About

Photobucket

Jul 24, 2011

Wardah'11 Bukti Kesungguhan Ahli Membantu BKMIP




23 Julai 2011- Malis walimatulurus bagi empat pasangan mempelai yang mana dua pasangan telah selamat diijab Qabulkan di Sini dibumi Mesir pada 18 Julai yang lalu.

Saudara Fahizie b Che Lah dan pasangan Nor Sabariah bt Abd Samad , Saudara Firdaus Bn Musa serta pasangannya Norfarahidayu bt Sulaiman. Manakala dua lagi pasangan yang telah diijabqabulkan di Malaysia Saudara Mohd Syafiq b Ibrahim dan pasangan Aisyah bt Mazlan, Saudara Sh Mohd Firdaus b Sh Othman serta pasangan Nurhidayah bt Suhaimi.

Majlis bermula seawal jam 9.30 pagi yang mana ke empat-empat pengantin lelaki di arak dengan motosikal bermula dari sekitar Hayyu Asyir hinggalah ke dataran Asrama Pahang dan disambut dengan paluan kompang yang terdiri dari pasukan kompang anak-anak Pahang.

Dua orang juruhebah telah dijemput bagi memeriahkan suasana pada hari tersebut ,saudara Mohd Amin dari muhafzah Tanta dan saudara Mohd Khairul Anam dari Muhafazah Dumyat yang tidak putus-putus dengan celoteh mereka yang mencuit hati hadirin yang hadir.

Majlis diterusakan dengan acara berbalas pantun bermula dari pengantin perempuan kepada penganti lelaki. Seterusnya acara silat dari skuad Waja Diri PMRAM yang mempamerkan ketangkasan mereka dalam mengelak segala serangan musuh.

Kemudian para pengantin dibawa ke dewan jamuan bagi acara yang seterusnya sambil hadirin dihidangkan dengan makan tengah hari yang mana segala hidangan disediakan sendiri oleh anak-anak Pahang Mesir yang sememangnya berbakat besar dalam bidang masakan.

majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari pasukan nasyid negeri Pahang, Shabab Makmur yang telah mendendangkan emapt buah lagu bagi menghiburkan hadirin yang hadir.

Dianggarkan seramai 500 orang yang hadir ,Turut hadir pada majlis tersebut adalah barisan kepimpinan PMRAM Pusat, Yang Dipertua BKAN, Pengerusi DPM dan beberapa orang Masyaikh dari Muhafazah Shoubra.

Majlis berakhir pada jam 4 petang, terima kasih diucapakn kepada seluruh adhoc pelaksana yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis tersebut. Moga terus bersama dalam membantu BKMIP sebagai kesatuan yang menyatukan anak-anak Pahang Dibumi Mesir .

No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...