May 27, 2011

 

Taakhi BKAN: Kehebatan" Malam Ikhtiar mumtaz"



Khamis,26 Mei 2011, buat julung-julung kali diadakan program taakhi antara Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).Program yang menggabungkan antara Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor (BKASM),Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP), dan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)itu dianjurkan oleh Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM.

Program yang dinamakan “Malam Ikhtiar Mumtaz” itu telah berjaya menarik minat mahasiswa daripada ketiga-tiga BKAN untuk bersama-sama meribat ukhwah antara taakhi. Program yang berlangsung jam 6.15 petang itu dimulakan dengan bacaan burdah dan qasidah. Lantaran kedengaran azan tepat jam 6.48 petang, ahli-ahli yang hadir menjamu iftor yang disediakan berupa kurma dan air buah. Solat Maghrib dan Solat Sunat Hajat dikerjakan dengan diimamkan oleh Ustaz Wafiy b. Nor Azri,wakil BP angkat Melaka. Kemudian majlis diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh ust. Mohd. Ridzuan Nazri, YDP BKMIP.Ucapan beliau yang berfokus kepada tajuk “hak dan batil” cukup memberi kesan kepada setiap ahli yang hadir.Selepas itu, semua ahli dijamu dengan hidangan makan malam.

Masuk waktu Isya’, majlis diteruskan dengan Solat Isya’ dan Solat Sunat Hifzi secara berjemaah.Perancangan Allah lebih mengatasi segala-galanya.Ketika majlis berlangsung,terdapat masalah yang menyebabkan bekalan elektrik terputus. Walau bagaimanapun,majlis tetap diteruskan juga.

Ketika majlis penangguhan,majlis telah disajikan dengan kalam-kalam taujihat daripada Ust. Harman b. Hassan (YDP BKKIMM), Ust. Mohd Faizzudin Ghazali (BP angkat BKASM),Ust. Mohd Faryzan b. Subkhi (Pegawai HEP Selangor) dan En. Ridhwan b. Abu Samah (wakil pegawai Melaka).

Selesai ucapan-ucapan daripada tetamu kehormat yang hadir,majlis berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada pegawai dan tetamu jemputan yang hadir. Kemudian majlis diteruskan dengan pemberian “Friends Request” kepada BKAN taakhi Selangor iaitu Melaka dan Pahang sebagai tanda ukhwah dan kesatuan yang telah lama terbina.

Majlis ditutup dengan tayangan slide show daripada Unit Pengisian Program.

Disediakan oleh,

Muhammad Sufi mohd Yusof

Setiausaha,

Program Malam Ikhtiar Mumtaz.


Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.