About

Photobucket

Aug 5, 2011

Kaunter Saham Waqaf PMRAM Mula Dibuka


KAHERAH, 5 Ogos - Hasil perbincangan yang telah disepakati bersama di antara Unit Dana Syaqah (UDS)PMRAM bersama wakil rasmi jualan saham waqaf PMRAM petang tadi, kaunter saham waqaf PMRAM secara rasmiakan dibuka bermula esok.

Saham waqaf PMRAM telah dipersetujui di dalam mesyuarat Unit dana syaqah (UDS) PMRAM dan telah diputuskandalam mesyuarat badan pengurus PMRAM pada akhir bulan 7 yang lalu sebagai salah satu agenda besar PersekutuanMelayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah dan Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011.
Pada peringkat permulaan, sebanyak 2500 unit saham telah dibuka mengikut kapasiti kekuatan ahli di peringkatDPM dan BKAN.
Mahasiswa dan mahasiswi di seluruh peringkat cawangan bolehlah terus merujuk berhubung dengan wakil-wakilrasmi yang telah dilantik di peringkat cawangan wasing-masing untuk urusan pembelian saham.Pembelian sahamwaqaf PMRAM juga boleh dibuat secara langsung di pejabat PMRAM dan markas Hewi PMRAM.
Wakil-wakil rasmi di peringkat cawangan masing-masing adalah seperti berikut:
Perak - Muhammad Sufi bin Hanifah = 0115459049
Selangor - Muhammad Sufi bin Mohd Yusuf = 0146797145
Melaka - Badrul Amin bin Ashaari = 0112996110
Johor - Firdaous bin Abdullah = 0148131261
Terengganu - Ahmad Waliuddin bin Johari = 0143049654
Pahang - Muhammad Salman Al-Farisi bin Muhammad = 0143398011
Wilayah - Muhammad Haziq bin Rosli = 01523386637
Kedah - Ibrahim bin Mohd = 0113413258
Penang - Mohammad Khalis bin Othman = 0117316889
Kelantan - Aliff bin Mohd Yusof = 01526261734
Perlis - Mohamad Rifqi bin Mat jahak = 0146674233
Tanta - Mohd Khairum bin Zakaria = 0143349959
Dumyat - Masri bin Mohd Rosdi = 0147885673
Damanhur - Ahmad Muzakkir Ahlami bin Abd Aziz = 0112066212
Shoubra - Mohammad Taisir bin Mohd Husin = 0148745807
Mansurah - Md Nuzul Haqimi bin Ibrahim = 0111623520
Zaqaziq - Anas Zharif bin Harun = 0116748167
Shibin El-Kom - Mohd Faizal bin Ishak = 0142990548
Iskandariah - Syakirah binti Muslim = 0147740527
"PMRAM mengharapkan agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi di setiap peringkat untuk bersama-sama menjayakan saham waqaf PMRAM yangmerupakan agenda besar PMRAM di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 sebagai tanda sokongan dan kebersaaman ahli dalammempertahankan dan meneruskan survival PMRAM",ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnahkebajikan dan Kamanusiaan PMRAM 2011.
"Jadikan bulan Ramadhan sebagai kesempatan terbaik untuk melakukan amal kebajikan seperti amalan berwaqaf yang amat dituntut oleh Islam ini",ujarnya lagi.
Segala maklumat akan disalurkan daripada semasa ke semasa. Sila layari web rasmi PMRAM dan blog rasmi Unit Dana Syaqah (UDS) PMRAM 2011.

No comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...