About

Photobucket

Mar 29, 2011

Anak-anak Pahang Selamat Tiba Di Mesir





KAHERAH, 23 Mac - Seramai kira-kira 220 mahasiswa dan mahasisiwi PMRAM Pahang telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sekitar pukul 5.00 pagi semalam dengan menaiki penerbangan Egypt Air.

Penerbangan tersebut adalah penerbangan pertama yang dihantar oleh kerajaan negeri Pahang melibatkan pelajar Pengajian Islam dan Perubatan tajaan Yayasan Pahang seramai 147 dan pelajar perubatan persendirian seramai 73 orang.

Ketibaan rombongan pertama ini telah diikuti oleh sebahagian besar AJKT BKMIP dan turut diiringi oleh Pegawai Yayasan Pahang, En Ahmad Fared bin Mohd Din dan isteri serta anak-anak.

Turut bersama dalam rombongan tersebut adalah Naib Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi.

Menurut saudara Syeikh Muhd Mujahid, rombongan ini akan diikuti dengan rombongan kedua yang merupakan rombongan terakhir pada 23 Mac yang melibatkan pelajar Pengajian Islam dan Perubatan persendirian.

Turut hadir bagi menyambut adalah wakil BKMIP, Saudara Azhar dan beberapa orang pembantu pelaksana.

Pihak PMRAM mengucapkan tahniah kepada PMRAM cawangan Pahang dan semua pihak yang telah membantu terutamanya pihak Yayasan Pahang yang menanggung sepenuhnya kos penerbangan pulang ke Mesir bagi seluruh anak-anak Pahang yang menuntut di Mesir .

No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...