Aug 22, 2011

 

ZIARAH MAHABBAH SEMPENA RAMADHAN 1432H & PENYERAHAN DUIT KEBAJIKAN BKMIP FASA 2


ZIARAH MAHABBAH SEMPENA RAMADHAN 1432H

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW penyampai risalah islam yang agung beserta keluarga baginda SAW. Ramadhan yang mulia telah telah kembali memberikan kita peluang yang besar untuk menambahkan amalan serta pahala dari Allah SWT.

Bersempena bulan ramadhan 1432H ini, Badan Kebajikan Mahasiswa/Wi Islam Pahang telah meneruskan satu program yang telah dijalankan sebelum ini iaitu Ziarah Mahabbah. Objektif kali ini adalah untuk menyampaikan sumbangan barangan sempena bulan Ramadhan kepada semua ahli Pahang yang tinggal di Kompleks Pahang Hayyu Asyir, Rumah Pahang Lama, serta Asrama ARB.

Dengan kelolaan di bawah Biro Perumahan Dan Kebajikan BKMIP 2010/2011, sumbangan tersebut berjaya disampaikan pada ahli pada 31 Julai 2011 bersamaan 29 Sya’ban 1432H dengan bantuan sahabat dari AJK Biro Perumahan Dan Kebajikan. Barangan yang diberikan adalah beras, gula, garam, teh dan kurma.

Diharapkan semoga dengan sumbangan tersebut dapat membantu ahli dalam menjalani ibadah puasa di bumi mesir ini disamping meneruskan peranan BKMIP sebagai satu badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli Pahang di bumi Mesir ini.


PENYERAHAN DUIT KEBAJIKAN BKMIP FASA 2

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad SAW yang dicintai, pembawa risalah Islam untuk umat ini. Sempena Ramadhan yang mulia ini sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Selain itu, disarankan juga pada umat Islam pada bulan Ramadhan memperbanyakkan sedeqah.

Alhamdulillah untuk fasa ke 2, BKMIP sesi 2010/2011 telah berjaya menyampaikan sumbangan kebajikan kepada individu yang kurang berkemampuan dikalangan ahli Pahang. Justeru Biro Perumahan Dan Kebajikan BKMIP telah mengeluarkan sebanyak LE 1400.00 hasil dari kutipan tabung cakna dan sumbangan kebajikan dari luar. Seramai 28 individu yang layak menerima sumbangan tersebut dengan setiap individu tersebut menerima sebanyak LE 50.00 setiap seorang.

Semoga sedikit sumbangan yang disampaikan pada ahli tersebut dapat membantu mereka dalam kehidupan di bumi Mesir yang barakah ini. Diharapkan ahli yang menerima sumbangan tersebut dapat memanfaatkan sebaik mungkin sumbangan kebajikan yang diberikan dengan menuntut ilmu dan manfaat islam.


Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.