Sep 14, 2011

 

Generasi Baru Buat BKMIP


KAHERAH, 14 Sept Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang hari ini menerima ketibaan 87 orang mahasiswa/wi baru bagi sesi 2011/2012. Barisan AJKT dan HEWI BKMIP dan 4 orang Badan Pengurus PMRAM dan 2 orang HEWI PMRAM serta Pegawai, En. Ahmad Fared bin Mohd Din hadir ke lokasi ketibaan untukmenyambut ketibaan mereka semalam .

Turut sama dalam rombongan ialah 7 orang pengiring yang juga hadir untuk persediaan bagi menyambut ketibaanMenteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob pada 21 September 2011 ini.
Badan Pengurus PMRAM juga turut hadir seramai 4 orang termasuk seorang Badan Pengurus angkat SaudaraFirdauz Noh Setiausaha Agung, Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi Timbalan Setiausaha Agung, Saudara Nur AhmadWafiy bin Noor Azri Pengarah USMB PMRAM dan Saudara Ibrahim bin Ani Timbalan Pengarah USMB PMRAM dan seorang HEWI PMRAMmerangkap HEWI angkat PMRAM cawangan Pahang.
Saudara Mohd Nasri Bin Mohd Samsuddin selaku Pengarah Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) BKMIP berkata, pihak USMB BKMIPberterima kasih kepada semua yang menjayakan proses menyambut ketibaan mereka.
Beliau juga mengucapkan syukur atas kelangsungan ketika menyambut para rombongan tersebut.
Share: