Aug 7, 2011

 

"Islamic Cyber World" Melahirkan Generasi Pelapis BKMIP





3,4 ogos 2011. “Islamic Cyber World” tema kepada kursus kemahiran Adobe photoshop dan blog yang telah dianjurkan oleh Biro & unit Penerangan Dan Penerbitan BKMIP 10/11 selaras dengan keperluan semasa mutaakhir ini.

Kursus yang diadakan adalah bagi melahirkan generasi pelapis yang bakal menerajui BKMIP dimasa akan datang. Ini adalah salah satu langkah bagi melatih dan memberi pendedahan bagi memastikan gerak kerja untuk menyampaikan segala bentuk maklumat akan terlaksana.

Kursus adobe photoshop yang telah disertai oleh hampir 40 orang peserta ikhwah dan akhawat , para peserta telahpun diajar cara asas bagi menggunaan adobe photoshop dan seterusnya diberi beberapa tugasan untuk disiapkan, dan Alhamdulillah mereka Berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan baik.

Tenaga pengajar bagi kursus adobe photoshop adalah dari Ma'had Qiraat Shoubra, saudara Muhamad zul Ikhwan bin Zahari, manakala tenaga pengajar bagi blog pula adalah salah seorang daripada Badan Pengurus PMRAM sendiri saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi yang memegang jawatan sebagai Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM untuk sesi ini.

Kursus web terpaksa digantikan dengan kursus blog disebabkan oleh masaalah teknikal yang berlaku dan Alhamdulillah, kita Berjaya meneruskan kursus tersebut walaupun hanya terbuka untuk lima orang peserta sahaja.

Semoga dengan kursus yang dianjurkan ini, dapat melahirkan mahasiswa/wi yang celik minda, mampu menguasai segala bentuk teknologi terkini yang telah sedia ada dan menggunakan kemahiran dan kepakaran bagi meletakkan satu nilai tambah didalam diri, seterusnya memastikan Islam terus berkembang dan memacu kehidupan manusia agar terpelihara.

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.