Aug 8, 2011

 

Isu Mahasiswa : PMRAM Bersama 3 Mahasiswa Bertemu KBMK Esok


KAHERAH, 7 Ogos - Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Firdauz Noh memaklumkan bahawa satu pertemuanantara beberapa mahasiswa dengan pihak kedutaan akan diadakan pada 8 Ogos (esok).

Perkara ini disahkan pada tengahari tadi selepas membuat temujanji dengan pembantu am Dato Duta.
PMRAM akan mengetuai pertemuan esok bersama-sama dengan 3 mahasiswa yang lain iaitu Saudara FirdausMazlan, Saudara Hairul Nizam dan Saudara Nuruddin Zanki bagi membincangkan khusus berkenaan isupembuangan Saudara Firdaus Mazlan dari institusi pengajian Dar Ifta' dan isu-isu mahasiswa yang lain.
Pertemuan yang dirancang ini adalah hasil perbincangan yang telah diadakan oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman bersamaWakil ILMAM Pusat, Saudara Fauzan Mazlan selepas kedua-dua pihak telah bertemu dengan pihak kedutaan dalam mendapatkan penjelasan mengenai isu yang berlaku.
"Pertemuan ini adalah untuk semata-mata mencari jalan penyelesaian terhadap isu mahasiswa yang berlaku sebelum ini khususnya pembuangan sahabat kita, Saudara Firdaus Mazlan dari institusi pengajian Dar Ifta,"jelas Saudara Firdaus Noh.
"Ia merupakan keputusan bagi perbincangan antara Presiden PMRAM bersama Wakil ILMAMM Pusat yang hadir ke Mesir baru-baru ini. Saya dimaklumkan bahawa Presiden PMRAM telah bertemu sendiri akan ketiga-tiga mahasiswa yang terbabit untuk berbincang agar bersama-sama mencarijalan penyelesaian dengan bertemu dengan pihak kedutaan," tambah beliau lagi.
Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.