Jun 7, 2011

 

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN BUAT ANAK-ANAK PAHANG DI PELEMBAHAN NIL


SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN BUAT ANAK-ANAK PAHANG DI PELEMBAHAN NIL


Assalamualikum warahmatullahhibawarakatu,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Tuhan empunya Alam kerana dengan qudrahnya kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup dibumi ini. Sedar tidak sedar kita sudah hampir untuk meghadapi imtihan bagi semester 2 Universiti Al-Azhar ataupun sebahagian daripada kita sudahpun bermula imtihannya . Imtihan merupakan kayu pengukur untuk kita mengukur sejauh mana kefahamanan kita dalam mempelajari ilmu. Namun yang demikian, janganlah kita meletakkan imtihan adalah segala-galanya, bahkan seharusnya kita meletakkan bahawa imtihan itu hanyalah wasilah sebagai penguat semangat untuk kita terus menuntut Ilmu di muka Bumi Allah ini .

Oleh yang demikian, kami seluruh Ahli Jawatankuasa BKMIP mengharapkan anak-anak Pahang yang bakal menduduki peperiksaan ataupun sedang menduduki peperiksaan sama ada Pengajian Islam mahupun Perubatan, sentiasa tabah dalam menghadapi ujian ini dan jadikanlah imtihan sebagai tarbiah untuk kita lebih hampir dengan SANG PENCIPTA. Semoga dengan kejayaan yang bakal diperolehi kelak akan memberi segunung kegembiraan kepada kedua ibu bapa. JANGAN HAMPAKAN HARAPAN KEDUA IBUBAPA ANDA YANG MENGHARAPKAN KEJAYAAN ANAK-ANAKNYA.

RESEPI MENCAPAI KEJAYAAN:

1. JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

2. JAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

3. BETULKAN NIAT

4. FOKUS DALAM STUDY

5. KURANGKAN MAKAN,TIDO, BEBBUAL-BUAL KOSONG DAN LAIN-LAIN

6. STUDY HARD DAN SMART.


-BITAUFIQ WAN NAJAH

-SALAM IMTIHAN-

DISEDIAKAN OLEH: BIRO DAN UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN BKMIP 2010/2011

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.