ANAK PAHANG DARI UNIVERSITI DI MESIR BERSAMA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG




Kehadiran adalah diwajibkan, mohon kerjasama sahabat-sahabat yang masih belum memaklumkan kehadiran agar berbuat demikian kepada pihak Yayasan Pahang atau mana-mana AJKT BKMIP atau terus menghantar maklumat ke ym BKMIP : cairo_bkmip65@yahoo.com... Sebarkan kepada sahabat-sahabat Pahang yang lain... kerjasama anda amatlah kami hargai.. syukran...

Share:

Feb 11, 2011

 

Krisis Politik Mesir : Terima Kasih Diucapkan Kepada pihak-pihak Yang Terlibat Bagi Membawa Pulang Pelajar-Pelajar yang menuntut Dibumi Mesir

Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat didalam segala gerak kerja bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia terutamanya pelajar-pelajar Pahang yang menuntut dibumi Mesir, antaranya pihak Kerajaan Malaysia, Kedutaan Malaysia Mesir, TUDM, MAS, Air Asia, , Pengurusan Tabung Haji Jaddah, Badan Pengurus PMRAM dan Pihak Pengurusan Yayasan Pahang Kaherah yang selama ini banyak membantu pelajar-pelajar Pahang dan juga sudi memberikan wang saku kepada pelajar-pelajar Pahang yang bukan tajaan untuk dibelanjakan sepanjang berada di Jaddah. Pelajar-pelajar Pahang yang berada di Jaddah telah mula berlepas pulang ke Malaysia pada 7-9 Feb yang lalu setelah dibawa awal ke Jaddah. Harapan bagi seluruh penuntut Pahang yang menuntut di Mesir, semoga Mesir akan kembali berada didalam keadaan aman dan sejahtera dan juga menjadi harapan bagi seluruh pelajar agar dapat menyambung kembali pembelajaran di Universiti Al-Azhar secepat yang mungkin memandangkan kuliah fasa yang kedua bakal bermula tidak lama lagi.
Share:

Feb 3, 2011

 

Krisis Politik Mesir : BKMIP Terus Berusaha Demi Menjaga Keselamatan Dan Kebajikan Ahli Yang Memerlukan Bantuan



Kaherah,3 Feb-Barisan AJKT Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP),Pihak Yayasan Pahang Kaherah dan turut dibantu oleh Badan Pengurus PMRAM telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengumpul seluruh data ahli Pahang yang berada Di kaherah dan muhafazah yang telah dan akan dibawa keluar buat sementara waktu, sepanjang tempoh rusuhan yang berlaku di Mesir ini. Barisan AJKT BKMIP serta ahli-ahli Pahang yang masih berada di Kaherah juga telah bersama-sama bergotong royong bagi menyediakan makanan sepanjang tempoh berada di Mesir sebelum dibawa ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia sebagai mana yang telah dirancang.Kaadaan seluruh pelajar-pelajar Pahang yang berada di Hayyu Asyir setakat ini masih dalam kaadaan terkawal dan stabil dengan adanya kawalan pihak keselamatan Mesir dan masyarakat sekeliling yang sama-sama membantu bagi memulihkan kembali suasana di Mesir dalam keadaan aman dan lebih selamat.
Share:
 

Krisis Politik Mesir : PMRAM Ucap Terima Kasih Kepada ILMAM


KAHERAH 3 Feb - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) kerana begitu mengambil berat terhadap keadaan dan situasi mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir.

Katanya, pertubuhan tersebut akan menganjurkan solat hajat perdana dan dialog "Selamatkan Mahasiswa Mesir" pada hari Jumaat nanti. Program tersebut akan dilaksanakan selepas solat Maghrib di masjid negeri, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Menurutnya, PMRAM juga bersyukur dengan rakyat Malaysia yang berdoa melakukan solat hajat bagi memastikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan jauh daripada bencana yang menimpa.

Sehingga kini katanya lagi, PMRAM sentiasa memantau kedudukan mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir bagi memastikan mereka berada dalam yang selamat.

"Rusuhan besar-besaran yang berlaku di sini menyebabkan penjenayah mengambil kesempatan untuk mencuri dan merompak barangan di kedai-kedai dan supermarket. PMRAM begitu bimbang sekiranya keadaan ini menular dan akan menyebabkan mahasiswa-mahasiswi Malaysia hidup dalam keadaan yang tidak aman." ujar beliau dalam satu kenyataannya pada hari ini.

Walaubagaimana pun sehingga kini, seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan yang selamat. Ibu bapa di Malaysia disarankan agar bertenang dan sentiasa doakan kesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir.
Share: