About

Photobucket

May 18, 2011

Terima Kasih Diucapkan Kepada MUIP Atas Kesudian Menyampaikan Sumbangan Kepada Seluruh Anak-Anak Pahang Mesir




Setinggi jutaan terima kasih diucapkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah di atas kesudian memperkenankan sumbangan yang di hulurkan kepada seluruh anak-anak Pahang yang menuntut di bumi Mesir ini ,terima kasih juga diucapkan kepada Tim. YDP Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Hj. Abdul Wahid b. Hj. Wan Hassan di atas kesudian untuk hadir ke bumi mesir ini bagi melihat sendiri keadaan anak-anak Pahang di sini selepas berlakunya revolusi yang memaksa seluruh mahasiswa/wi Pahang pulang ke tanah air.

Lawatan dato’ sri bersama dengan Pegawai Bahagian Pengurusan Zakat MUIP ustaz Mohd Ali selama empat hari di Mesir ini antara lain bagi melihat sendiri keadaan anak-anak Pahang di Mesir dan memantau segala permasaalahan untuk di selesaikan secara bersama, yang mana kita sedia maklum bahawa pihak MUIP adalah antara penyumbang utama dalam membantu seluruh Mahasiswa/wi Pahang di bumi Mesir ini.

Ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Sri pada 13 Mei 2011 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah telah di sambut oleh Pegawai Atase Pendidikan Yayasan Pahang Kaherah Ustaz Ahmad Fared Bin Mohd Din serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) yang turut sama meraikan ketibaan dato’ seri. Pada Hari yang berikutnya Ahli Jawatankuasa BKMIP telah mengadakan satu perjumpaaan dengan Yang Berbahagia dato’ sri bagi membincangkan segala permasaalahan ahli dan juga mewujudkan kerjasama yang lebih erat diantara pihak MUIP dan BKMIP bagi mengintai peluang-peluang pekerjaan setelah mana ahli-ahli Pahang tamat menutut di Mesir.

Pada 15 Mei 2011 maka berlangsunglah Majlis Ramah Mesra Yang Berbahagia Dato’ Sri Orang Kaya Indera Pahlawan bersama Mahasiswa/wi Pahang Di Mesir yang mana turut di hadiri oleh Pegawai-Pegawai Pentadbiran Kerajaan, Pegawai-Pegawai Negeri, wakil YDP BKAN, Presiden PMRAM, wakil Kelab UMNO dan hampir 400 orang Pelajar Pahang Telah hadir bagi Meraikan majlis tersebut dan menerima sumbangan dari pihak MUIP yang bernilai RM 500 setiap seorang.Antara harapan yang berbahagia Dato’ sri kepada seluruh Mahasiswa/wi Pahang agar menumpukan sepenuh perhatian dalam mencari mutiara ilmu di sini dan tidak terleka dengan suasana Mesir mutaakhir ini.

Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ,yang Berbahagia Dato’ sri Wan Hj.Abdul Wahid b. Hj. Wan Hassan di atas kesudian untuk hadir ke bumi mesir ini bagi melihat sendiri keadaan anak-anak Pahang Mesir seterusnya memberikan sumbangan Pendidikan dan kebajikan Kepada BKMIP sebanyak RM 20,000 dan wang kepada anak-anak Pahang mesir.

Pihak BKMIP sentiasa mengalu-alukan kehadiran pihak MUIP dan Dato’ sri sekiraannya berkelapangan waktu untuk hadir di masa yang akan datang ke bumi Mesir , bumi yang penuh dengan sejarah ketamadunan Islam ini .

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...