About

Photobucket

Aug 12, 2011

Seminar Perubatan BKMIP 10/11



KAHERAH

10 Ogos 2011- Anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKMIP 10/11, serta Persatuan Pelajar Perubatan Pahang Mesir telah menganjurkan Seminar Perubatan Di Dewan Asrama Pahang. Tema bagi seminar perubatan pada tahun ini adalah berkenaan "Puasa Di Bulan Ramdhan Dan Kesannya".

Seminar Yang bermula sekitar jam8.30 pagi telah Disampaikan Oleh Dr. Hafzi Bin Abd Hamid pelajar Perubatan Tahun Akhir. Semasa ceramah berlangsung para peserta fokus dengan apa yang disampaikan dan penceramah ditanya dengan pelbagai soalan-soalan menarik.

Segala permasaalahan berkenaan dengan kesihatan telah disampaikan dan penceramah turut mengupas beberapa perkara penting berkenaan kesihatan yang diluar Kotak Perbincangan. Antara soalan menarik yang diajukan adalah berkenaan dengan kesihatan Lelaki & Wanita Serta amalan pemakanan yang boleh mengekalkan awet muda.

Semasa Sesi Medical Check-Up, para peserta yang terlibat berpusu-pusu hadir bagi membuat pemeriksaan. suasana seperti di hospital dibangkitkan oleh pelajar perubatan dengan alat perubatan yang serba canggih telah digunakan.

Semoga dengan seminar yang dianjurkan ini , dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan rohani dan jasmani terutamanya kita yang berada di bumi Mesir ini.

1 comment:

  1. semoga program sebegini dilangsungkan setiap tahun agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Pahang terutamanya untuk lebuh menjaga kesihatan.. Sejak dari bangun tidur sehingga hendak tidur semula Rasulullah banyak mengajarkan kita untuk hidup lebih sihat.. Jom kita sihat agar mudah beribadat!!

    ReplyDelete

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

[KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ] Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden...