Jul 21, 2011

 

Ikatan Kasih Cinta Bersemi (wardah'11)




18 Julai 2011- Hari keramat yang menjadi sejarah bagi dua pasangan pengantin yang telah selamat diijab kabulkan di dewan Sheikh Abdul Halim Mahmud, surau Asrama Indera Mahkota Pahang, Mesir.

Saudara Fahizie b Che Lah bersama pasangannya Nor Sabariah bt Abd Samad,dan pasangan yang mana kedua-duanya Bakal menamatkan Ijazah dalam bidang qiraat, saudara mohd Firdaus b Musa dan pasangan beliau Norfarahidayu Bt Sulaiman.

Majlis bermula pada jam 4.30 petang yang mana dewan telahpun dipenuhi sejurus selepas selesai solat asar bagi meraikan kedua-dua pasangan yang bakal diijab Qabulkan. Juru nikah yang telah dipertanggungjawabkan adalah Pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri Kedah, Syeikh Yusoff b Ahmad .

Bermula dengan bacaan Khutbah nikah dan kemudian disusuli dengan Akad nikah, masing-masing berakadkan dengan sekali lafaz ,kedua-dua pasangan tersebut telah selamat diijab qabulkan.

Selesai sahaja majlis akad nikah, kedua-dua pasangan diberi ruang untuk menunaikan solat sunat dan kemudian besama dengan pasangan masing-masing bagi menyerahkan hantaran dan menyarungkan cincin kepada pasangan.

Majlis bersambung disebelah malam, temuramah khusus bersama-sama pasangan yang telahpun selamat diijab kabulkan dengan pelbagai soalan diajukan kepada mereka, antaranya bagaimana perasaan mereka setelah mana selamat diijab qabulkan di bumi Mesir tampa kehadiran Ibu dan bapa yang berada jauh di tanah air Malaysia.

Majlis berakhir setelah selesai bacaan Qasidah yang diketuai oleh ustaz Mohd Azli b Ishak selaku ketua bagi unit persembahan Malam tersebut. Tahniah diucapkan kepada seluruh adhoc pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut terutamanya Pengarah pada malam tersebut , Saudara Azhar b Rosli .

Hadirin yang hadir turut disajikan dengan makan malam bagi lebih meraikan rasa syukur Kepada Allah S.W.T dengan Majlis yang berjalan dengan jayanya. Semoga Allah memberkati Kedua-dua pasangan dan berkekalan hubungan mereka di dunia dan akhirat.

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.