Oct 8, 2011

 

KEARAH JAMINAN FIKRAH DAN SYAKHSIAH.




SELAMAT BERMESYUARAT AGUNG BAGI SESI 2010/2011

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدي ودين الحق ليظهره علي الدين كله ولو كره المشركون أشهد أن لآ اله الا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك علي سيدنا محمد وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين اما بعد.......

Seluruh hadirin dan hadirat warga BKMIP yang dikasihi…

Marilah kita bersama- sama merafa'kan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia, hidayah, inayah dan kudratNYA diberikan keizinan untuk menjayakan mesyuarat agung BKMIP pada sesi 2010/2011

Segala puji bagi Allah dengan pengakhiran pentadbiran pada tahun ini, mari kita bersama menghitung serta memastikan segala corak dan pentabiran menjadi berkat redha Allah Taala. Umumnya kita seharusnya peka serta cakna bagi melahirkan mahasiswa yang sedar dalam memastikan aqidah dan fikrah islam itu berlangsung secara telus pada paksinya. Dunia hari ini semangkin mengecam dan menekan dalam mencapai hak pribadi itu sendiri, peguasaan kuasa dunia telah menhimpit jutaan ummat dalam memastikan islam itu kalah. Maka sewajarnya mahasiswa islam harus bangkit dalam mendepani isu masyarakat dunia.


Sahabat hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Marilah kita bersama bermuhasabah dan mengutarakan idea serta pandangan yang menuju perubahan BKMIP. Kami mengharapkan sesuatu yang berharga bagi menampilkan akhlak serta budaya mahasiswa islam untuk mencapai visi dan misi kearah kesatuan sejagat.BKMIP sekali lagi megucapkan jutaan kasih dan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa bertindak, ahli jawatankusa kecil, pemikir- pemikir serta ahli yang secara langsung atau tidak dalam memastikan BKMIP berada didalam acuan persatuan islam yang telah digariskan oleh syariat.

Akhirnya terima kasih .salam mahabbah, salam kasih saying untuk semua ahli dan anak- anak pahang yang berada diMesir, semoga kalian dicucuri rahmat dan hidayah Allah..Selamat bermesyuarat agung kali ke 46.

SELAMAT BERMESYUARAT AGUNG KALI KE 46

YANG DIPERTUA SESI 2010/2011

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.