Aug 5, 2011

 

Isu Mahasiswa : Pertemuan PMRAM-ILMAM


KAHERAH, 4 Ogos - Berhubung isu mahasiswa yang meletus ekoran pembuangan Saudara Firdaus Mazlan dariinstitusi pengajian Dar Ifta', satu pertemuan tertutup telah diadakan antara wakil PMRAM dengan wakil ILMAMyang datang ke Mesir.

Pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan langkah penyelesaian yang perlu diambil selepas mana isupembuangan Saudara Firdaus Mazlan khususnya masih belum selesai.

Wakil ILMAM, Saudara Fauzan Mazlan telah datang ke pejabat PMRAM selepas mengadakan perjumpaan denganDato Duta Fakhrudin dan Pengarah EM, Dr Suaidi di pejabat Kedutaan semalam (3 Ogos).

Dalam pertemuan PMRAM dan ILMAM, PMRAM diwakili sendiri oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman. Beliau juga telah pergimenemui pihak kedutaan sebanyak 2 kali pada 28 Julai dan 31 Ogos bagi membincangkan isu mahasiswa yang berlaku.

Hasil pertemuan tersebut, PMRAM dan ILMAM telah bersepakat untuk samas-sama mengambil tindakan yang profesional bagi menyelesaikankeadaan yang berlaku.

Selain itu, PMRAM akan menyusun satu pertemuan di antara mahasiswa-mahasiswa yang terlibat dengan pihak kedutaan khusus membincangkan isuini.

"Kita berharap agar pertemuan yang bakal diadakan nanti akan memberikan keputusan yang terbaik kepada semua pihak samada pihak mahasiswa ataukedutaan," jelas Presiden PMRAM ketika ditanya mengenai hasil keputusan pertemuan tertutup bersama wakil ILMAM.

Di akhir pertemuan tersebut, PMRAM mengucapkan terima kasih kepada wakil ILMAM yang hadir ke Mesir atas kesanggupan untuk membincangkanmasalah yang dihadapi oleh mahasiswa Mesir.

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.