Aug 31, 2011

 

Kedatangan Islam Memerdekakan Manusia Daripada Jahiliyah


KAHERAH, 31 Ogos - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman semalam menegaskan dalam khutbahraya yang disampaikan di Masjid Musa bahawa kedatangan Islam adalah untuk memerdekakan manusia daripadaterus dijajah oleh sistem jahiliyah yang berpandukan hawa nafsu semata-mata.

Penurunan Al-Quran dalam bulan Ramadhan sekaligus menghapuskan sistem jahiliyah yang sedia ada ketika itu yangdiguna pakai oleh masyarakat Mekah.
Beliau menyatakan bahawa kemerdekaan yang sebenar dalam Islam ialah kemerdekaan keseluruhan bagi manusiabukan sekadar bebas daripada penjajahan dalam konteks negara sahaja.
Manusia tidak dinamakan merdeka selagimana tidak mengambil syariat Islam sebagai panduan dan perundangan dalam kehidupan.
Bahkan secara tidak sedar, manusia pada zaman sekarang dijajah oleh ideologi-ideologi pemikiran manusia seperti liberalisme, kapitalisme, sosialisme dan sebagainya.
Kemerdekaan yang sebenar adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Ruba'i Amir, seorang sahabat Nabi SAW kepada Rustum, panglima tentera Farsi.
Ruba'i Amir menyatakan bahawa tujuan Allah menurunkan Islam adalah untuk membebaskan manusia daripada menghambakan diri kepada mahkluk, penyelewengan agama-agama dan kesempitan fokus hidup yang semata-mata memikirkan urusan dunia semata-mata.

Sumber: PMRAM
Share:

Aug 22, 2011

 

ZIARAH MAHABBAH SEMPENA RAMADHAN 1432H & PENYERAHAN DUIT KEBAJIKAN BKMIP FASA 2


ZIARAH MAHABBAH SEMPENA RAMADHAN 1432H

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW penyampai risalah islam yang agung beserta keluarga baginda SAW. Ramadhan yang mulia telah telah kembali memberikan kita peluang yang besar untuk menambahkan amalan serta pahala dari Allah SWT.

Bersempena bulan ramadhan 1432H ini, Badan Kebajikan Mahasiswa/Wi Islam Pahang telah meneruskan satu program yang telah dijalankan sebelum ini iaitu Ziarah Mahabbah. Objektif kali ini adalah untuk menyampaikan sumbangan barangan sempena bulan Ramadhan kepada semua ahli Pahang yang tinggal di Kompleks Pahang Hayyu Asyir, Rumah Pahang Lama, serta Asrama ARB.

Dengan kelolaan di bawah Biro Perumahan Dan Kebajikan BKMIP 2010/2011, sumbangan tersebut berjaya disampaikan pada ahli pada 31 Julai 2011 bersamaan 29 Sya’ban 1432H dengan bantuan sahabat dari AJK Biro Perumahan Dan Kebajikan. Barangan yang diberikan adalah beras, gula, garam, teh dan kurma.

Diharapkan semoga dengan sumbangan tersebut dapat membantu ahli dalam menjalani ibadah puasa di bumi mesir ini disamping meneruskan peranan BKMIP sebagai satu badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli Pahang di bumi Mesir ini.


PENYERAHAN DUIT KEBAJIKAN BKMIP FASA 2

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad SAW yang dicintai, pembawa risalah Islam untuk umat ini. Sempena Ramadhan yang mulia ini sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Selain itu, disarankan juga pada umat Islam pada bulan Ramadhan memperbanyakkan sedeqah.

Alhamdulillah untuk fasa ke 2, BKMIP sesi 2010/2011 telah berjaya menyampaikan sumbangan kebajikan kepada individu yang kurang berkemampuan dikalangan ahli Pahang. Justeru Biro Perumahan Dan Kebajikan BKMIP telah mengeluarkan sebanyak LE 1400.00 hasil dari kutipan tabung cakna dan sumbangan kebajikan dari luar. Seramai 28 individu yang layak menerima sumbangan tersebut dengan setiap individu tersebut menerima sebanyak LE 50.00 setiap seorang.

Semoga sedikit sumbangan yang disampaikan pada ahli tersebut dapat membantu mereka dalam kehidupan di bumi Mesir yang barakah ini. Diharapkan ahli yang menerima sumbangan tersebut dapat memanfaatkan sebaik mungkin sumbangan kebajikan yang diberikan dengan menuntut ilmu dan manfaat islam.


Share:

Aug 16, 2011

 

MITHAQ '11:"Kursus Imam Muda" Sambutan Yang Baik Dari Ahli Pahang




14 Ogos 2011 – “ Kursus Imam Muda” Anjuran BKMIP mendapat sambutan yang baik dari seluruh ahli Pahang sama ada yang berada di Kaherah Dan Muhafazah.

Kursus yang bermula selepas tarawih dimulakan dengan beberapa penerangan berkaitan dengan “Imam muda” yang telah disampaikan oleh pengerusi majlis pada malam tersebut saudara Asyraf Arifudin.

Pengisi bagi malam tersebut Adalah Alfadhil Ustaz Ariffin bin Ibrahim, yang menerangkan secara terperinci segala perkara asas yang patut diketahui dan dipelajari oleh kita semua terutamanya yang bakal memimpin masyarakat kelak.

Kata beliau, sememangnya sekiranya kita hendak membicarakan berkenaan Solat ini dan tanggungjawab bagi seorang imam amatlah tidak memadai dengan hanya mempelajari beberapa jam sahaja.

Justeru itu saranan beliau agar kita terus mempelajari perkara ini dari semasa kesemasa kerana perkara ini mencakupi segala aspek dan amalan seharian kita.

Semoga dengan kursus yang dianjurkan ini, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita tentang peranan dan tanggungjawab kita bermula dari sekarang sehinggalah bertemu Allah S.W.T nanti.

Share:

Aug 12, 2011

 

Seminar Perubatan BKMIP 10/11



KAHERAH

10 Ogos 2011- Anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKMIP 10/11, serta Persatuan Pelajar Perubatan Pahang Mesir telah menganjurkan Seminar Perubatan Di Dewan Asrama Pahang. Tema bagi seminar perubatan pada tahun ini adalah berkenaan "Puasa Di Bulan Ramdhan Dan Kesannya".

Seminar Yang bermula sekitar jam8.30 pagi telah Disampaikan Oleh Dr. Hafzi Bin Abd Hamid pelajar Perubatan Tahun Akhir. Semasa ceramah berlangsung para peserta fokus dengan apa yang disampaikan dan penceramah ditanya dengan pelbagai soalan-soalan menarik.

Segala permasaalahan berkenaan dengan kesihatan telah disampaikan dan penceramah turut mengupas beberapa perkara penting berkenaan kesihatan yang diluar Kotak Perbincangan. Antara soalan menarik yang diajukan adalah berkenaan dengan kesihatan Lelaki & Wanita Serta amalan pemakanan yang boleh mengekalkan awet muda.

Semasa Sesi Medical Check-Up, para peserta yang terlibat berpusu-pusu hadir bagi membuat pemeriksaan. suasana seperti di hospital dibangkitkan oleh pelajar perubatan dengan alat perubatan yang serba canggih telah digunakan.

Semoga dengan seminar yang dianjurkan ini , dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan rohani dan jasmani terutamanya kita yang berada di bumi Mesir ini.

Share:

Aug 8, 2011

 

Isu Mahasiswa : PMRAM Bersama 3 Mahasiswa Bertemu KBMK Esok


KAHERAH, 7 Ogos - Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Firdauz Noh memaklumkan bahawa satu pertemuanantara beberapa mahasiswa dengan pihak kedutaan akan diadakan pada 8 Ogos (esok).

Perkara ini disahkan pada tengahari tadi selepas membuat temujanji dengan pembantu am Dato Duta.
PMRAM akan mengetuai pertemuan esok bersama-sama dengan 3 mahasiswa yang lain iaitu Saudara FirdausMazlan, Saudara Hairul Nizam dan Saudara Nuruddin Zanki bagi membincangkan khusus berkenaan isupembuangan Saudara Firdaus Mazlan dari institusi pengajian Dar Ifta' dan isu-isu mahasiswa yang lain.
Pertemuan yang dirancang ini adalah hasil perbincangan yang telah diadakan oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman bersamaWakil ILMAM Pusat, Saudara Fauzan Mazlan selepas kedua-dua pihak telah bertemu dengan pihak kedutaan dalam mendapatkan penjelasan mengenai isu yang berlaku.
"Pertemuan ini adalah untuk semata-mata mencari jalan penyelesaian terhadap isu mahasiswa yang berlaku sebelum ini khususnya pembuangan sahabat kita, Saudara Firdaus Mazlan dari institusi pengajian Dar Ifta,"jelas Saudara Firdaus Noh.
"Ia merupakan keputusan bagi perbincangan antara Presiden PMRAM bersama Wakil ILMAMM Pusat yang hadir ke Mesir baru-baru ini. Saya dimaklumkan bahawa Presiden PMRAM telah bertemu sendiri akan ketiga-tiga mahasiswa yang terbabit untuk berbincang agar bersama-sama mencarijalan penyelesaian dengan bertemu dengan pihak kedutaan," tambah beliau lagi.
Share: