May 25, 2011

Jaulah Imaniah, Meneladani Ibrah BKMIP 10/11






Jaulah Maqam Sekitar Kaherah anjuran Biro Sambutan dan Rehlah BKMIP 10/11 bersempena dengan Imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi bagi mengambil teladan yang telah terzahir dari ulama-ulama terdahulu agar islam terus berkembang di seluruh dunia.

Jaulah yang bermula dari jam 6.30 pagi telah di sertai oleh hampir 40 orang peserta ikhwah yang terdiri daripada mahasiswa pengajian Islam dan perubatan.

Hampir 50 maqam telah diziarahi antaranya maqam Ahli Bait baginda Rasullullah S.A.W ,Maqam para aulia dan maqam ulama-ulama tersohor dunia ilmuan Islam.

Jaulah Maqam ini juga bertujuan bagi menimbulkan rasa kesedaran tentang betapa pentingnya bagi kita selaku mahasiswa yang menuntut di bumi mesir ini agar mencontohi cara pemikiran, adab dan tauladan yang baik dari golongan-golongan yang hampir dan diredhai oleh Allah.

Jaulah Maqam sekitar kaherah berakir pada jam 5 petang , dan semoga jaulah maqam yang dianjurkan oleh BKMIP ini dapat melahirkan rasa tanggungjawab kepada kita selaku pendokong agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Kami amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran anda untuk penambahbaikan. Sebarang sumbangan artikel daripada ahli BKMIP amatlah kami hargai.

#BKMIPKeluargaKita