Jul 29, 2011

 

MPM KUIN Mengecam Tindakan Mengharamkan PMRAM


28 Julai Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (MPM KUIN) menyokong Persekutuan MelayuRepublik Arab Mesir (PMRAM) dan mengecam tindakan mana-mana pihak yang berusaha untuk menghapuskanpersatuan tersebut.

Menurut Timbalan Presiden 2 MPM KUIN, Saudara Mohd Firdaus bin Bakar, “ Kita sedia maklum bahawa PMRAMmerupakan persatuan induk bagi anak-anak Melayu di Mesir. PMRAM ditubuhkan semenjak tahun 1930 danPMRAM telah banyak memberi sumbangan terhadap kebajikan pelajar. Kami berasa sangat kecewa dengan tindakanpihak tertentu yang berusaha mengheret Universiti Al-Azhar untuk mengharamkan PMRAM” katanya.

PMRAM adalah sebuah NGO besar Melayu di Mesir yang sah berdaftar dengan kerajaan Mesir. Bagi MPM KUIN, tindakan mengharamkan PMRAMseumpama mengkhianati sebuah khazanah Melayu yang amat bernilai dalam siri sejarah keagungan perkembangan ketamadunan Melayu yang bertarafantarabangsa.

Bagi MPM KUIN, sepatutnya pihak tententu meneliti dengan baik tindakan tersebut sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kita juga maklum yangPMRAM sendiri lebih awal ditubuhkan untuk menanungi rakyat Malaysia sekian lama sebelum tertubuhnya Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.Malah kesatuan mahasiswa seawal penubuhan PMRAM lah yang menggesa supaya kerajaan Malaysia pada waktu itu mewujudkan sebuah kedutaan diMesir.

Kami MPM KUIN mewakili seluruh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendoakan agar PMRAM terus kuat dan tabah dalam menanganisituasi tersebut.
“Saya bersama seluruh kepimpinan MPM KUIN menyokong dan mendoakan sahabat-sahabat PMRAM agar meneruskan segala gerak kerja sepertiyang telah dirancangkan. Ingatlah Allah sentiasa benar dan akan bersama dengan orang-orang yang benar. Wallahu taala ‘alam.

"Mahasiswa Sejahtera Keutamaan Kami"

Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timb. Presiden 2 merangkap Pemangku Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.

Sumber : MPM KUIN

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.